Bab 21

144K 7.9K 1.4K
                                    

"Sorry, aku tak sempat nak pecahkan dara dia".

"Apa yang kau buat ni hah, bodoh ?! Benda mudah pun tak boleh nak settle ke ? Bukannya aku suruh kau bunuh dia pun ! Suruh rabakkan dia je !".

"Iya aku tahu. Tapi bakal suami dia datang. Aku tak tahu macam mana jantan tu boleh tiba-tiba ada dekat situ".

"Habistu, kau takut lah ?".

"Aku tak takut time jantan tu keluar. Tapi ada sorang lagi mamat orang putih ni datang, bawak pistol. Gila ke tak takut ? Dia tembak aku tak pasal-pasal arwah aku kat situ. Kau tak bagi aku senjata apa-apa, macam mana aku nak defend diri aku ?".

"Kau ingat kalau guna pisau, kau boleh lawan dengan peluru ke ?".

"Habistu bagi lah aku pistol !".

"Sabar. Aku tengah cari. Nanti kalau dah dapat, aku beri kau satu".

"Cun".


Avrin membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia terus bangun dari pembaringannya. Selimut yang menutupi badannya terus dibuka bagi memastikan yang dia masih berpakaian. Alhamdulillah masih berpakaian.

"Good morning. Jangan risau lah saya tak usik badan awak tu", tegur Aryan yang sedari tadi berada di sofa sebelah katil Avrin.

"Eh.. Sejak bila awak ada dekat situ ?", tanya Avrin keliru. Dia tak nampak siapa-siapa pun tadi dekat situ. "Haha. Lama dah. Awak je yang tak perasan. Maklumlah sibuk duk belek baju dia ada ke tidak", usik Aryan. Aryan melangkah ke katil. Dia mengambil tempat di sisi katil.

"Awak dah okay ?", tanya Aryan prihatin. "Saya nampak macam tak okay ke ?", soalan dijawab soalan. Aryan tersenyum.

"Semalam badan awak panas. Maybe sebab terkejut kot".

"Hmm.. Kita kat mana ni ?", tanya Avrin yang sedari tadi memendam soalan itu. "Kat rumah saya. Jangan risau, kita bukan duduk berdua. Ariq dengan kak Isha ada", jelas Aryan.

"Kenapa kita kat rumah awak ? Apa yang dah jadi semalam ?", Avrin seakan mati dalam ingatannya. Aryan tersenyum lagi.

"Awak hampir kena rogol semalam. Saya letak awak dalam kereta terus awak terlelap. Saya tak rasa selamat kalau balik ke rumah parents awak. Jadi kita balik rumah saya. Tak sampai hati nak kejut jadi saya angkat awak masuk dalam rumah", jawab Aryan. Avrin mengerutkan dahinya.

"Mikael. Mikael yang cuba nak rogol saya. Kita kena report polis !", Avrin tiba-tiba separa jerit. "Hey, hey. Calm down. Jangan bawak kes ni kepada polis. Ariq guna senjata semalam untuk takutkan Mikael tu. Nanti Ariq pun kena sekali", kata Aryan. "Kenapa Ariq buat macam tu lagi ? Kalau dia terbunuh Mikael tu macam mana ?", marah Avrin. Matanya dibulatkan tanda marah.

"Dia bawak pistol je. Peluru ada dekat dalam kereta.Pistol tu kosong. Dia takda masa lah nak bunuh Mikael tu", terang Aryan. Avrin melepaskan nafas berat.

Ariq seperti malaikat maut yang comel dengan matanya yang biru dan rambutnya yang keperangan campur coklat. Sangat comel. Aryan pula seperti bidadara kacak bermata biru yang sentiasa membawa malaikat mautnya bersama bila bahaya tiba.

"Hey ? Termenung apa ni ?", Aryan menyentak lamunan Avrin. "Takda apa. Macam mana Ariq boleh tiba-tiba muncul semalam ? Dan awak pergi mana seharian tak jawab call saya ? Dahlah whatsapp pun tak reply", tanya Avrin dengan suara mendatar.

