Bab 20

151K 8K 2K
                                    

Avrin masuk ke dalam biliknya. Beberapa jam sudah berlalu selepas perjumpaannya dengan kawan-kawan. Begitu juga perjumpaan dia dengan bekas teman lelakinya yang tidak menjangka akan bertemu setelah tiga tahun tidak bersua muka.

Aryan pula tidak tahu hilang kemana. Tadi dia mengajak Avrin pulang ke rumah untuk menceritakan tentang bekas teman lelaki gadis itu. Tetapi setelah Avrin sampai ke rumah, kelibat Range Rover bewarna putih itu tidak kelihatan langsung. Dia masih belum pulang.

Sudah tiga jam Aryan tidak pulang, ke mana dia pergi ? Avrin resah sendiri. IPhone diambil. 'Aryan Froy' ditekan. Panggilan tidak dijawab. Dia kemudian menghantar whatsapp.

Awak ada dekat mana ? -Avrin

Setelah menghantar, Avrin menunggu beberapa minit. Tiada balasan. Dia terus turun ke tingkat bawah.

"Abang, nampak Aryan tak ?", tanya Avrin kepada Qey Aris yang sedang menonton televisyen.

Qey Aris pantas menggeleng.

"Baru kejap tak jumpa takkan dah rindu kot ?", Qey Aris menyakat adiknya.

Avrin mendengus kemudian terus masuk ke biliknya. Dia menghempas badannya ke atas katil. Akhirnya dia terlelap..

3 jam kemudian..

Avrin terbangun dari tidurnya apabila iPhone miliknya berdering. 'Diana'. Selepas membaca gelaran pemanggil di skrin telefon pintarnya, Avrin pantas menjawab.

"Hey, dude ! So macam mana ? Korang bergaduh ke apa tadi ?", tanya Diana teruja. Avrin hanya mengeluh. Sibuk cara hal orang betul kawannya yang seorang ini.

"Takdalah. Malam karang baru bincang. Apa-apa aku inform balik lah. Aku nak tidur lah. Bye !", Avrin pantas mematikan talian. Mengingatkan sesuatu, dia terus turun ke tingkat bawah.

"Angah, Aryan mana ?", tanya Avrin kepada Qey Aron yang baru saja pulang dari pejabatnya. Esok dia akan balik ke rumahnya semula, dan merancang untuk kembali ke sini bila hari pertunangan adiknya berlangsung. Ibu bapanya telah merancang untuk mengadakan majlis pertunangan secara kecil-kecilan pada minggu hadapan setelah mendapat tahu yang keluarga besannya akan datang ke rumahnya pada minggu hadapan.

"Manalah Angah tahu. Dia keluar pakai rover Rin ke ?", tanya Qey Aron.

"Haah. Rover Rin ada dekat luar tak ?", tanya Avrin.


"Takda. Dia tak balik lagi. Alah kejap lagi balik lah tu", jawab Qey Aron. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam perut lif.

Avrin mengeluh lagi. Sudah enam jam Aryan tidak pulang ke rumah.

Seusai azan isyak berkumandang, Avrin keluar ke koridor biliknya. Hatinya makin gelisah apabila bakal suaminya masih tidak pulang ke rumah tanpa khabar berita. Avrin mencapai iPhone miliknya. 'Aryan Froy' ditekan. Entah berapa puluh kali dia dah menekan nama itu dalam masa sehari.

"Nombor yang anda dail tidak dapat...", Avrin terus mematikan panggilan. Jantungnya bagai nak gugur. Tiba-tiba air matanya mengalir. Avrin mengelap air matanya dengan kasar.

'Kenapa perlu aku menangis ? Aku sayang dia ke ?? No no. Aku tak boleh sayang dia. Stop it Avrin ! Jangan peduli kalau dia tak balik !!'.

Avrin baring di atas katil. Kakinya digoyangkan ke kanan dan kiri. Novelnya dicapai.

Jam sudah menganjak ke angka 12. Aryan masih belum pulang. Avrin sudah tidak dapat duduk dengan tenang. Dia pantas mengambil kunci kereta miliknya lalu turun ke bawah. Rumah tiga tingkat itu sunyi sepi. Semua sudah berhijrah di dalam mimpi agaknya.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum