Bab 16

138K 8.5K 1.1K
                                    

        "Kak Siti! Tolong letak beg mat saleh celup ni kat dalam bilik tamu", arah Qey Aron kepada pembantu rumahnya, Siti yang berumur 38 tahun.

Siti patuh pada arahan boss mudanya lalu terus mengankat beg Aryan ke bilik tetamu.

"Kau duduklah kat ruang tamu dulu. Kalau nak rest, rest kat dalam bilik", Qey Aron berkata kepada Aryan yang sedari tadi hanya berdiri tegak macam tiang.

"Mana mak dengan bapak mertua aku ?", tanya Aryan yang sengaja menekankan perkataan 'mertua'.

"Mertua kepala hotak kau lah. Belum jadi apa-apa lagi okay, jangan nak perasan. Aku ni bakal abang ipar kau tahu tak ?", ngomel Qey Aron.

Aryan kemudian meletakkan lengannya di atas bahu Qey Aron. Qey Aron dengan ketinggian lima sentimeter rendah dari Aryan itu kelihatan seperti adiknya sahaja.

"Rilek la bro. Avrin mana ? Tadi kata nak pergi tengok Ben. Ben tu siapa ?", tanya Aryan.

Mereka bergerak ke ruang tamu kemudian mengambil tempat di sofa empuk berwarna putih itu.

"Dia dah keluar tadi dengan kereta dia. Ben tu nama kuda dia. Apasal ? Dengan kuda pun kau nak jeles ke ?", tanya Qey Aron.

"Takdalah. Saja je tanya. Family kau yang lain mana ?", tanya Aryan lagi.

"Daddy ada dekat office. Mummy keluar tengok butik. Ari dekat rumah dia lah", jawab Qey Aron.

"Malam karang baru berkumpul sebab daddy suruh. Excited sangat nak dapat menantu baru konon", Qey Aron berkata sambil muka yang dibuat-buat hodoh.

"Kau tak excited ke ?", tanya Aryan dengan tawa kecil di akhir ayat.

"Aku excited jugak. Tapi lepas nampak muka kau, rela aku mati", jawab Qey Aron selamba. Mereka berdua melepaskan tawa.

             Avrin melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia melihat sekeliling rumahnya di tingkat satu. Aryan tidak kelihatan.

"Eh Angah, Aryan mana ?", tanya Avrin yang baru bertembung dengan Qey Aron.

"Rehat kat bilik tamu. Angah nak pergi office kejap. Malam nanti Angah datang sini balik", kata Qey Aron sebelum melangkah keluar dari pintu rumahnya.

Avrin hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.

     Tok.. tok.. tok..

"Hmm.. masuklah", Aryan berkata. Dia terus bangun dari pembaringannya.

Avrin melangkah masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu.

"Tidur ke ?", tanya Avrin. Dia mengambil tempat di sofa tepi katil.

"Baru nak lelap. Kenapa ?", tanya Aryan. Matanya jelas nampak ngantuk.

"Saya nak tanya sikit ni. Lepas awak jawab, awak tidurlah", kata Avrin.

Aryan kemudian berbaring secarar meniarap di atas katil.

"Hmm.. Tanyalah..", jawab Aryan.

"Awak kenal Angah ?", tanya Avrin.

"Kenal", jawab Aryan sepatah. Matanya masih ditutup rapat.

"Macam mana boleh kenal ?", tanya Avrin lagi.

"Masa study dulu. Dia kan sama umur dengan saya", jawab Aryan tidak jujur.

"Ohh.. Okaylah. Sambunglah tidur. Apa-apa jangan panggil saya, panggil Kak Siti. Bye !", kata Avrin sebelum keluar dari bilik Aryan.

Aryan hanya mengukir senyum mendengar pesanan Avrin itu.

         Avrin masuk ke dalam biliknya yang berada di tingkat tiga. Dia kemudian mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air yang berada di dalam biliknya. Air dibiarkan mengalir dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. 'Lepas kahwin please lah jangan ada konflik drama melayu. Bunuh membunuh pun taknak. Semualah taknak !'. Minda Avrin berpusing-pusing.

          Aryan yang sedang baring terus gapai iPhone miliknya. Dia hampir terlupa untuk menghubungi Ariq selepas tibanya dia di Malaysia. 'Ariq Frandy' ditekan.

"Yo. Aku dah sampai satu jam yang lepas. Hahaha yelah yelah", Aryan terus memutuskan panggilan. Dia kemudian membuka whatsapp dan membaca mesej yang belum dibacanya.

Dah puas cari. That girl still couldn't be found, bro -Jayden

I've asked people around here. Seems like she's already leave NY -Hayden

I can't found her, boss. I'm sorry -Sam

She's not here, boss -Gregory

Her condo was empty -Christhoper

Minah tu takda. Merata dah budak-budak cari. Mampus dah kot -Ariq Frandy

Aryan mendengus selepas membaca mesej whatsapp itu. Dia mesti cari Erin. Mesti.

          Avrin membelek iPhonenya selepas dia memakai baju. Dia membaca satu mesej whatsapp yang belum dibacanya.

Mana nak lari ? Kau takkan boleh lari jauh lah -unknown

Dia seperti dapat mengagak yang mesej itu datang dari Erin. 'Lari kepala bontot kau. Orang balik malaysia sebab nak mintak restu mak bapak. Bodoh punya siput lembab'.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now