Bab 13

139K 8.5K 2.2K
                                    

       Avrin mencelikkan matanya perlahan-lahan. Dia memandang ke sekeliling. 'Aku kat mana ni ?'.

  Dia kemudian cuba untuk duduk, tetapi badannya berasa sangat sakit.

"Auchh" Avrin mengaduh.

   "Hey. Dah bangun ?", tanya Aryan yang baru masuk ke dalam bilik VVIP itu.

Avrin menoleh ke arah Aryan.

"Saya kat mana ni ?", tanya Avrin. Tangannya cuba untuk menyokong badannya untuk duduk.

Pantas Aryan menolong.

"Jangan banyak gerak, awak tak sihat sepenuhnya lagi. Awak dekat hospital", terang Aryan. Dia mengambil tempat di sofa sebelah katil Avrin selepas membantu Avrin untuk duduk.

"What happened ? Where's that guy ? He tried to kill me, Aryan", Avrin cuba untuk ceritakan kepada Aryan apa yang telah berlaku.

Aryan hanya memerhati.

"Erin !! Eris was an evil ! Saya menyesal tak dengar cakap awak", mata Avrin mula sayu.

"That guy", Aryan cuba untuk jawab. "

"What ? Where's that guy ?", potong Avrin.

"He's dead", jawab Aryan ringkas.

"What ??! Who killed him ?", tanya Avrin dengan mata yang bulat.

"Dah sampai ajal lah", sekali lagi Aryan menjawab dengan tenang.

"Did you ??", Avrin cuba meneka. Jari telunjuknya ditunjuk kearah Aryan.

"Of course i didn't. Saya bukan tuhan nak cabut nyawa orang suka-suka hati mak bapak saya", jawab Aryan sambil tersenyum.

"Then who ?", tanya Avrin lagi ingin tahu.

     "Me", tiba-tiba Isha masuk ke dalam bilik yang menempatkan Avrin itu. Dia tersenyum mendekati Avrin.

Avrin memandang Isha. Lama.

"Akak, who killed that guy ?", tanya Avrin lagi.

"I told you. It was me", jawab Arisha tenang.

'Adik-beradik ni memang dilahirkan dengan muka tenang babi gila nak mati ke. Baru lepas mengaku bunuh orang pun muka still chill'.

Ariq, Jayden dan Hayden masuk ke dalam bilik bersama.

"Hey ! Dah bangun ?", tanya Ariq teruja.

"Takdalah, tengah mati ni", jawab Avrin selamba.

"Nak tanya ni. Siapa yang bunuh lelaki tu sebenarnya ni ? Aryan please jawab", tanya Avrin sekali lagi. Tidak percaya dengan apa bakal kakak iparnya katakan.

  "Lelaki yang mana satu ni ? Ramai yang mati semalam", Ariq mencelah.

'Ramai ??'.

Aryan menepuk dahi sendiri. 'Seksa dapat adik babi macam ni'.

"It was me, Avrin", Isha menjawab sambil mengambil tempat di atas katil Avrin.

"Kenapa akak buat macam tu ?", tanya Avrin. Mukanya seakan tidak percaya.

"He almost kill you, Avrin", jawab Isha jujur.

Avrin menggelengkan kepalanya. Mengapa begitu mudah perempuan secantik Isha membunuh orang.

"Okay biar saya terangkan semua. That guy yang almost kill you tu. Dia orang suruhan Erin. Saya sampai kondo tengok-tengok awak dah tak sedarkan diri. Silap saya pergi tinggalkan awak sorang-sorang dekat situ. Saya bergelut dengan lelaki suruhan Erin tu. Bila saya terjatuh, syaitan tu hampir bunuh awak. Tapi Ariq sempat pecahkan pintu. And finally Kak Isha sempat tembak lelaki tu. Erin pula sempat larikan diri masa nampak Ariq, Jayden dengan kak Isha", terang Aryan satu persatu.

Avrin terlopong mulut. 'Tembak ??? The fuck ??? Mudah-mudah tembak orang macam tembak ayam'.

"Sebelum i naik, i bergelut dengan empat ekor babi suruhan Erin dekat basement. I killed all of them", sambung Ariq.

'Again, the fuck ??!!'.

"And korang tak kena tangkap ?", tanya Avrin. Mereka menggeleng serentak.

"Dah bunuh orang tapi tak kena tangkap ?", tanya Avrin lagi.

Mereka menggeleng serentak buat kali yang kedua.

'The heck ?'.

"Duit. Duit boleh beli apa sahaja, Avrin", Isha berkata sambil senyum.

"Korang dah salah gunakan duit korang ?!! Korang ni dah gila ke apa ??!", Avrin membentak.

Aryan terkejut dengan perubahan Avrin. Pantas dia menyuruh yang lain keluar dari bilik. Mereka hanya patuh.

Avrin baring membelakangkan Aryan. Tidak sanggup melihat muka rakan subahat pembunuh !

"Awak...", tegur Aryan lembut.

"Awak, beri saya terang dulu, boleh ?", tanya Aryan. Masih dalam kelembutan.

"Nak terang apa lagi ? Dah terang lagi bersuluh yang adik-beradik awak tu pembunuh ! Entah-entah awak pun pembunuh !", Avrin menjerit.

"Avrin, please..", Aryan masih berlembut.

Avrin terus memandang kearah Aryan. Matanya tajam memandang lelaki kacak itu.

"Adik-beradik saya memang pembunuh. Saya je yang belum pernah bunuh orang. Tapi diorang tak bunuh orang sesuka hati. Diorang bunuh bila perlu, contohnya semalam", Aryan terang.

"Then awak nak cakap yang diorang membunuh orang yang jahat jelah ni ? Habistu orang yang jahat tu takda peluang untuk bertaubat lah kalau macamtu !! Bodoh !!", jerit Avrin. Mata terus dipandang kearah lain.

Aryan terkedu mendengar jeritan Avrin. 'Sabar, sabar. Dia bakal bini kau'.

"I'm sorry. Tapi saya tak rasa saya boleh kahwin dengan awak. Tolong beritahu keluarga awak, yang saya taknak kahwin dengan awak", Avrin berkata dengan nada suara yang mendatar.

"No. Kita tetap akan ke Malaysia jumaat ni. Awak tetap perlu kahwin dengan saya", tegas Aryan.

"Awak siapa nak mengarah saya ? Awak takda hak pun lah !", tegas Avrin.

"Saya cakap kita akan kahwin. Dan takda siapa boleh ubah perancangan saya, kecuali Allah. Dengar tak ?", Aryan berkata. Matanya tajam menikam mata Avrin.

Avrin mendengus kasar tapi masih berdiam diri. Tidak berani tunjuk belang. Karang bakal kakak ipar atau bakal adik ipar datang tembak sampai mati pula.

      Aryan melangkah keluar dari bilik Avrin. Pintu ditutup dengan perlahan.

"Macam mana ?", tanya Isha.

Ariq, Hayden dengan Jayden hanya memerhati dan pasang telinga.

"Dia benci kita semua. Tapi buat masa sekarang tolong jangan buka mulut lagi. Ar tak bagitahu dia lagi siapa keluarga kita yang sebenarnya", Aryan berkata dengan mata yang tajam.

Isha dan Ariq hanya mengangguk tanda faham.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now