Bab 29

137K 7.1K 669
                                    

"Ini pelamin yang Datin Avin pilih untuk you guys. Cantik tak ?", tanya Rahimi yang berlagak seperti seorang perempuan itu. Tidak gemar orang memanggilnya dengan nama Rahimi, tetapi gemar orang menanggilnya dengan gelaran Emmy. Pfft..

"Nice ! I love it ! Pandai mummy pilih", Avrin memuji. Tangannya membelek risalah yang penuh dengan gambar pelbagai jenis pelamin. Gambar pelamin bewarna kelabu dan merah jambu itu diteliti lama. Kelabu itu tidak begitu pekat dan merah jambu itu kelihatan pudar sahaja. Cantik.

Aryan menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"Tempat makan you guys pulak yang ini", Rahimi menunjukkan gambar meja yang dihiasi kristal bewarna kelabu muda itu. Moden.

Avrin mengangguk-anggukkan kepala. "Nice one. We love it", giliran Aryan pula memuji. Avrin hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

"So takda apa yang perlu i risaukan lah. Semuanya nampak teratur je", Avrin berkata sambil tangan membelek majalah yang berada di atas meja.

"Yes, of course. Tapi kalau you nak tukar warna untuk semua ni, just inform me, okay ? I boleh settlekan untuk you", Rahimi menunjukkan muka confidentnya.

"Alright. Thanks, Emmy", Avrin berkata lalu terus bangun dari kedudukannya. Aryan yang berada di sebelah juga bangun mengikutnya.

"Apa-apa i contact you nanti, okay ?", kata Avrin lagi. Kaki sudah melangkah ke arah pintu utama butik itu.

"Alright !", jawab Rahimi teruja.

Aryan dan Avrin masuk ke dalam Ferrari 488 milik Aryan. Kereta Audinya Ariq sudah bawa pergi merayap. Audi TT milik Avrin pula diguna oleh Isha.

"So kita nak pergi mana pulak lepasni ?", tanya Aryan. Jari menekan butang 'start' untuk menghidupkan enjin keretanya.

"Emm... Kita pergi cari barang hantaran, nak ?", tanya Avrin teruja. Bukan selalu dapat keluar berdua dengan tunangnya yang semakin hari semakin sibuk itu. Semakin kacak pula tu haih.

"Boleh je. Barang hantaran nak berapa ?", tanya Aryan. Ferrari sudah bergerak laju.

"Tujuh ? Tujuh berbalas sembilan ? Hahaha", Avrin menjawab dengan tawanya. Tidak tahu apa yang lawaknya.

"Awak nak barang hantaran apa ?", tanya Aryan. Tangan masih ligat memulas stereng kereta.

"Barang-barang perempuan biasa lah. Handbag, perfume, al-Quran, chocolate, telekung, phone, kereta, rumah, tv, baju, jam, kasut and maybe some fried chicken.. hehe", Avrin menjawab selamba. Aryan tersenyum.

"Tu dah lebih tujuh tu", kata Aryan sambil bibir mengukir senyum.

"Kita tengok dulu barang, kalau berkenan, kita beli je. Lepastu baru decide nak letak yang mana satu untuk hantaran", kata Avrin. Muka sudah berubah serius. Mata menoleh ke arah tunang di sebelah.

"Okay, dear", jawab Aryan. Pipi Avrin berona merah. Malu.

Selepas memarkir di tempat letak kereta di Pavilion, Avrin dan Aryan melangkah ke dalam bangunan itu.

"Kita nak cari apa dulu ?", tanya Aryan.

Avrin tersenyum. Pavilion adalah tempat kegemarannya untuk menghabiskan duit ibu bapanya. Tetapi sekarang, misi menhabiskan duit tunangnya bermula.

Avrin melangkahkan kaki ke dalam rumahnya. Beg-beg plastik yang memenuhi ruang tangannya di lepaskan kasar di dalam bilik. Dah beli banyak pun tak habis-habis lagi duit Aryan.

Dia menghempaskan badannya di atas katil. Penat. Setelah beberapa minit merehatkan badan, Avrin pantas bangun dari pembaringannya. Tuala bewarna putih dicapai. Dia perlu membersihkan dirinya.

