Bab 22

146K 7.8K 1.5K
                                    

          "Good morning, sweety ! Mimpi indah ?", tegur Ariq kepada Avrin yang baru masuk ke dapur. Avrin hanya tersenyum. Malaikat maut yang comel ada di depan mata.

"Jangan nak usik dia. Kak Isha mana ?", tanya Aryan lalu mengambil tempat di meja makan. "Rilek lah bro. Akak pergi keluar kejap. Jumpa kawan katanya", jawab Ariq sambil meletakkan bahu di tangan. "Jangan nak tembak orang sesuka hati. Ni Malaysia, bukannya Amerika. Faham tak ?", Aryan memberi amaran keras kepada Ariq. Ariq mengerutkan keningnya beberapa kali. Avrin hanya mendengar perbualan dua beradik itu sambil mengunyah sekeping pizza yang dibeli oleh Isha sebentar tadi.

"Aku ada kat rumah je ni, nak tembak orang apa nya ? Patutnya kau warning dekat akak tu", jawab Ariq tidak puas hati. Tangan mencapai sekeping pizza.

"Ah, sama je kau dua orang", kata Aryan. Tangannya juga mencapai sekeping pizza. Ariq hanya menjelingkan matanya ke arah Aryan. Meluat dengan abang yang acah malaikat.

"Macam mana badan you ? Dah okay dah ? Semalam Ar kemain panik bila dia rasa badan you panas. Dia ingatkan you dah nak mati", selamba Ariq berkata kepada Avrin. Avrin yang mendengar mengerutkan keningnya. Aryan membulatkan matanya. Sekeping pizza dicampak mengena muka Ariq tepat.

"Woi !!! Bila masa aku cakap dia dah nak mati ?! Bila masa aku panik pulak ?!", marah Aryan. Ariq ketawa terbahak-bahak. Avrin pun melepaskan tawanya yang ditahan sedari tadi. 

"Kalau you mati semalam, mesti Ar akan jadi pembunuh dan bunuh jantan nama Mikael tu. Percayalah cakap i", sambung Ariq mengusik. Avrin ketawa lagi. "Sudahlah, babi", marah Aryan. Mukanya nampak bengang.

"Pastu Ar mesti akan cabut kote Mikael tu, campak kat laut cina selatan", tambah Ariq tanpa mempedulikan amarah abangnya. Avrin ketawa dengan terbahak-bahak. Akhirnya Avrin tersedak dek kerana sisa makanan termasuk ke salur pernafasannya.

"Tu lah, kan dah tersedak. Lain kali jangan layan budak gila ni", Aryan berkata sambil menghulur segelas air kepada Avrin. Avrin menyambut huluran Aryan dan terus meminum air tersebut. Tekaknya berasa perit.

"Sorry, sorry.. Jangan lah sampai tersedak kalau nak gelak pun", Ariq meminta maaf. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

        Avrin, Aryan dan Ariq mengambil tempat di sofa berbentuk L di ruang tamu rumah keluarga Aryan dan Ariq.

"Kenapa awak stay kat rumah saya padahal awak ada rumah sendiri ?", tanya Avrin kepada Aryan. "Rumah saya jauh sikit dari rumah awak. Malas lah nak drive jauh-jauh", jawab Aryan. "Eleh.. Padahal dia takut rindu nanti", Ariq menyampuk. Aryan terus mencapai sebiji bantal petak bewarna kelabu lalu dibaling ke arah Ariq. Ariq pantas mengelak sambil lidahnya terjelir ke arah Aryan. Aryan menjeling tajam. Avrin pula tersenyum nipis.

"Saya nak balik lah. Nanti parents saya risau saya tak balik rumah", Avrin berkata. "Saya dah call abang awak awal pagi tadi. Dia dah bagitahu parents awak", Aryan berkata tenang. Avrin memgerutkan dahi. "Awak call siapa ? Awak cakap apa kat dia ?", tanya Avrin sambil memandang ke dalam mata biru cair milik Aryan.

"Saya call Aris. Saya cakap yang awak tidur rumah saya sebab nak overnight dengan kakak saya hehe", jawab Aryan dengan senyuman yang menampakkan gigi putihnya.

"Selamba je tau awak ni", Avrin berkata. Aryan hanya menunjukkan 'peace' menggunakan tangannya sambil tersenyum.