Aryan tersenyum. Sangat kacak dengan lesung pipitnya terserlah di pipi. Tidaklah terlalu dalam tetapi ada lah.

"Awak risaukan saya ?", tanya Aryan lembut. Mata merenung dalam mata hazel cair milik Avrin cuba untuk mendapatkan kejujuran di dalam mata itu.

"Tak. Dahlah. Pergi keluar sana, saya nak tidur", pinta Avrin. Badan dihempas di atas katil apabila dia berasa mukanya berubah merah dengan tenungan Aryan itu tadi.

Aryan tersenyum sekali lagi. "Hey. Janganlah merajuk", pujuk Aryan yang menyedari Avrin membelakanginya. "Okay, okay saya jawab soalan awak. Ariq ada dekat situ sebab dia dan kak Isha dah sampai Malaysia semalam. Sayalah yang jemput diorang kat airport. Saya tak sempat beritahu awak. Lepastu phone saya mati pula sebab battery habis. Sorry ye kalau dah buat awak risau", lembut Aryan menjawab dengan tidak jujur.

"Takkan jemput diorang sampai berjam-jam lamanya ? Menipu !", Avrin bangun dari pembaringannya dan terus memprotes. Keningnya dikerutkan tanda protes. Aryan tersenyum lagi. "Iya, betul. Kalau saya tahu awak ni jenis cepat rindu, saya bawak dah awak sekali", usik Aryan sambil tersenyum. Avrin menjeling. Dalam diam jantungnya rasa berdebar-debar.

Mereka kemudian mendiamkan diri. Satu minit.. Dua minit.. Tiga minit..

"Saya nak mintak maaf sebab datang lambat semalam. Tak pasal-pasal dia dah sentuh kulit awak", Aryan bersuara akhirnya selepas beberapa minit mendiamkan diri.

Avrin pantas menggeleng. "No, no ! Saya bersyukur sangat awak dan Ariq datang selamatkan saya. Sangat-sangat bersyukur. Lagipun dia cuma pegang tangan dan mulut saya je. Dia tak sempat pun nak cium dada saya. Mujur tak sempat tau", Avrin berkata dengan muka gembira.

"Hey mestilah saya datang tolong. Bakal isteri saya kan ? Takkan nak biar macamtu je", Aryan tersenyum lebar.

Avrin kemudian menayangkan senyum dengan muka yang tidak bersalah.

"Simpan badan awak elok-elok. Saya nak rasmi dulu nanti, okay ?", Aryan berkata dengan selamba. Mata dikecikkan dengan senyuman yang nakal.

"Ishh !! Pervert !!", Avrin memukul lengan Aryan dengan lembut. Muka dimasamkan.

Aryan melepaskan tawanya. "Betul lah. Mujur jantan tu tak sempat cium dada awak, kalau tidak saya dapat yang dah dicium orang lah hehehe", Aryan berkata selamba lagi. Aryan tersenyum menayangkan gigi putihnya yang tersusun cantik.

"Ish !!!! Awak ni !!!", Avrin separa jerit. Tangan diayunkan ke lengan Aryan berkali-kali.

"Awak.. Macam mana awak boleh ada dekat situ ? Macam mana awak tahu saya ada dekat situ. Awal pagi buta pulak tu", tanya Avrin dengan muka yang serius.

Aryan memandang ke arah mata Avrin. "Saya balik rumah parents awak, tapi saya tengok kereta awak takda. Jadi saya jejak location awak guna phone Ariq", jawab Aryan. Muka diseriuskan.

Avrin mengangguk beberapa kali tanda faham.

"Dah. Jom turun. Kak Isha ada beli makanan tadi. Perut saya lapar dah ni", ajak Aryan. Dia mula bangun dari kedudukannya.

"Kenapa tak makan dari tadi ?", tanya Avrin. Selimut dicampakkan ke tepi bagi mudah untuk bangun dari kedudukannya.

"Saya tunggu awak bangun", jawab Aryan sambil melangkah keluar dari bilik. Avrin hanya mengekor.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now