Aryan melangkah masuk ke dalam rumah selepas memarkir keretanya di garaj rumah.

"Lewat balik", tegur Ariq. Aryan tahu adiknya sudah berada di rumah memandangkan kereta Audinya terletak elok di dalam garaj.

"Hmm..", Aryan menjawab malas. Badannya penat. Terlalu penat melayan tunangnya yang mahukan itu dan ini. 30 kedai masuk, keluar bawa 10 beg plastik saja.

"Pergi mana tadi ?", tanya Ariq lagi. Aryan sudah bersandar di atas sofa di ruang tamu rumah itu.

"Beli barang hantaran", jawab Aryan. Matanya dipejamkan. Kepala dilentokkan di kepala sofa.

"Lama betul beli barang hantaran", Ariq berkata sambil mengambil tempat di sisi Aryan.

"Biasalah perempuan. Nak beli barang pun lama. Ambik ajelah lepastu bayar, itu pun susah haha", Aryan berkata dengan tawa kecil.

"Biasalah tu. Nanti dah kahwin, lagi parah kau kena layan isteri tercinta kau tu hahaha", Ariq mengusik dengan tawanya.

"Takpalah. Demi isteri tercinta, aku layankan je. Tapi malam kena dapat habuan lah hahahaha", Aryan berkata. Dia ketawa terbahak-bahak.

"Bodoh lah kau ni. Itu je yang kau fikir. Habuan", Ariq juga melepaskan tawa.

"Biasalah. Lelaki hahaha", Aryan menjawab selamba.

"Sabtu ni aku pergi birthday party anak Mikael. Kau nak okay ?", tanya Aryan. Muka sudah berubah serius. Mata memandang ke arah Ariq.

"Malaslah. Kirimkan salam aku je kat Mikael dengan anak dia. Nanti aku kirim hadiah sekali", kata Ariq. Kaki sudah melangkah ke tingkat atas.

"Beres", Aryan menjawab. Kakinya juga dilangkah ke tingkat atas. Mahu tidur sepuas-puasnya. Penat melayan gadis yang sudah menambat hatinya itu. Aik ? Sudah tambat ? Entahlah.

Telefon bimbit Aryan berdering dengan kuat. Aryan terus mengangkat tanpa melihat gelaran di pemanggil. Dia masih lesu.

"Bro, ayah aku masuk hospital. Dia tengah tenat sekarang", Aryan mendengar. Telefon dijarakkan dari telinga. Mata meneliti nama si pemanggil. Mikael.

"Hospital mana ayah kau masuk ? Aku datang sekarang. Dalam 15 minit lagi aku sampai", kata Aryan. Mata sempat menoleh ke arah jam yang tergantung elok di dinding biliknya. Baru pukul 3.15 pagi.

"Hospital besar KL", jawab Mikael. "Okay. Nanti whatsapp aku tingkat berapa nombor bilik semua", Aryan berkata. Panggilan dimatikan. Penatnya masih belum hilang sepenuhnya. Badan terus ditegakkan dia birai katil. Dia berlalu masuk ke dalam bilik persalinan baju. Tidak perlu mandi. Malam tadi dia baru saja mandi pada pukul 12 malam.

Aryan memarkir kereta Audinya di tempat letak kereta. Kaki terus melangkah ke tempat yang diberitahu Mikael.

"Macam mana dengan ayah kau ?", tanya Aryan selepas mengambil tempat di sebelah Mikael. Bilik itu sempit. Jelas tidak selesa.

"Dia stabil", jawab Mikael.

"Mana anak kau ? Siapa jaga dia ?", tanya Aryan prihatin.

"Mak aku ada dekat rumah jaga dia. Dia tak berhenti nangis lepas tengok atuk dia sesak nafas tadi", beritahu Mikael.

"Ada masa bawa dia ke office aku"

"Nak buat apa ?", tanya Mikael. Kening dikerutkan beberapa kali.

"Bawa jelah. Tak payah banyak tanya"

"Hmm..", perlahan Mikael menjawab.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Место, где живут истории. Откройте их для себя