"Tapi saya kena balik juga. Saya takda baju lah kat sini. Saya kena ambil barang-barang saya kat rumah", kata Avrin lagi. Aryan melepaskan nafas berat. "Iyalah, iyalah. Tapi awak kena balik rumah ni semula tau !", kata Aryan. Avrin hanya menganggukkan kepala tanda faham. Avrin kemudian terus bangun dan mencapai kunci keretanya yang berada di atas meja kopi di ruang tamu. Dia terus keluar ke luar rumah. Keningnya terus berkerut.

"Awak, rover putih saya mana ?", tanya Avrin yang menyedari kereta putihnya tiada di garaj rumah. Yang ada hanya Audi R7 dan Audi TT miliknya.

Ariq memandang ke arah Aryan. Ariq kemudian memberi isyarat mulut seperti 'basaklah kau!'. Aryan pantas melangkah ke arah Avrin.

"Kereta tu rosak. Saya hantar pergi repair", jawab Aryan tidak jujur. Ketenangan pada muka Aryan meyakinkan Avrin yang keretanya memang rosak. Avrin tidak banyak tanya lalu terus masuk ke dalam Audi TT miliknya. Tingkap keretanya diketuk beberapa kali oleh Aryan.

"Apa ?", tanya Avrin sambil menurunkan tingkap keretanya sedikit. "Keluar. Saya drive", arah Aryan. "Awak nak ikut ke ?", tanya Avrin sambil mengerutkan keningnya yang terbentuk kemas. "Lepas apa yang jadi semalam, memang taklah saya nak bagi awak pergi sorang-sorang", suara Aryan mendatar. Avrin mengingat kembali apa yang telah berlaku semalam, dia terus keluar dari perut kereta dan menuju ke tempat duduk penumpang di sebelah. Aryan hanya tersenyum. Bagus, mendengar kata.

       
          "Bodoh !!! Disebabkan dia, aku dah lumpuh !! Aku takkan lepaskan mamat tu ! Takkan !! Aku akan pastikan yang dia mati !"

"Rileklah. Apa nak marah-marah sangat ni ?"

"Aku lumpuhlah, bodoh ! Gila ke kalau tak marah ?!"

"Padanlah dengan muka kau. Aku dah kata yang dia tu bahaya. Yang kau pergi ikut budak perempuan tu kenapa ? Kan dah kena langgar dengan balak perempuan tu"

"Haa ? Macam mana kau tahu yang langgar aku tu balak perempuan tu ?"

"Rover putih. Rover putih tu perempuan tu punya. Kalau perempuan tu pakai Audi dia, mestilah kereta dia yang lagi satu tu dia beri balak dia pakai. Betul tak ?"

Dua gadis itu terus terdiam dan tersenyum sinis.

          "Kita kena cepatkan perkahwinan kita lah" Aryan bersuara akhirnya selepas mereka berdua hanya mendiamkan diri masing-masing di dalam kereta.

"Kenapa ?", tanya Avrin. Kepalanya ditoleh ke arah Aryan. "Terus-terang saya cakap, selagi awak tak kahwin dengan saya, selagi tu nyawa awak dalam bahaya. Dan selagi kita tak balik ke Amerika, selagi tu juga saya, Ariq dan Kak Isha susah nak protect awak", jelas Aryan. Mukanya nampak serius.

"Apa maksud awak susah nak protect saya ?", tanya Avrin tidak faham. Aryan melepaskan nafas berat. "Kat sini saya, Ariq dan Kak Isha tak bebas bergerak", jawab Aryan. "Maksud awak, susah nak bunuh orang ?", Avrin meneka. Aryan hanya mendiamkan diri. Avrin kemudian memandang ke luar tingkap. Dia menganggap tekaannya itu benar oleh kerana Aryan hanya berdiam diri.

"Sebab tu lah, awak tak buat apa-apa semalam ? Sebab tu jugalah, Ariq hanya bawa pistol yang tak ada peluru ? Sebab korang tak bebas ?", Avrin bertanya selepas beberapa minit suasana di dalam kereta itu menjadi sunyi. "Nanti awak akan tahu sendiri, okay ?", ringkas jawapan Aryan. Dia kemudian memberikan sepenuh tumpuan pada pemanduannya.

Avrin hanya membuang pandang ke luar tingkap. Susah kalau dah termasuk dalam kehidupan pembunuh.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now