Bab 5

177K 9.3K 1.9K
                                    

Royal Dreams Park, NYC

Taman perumahan mewah yang menempatkan rumah keluarga Aryan Froy Louise. Taman perumahan itu hanya 15km dari University of New York.

Avrin hanya memandang pintu gerbang yang tertulis 'ROYAL DREAMS PARK' itu dengan mata yang luas.

Kereta Lexus NX yang dipandu oleh Aryan berhenti di hadapan pondok jaga, selepas menganggukkan kepala pada security guard, Aryan teruskan pemanduannya masuk ke dalam kawasan perumahan mewah itu.

Lexus NX berwarna putih yang dipandu oleh Aryan berhenti di dalam kawasan pagar yang luas.

Avrin ternganga melihat keluasan rumah banglo di hadapannya itu. Rumah banglo itu hanya dua tingkat tetapi sangat panjang dan lebar keluasannya. Garajnya sahaja sebesar padang sekolah.

Avrin kagum melihat pelbagai jenis kereta yang ada di garaj itu. Ada dua buah Ferrari, sebuah Lamborghini, lima buah Audi, empat buah BMW, sebuah Bentley, sebuah Mercedes dan sebuah Mini Cooper. Kalau termasuk dengan kereta yang sedang dinaiki, semuanya ada 16 buah kereta.

Kemudian melalui jalan lurus, sebelah kanan pula terdapat padang golf untuk keluarga. Di sebelah kiri terdapat tempat untuk equestrian. 'Dia ada kuda dalam kawasan rumah ?', getus Avrin.

Aryan berhentikan kereta betul-betul di hadapan pintu utama.

"Kenapa berhenti kat sini ? Kenapa tak park kat garaj je tadi ? Malu lah saya kalau parents awak nampak saya ni dilayan macam princess", Avrin melepaskan ketidakpuas hatinya kerana Aryan berhentikan kereta betul-betul di hadapan pintu utama.

"Kereta kat garaj tu semua driver yang tolong park kan. Saya selalu drive sampai sini. Dekat sikit nak masuk rumah hehe. By the way awak memang princess. Dah jom masuk".

"Assalamualaikum..", ucap Aryan selepas meletakkan jarinya di security finger print yang terletak di tepi pintu itu tadi.

Pintu terbuka dengan automatic selepas berjaya mengesan si pemilik jari itu. Avrin hanya terkedu kerana rumahnya yang mewah di Malaysia hanya menggunakan security password biasa sahaja.

Aryan masuk ke dalam rumah dan Avrin mengikuti langkah Aryan.

"Waalaikumsalam.. Lewat balik, Ar. Pergi mana ?", tanya Ariq yang baru datang entah dari mana.

"Hey ! Long time no see !", sambung Ariq selepas menyedari kehadiran Avrin di tepi Aryan.

Avrin hanya tersenyum dengan teguran Ariq itu. Aryan terdiam sahaja.

"Mana mummy dengan daddy ?", tanya Aryan yang sedari tadi mendiamkan diri sahaja.

"Yes Aryan. Why are you looking for me ? Any surprise ?", tiba-tiba perempuan dalam lingkungan 50 itu berkata selepas turun dari anak tangga yang tinggi.

Dia kemudian berhenti di sebelah piano yang teletak di hadapan tangga. Mrs Keren tersenyum setelah menyedari kehadiran seorang gadis di tepi Aryan.

"Mummy..", Aryan seperti ingin menyampaikan sesuatu.

Avrin terus melangkah mendekati wanita berumur yang tampak awek muda itu. Tangan disalam. Mrs Keren tersenyum melihat Avrin.

Ariq dan Aryan hanya berdiam diri di depan pintu utama.

"Assalamualaikum aunty, I'm Avrin", Avrin memperkenalkan dirinya. Jantungnya berdebar-debar.

"Waalaikumussalam. I know sweety. Aryan have told me about you. Your eyes really look gorgeous dear. Panggil 'mummy' je. Jangan nak 'aunty' sangat. Mummy pun boleh speak Malay. Senang kita nak borak kan ?", panjang lebar Mrs Keren berkata. Bahasa Melayunya kedengaran sangat pelat.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now