Bab 28

141K 7.5K 630
                                    

"Setakat ni diorang takda rancangan lagi. Cuma Erin tengah dapatkan bekalan senjata", Mikael berkata kepada Aryan.

Sudah seminggu majlis pertunangan Aryan dan Avrin berlangsung, tetapi tiada sebarang gangguan dari Erin yang datang. Aryan juga musykil tetapi dia perlu mempercayai Mikael merangkap pekerjanya itu.

"Senjata apa ?", tanya Aryan. Tangan masih sedang membelek fail-fail kerjanya.

"Senjata biasa tu dah banyak. Dia tengah cari bekalan senjata berpeluru. Dia kata dia takkan boleh menang kalau lawan dengan adik-beradik Louise tanpa senjata berpeluru", jelas Mikael lagi.

"Siapa je weapons trained dalam puak dia tu ?", tanya Aryan lagi. Mata sudah memandang ke arah Mikael yang berada di depan mejanya.

"Hahaha. Diorang guna pisau pun tak betul. Rasanya tak ada yang terlatih dalam menembak pun", jawab Mikael. Tawanya kedengaran sinis.

"Okay good. Nah ambik ni, untuk perbelanjaan birthday party Sarah nanti", Aryan menghulur sampul surat bewarna coklat.

Mikael memandang sampul surat itu dengan mata membulat. Jelas terkejut.

"Tapi pagi tadi kau dah bagi dua ribu", kata Mikael. Serba salah untuk mengambil duit yang diberi oleh Aryan.

"Tu untuk kos perubatan ayah kau. Ini untuk birthday party Sarah. Buat yang gempak-gempak, pastu jemput aku dengan Avrin", kata Aryan. Tangan masih menghulur sampul surat coklat. Sampul surat itu akhirnya bertukar tangan.

"Thanks lah bro. Aku tak tahu kau baik macam ni. Aku ingat kau ni jahat dulu", Mikael berkata.

Aryan hanya tersenyum.

Avrin mengambil tempat di sofa ruang tamu rumahnya. Sudah seminggu dia tidak bersua muka dengan Aryan. Hatinya mulai merasa rindu. Ke mana lelaki itu. Apa khabar beritanya. Sihatkah lelaki itu. Semua berlegar-legar di minda Avrin. Dia masih mempunyai dua bulan sebelum dia dengan rasmi menjadi milik Aryan dengan sah. Tetapi dia hanya duduk goyang kaki memandangkan semuanya diuruskan oleh ibu bapanya dan pembantu-pembantu mereka. Kakak-kakak iparnya juga banyak membantu. Avrin dan Aryan hanya dipanggil apabila misi mencari baju kahwinnya sahaja.

Avrin ingin keluar bersama rakan-rakannya tetapi rakan-rakannya sedang sibuk bekerja. Zara sahaja yang tidak bekerja tetapi gadis itu tidak habis-habis pergi bercuti. Tinggallah Avrin bersendirian.

Tiba-tiba Avrin teringatkan kucingnya yang mati dilanggar kereta enam tahun yang lepas. Hatinya berasa sebal. Kucing yang disayangi, dilanggar bodoh begitu sahaja dengan golongan manusia yang tak berhati perut.

"Simpan budak-budak. Musuh masih dalam kawalan", kata Ariq kepada Jayden. Tangan sedang bermain-main dengan sebiji pistol bewarna biru pekat. Aryan pula berdiri di sisi Ariq. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Okay", jawab Jayden ringkas. Mikael yang berada di sisi Aryan memandang mereka dengan mata tidak berkelip. Kaum berambut coklat dan perang ini tampak begitu dingin. Pelbagai jenis senjata yang berada di dalam bilik itu. Bukan setakat pistol, malah pelbagai jenis shotgun tersusun elok di atas meja. Mikael menoleh ke dinding pula, matanya terpegun lagi. Terdapat pelbagai jenis rifles tergantung elok di dalam almari kaca di dinding bilik itu. Dan yang paling atas tergantung ialah

sniper.

Mikael menelan air liurnya. Dia seperti berada di dalam bilik penuh maut bersama empat orang malaikat maut. Ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki di dalam bilik ini setelah beberapa minggu menjadi pekerja Aryan.

"Tutup sikit mulut tu, takut peluru masuk pulak nanti", Ariq menegur Mikael yang sedari tadi membuka mulutnya dek kerana terpegun. Atau takut ? Entahlah.

Mikael terus menutup mulutnya yang sedikit terbuka. Terkejut dia bukan kepalang bila Ariq menegurnya begitu. Jayden, Ariq dan Hayden melepas tawa mereka. Aryan pula hanya tersenyum.

"So ini bilik senjata kitorang. Barang-barang kat sini semuanya dah lama sebenarnya sebab Fran dah lama tak balik ke Malaysia. Tapi kitorang dah buang yang lama. Yang ada kat dalam bilik ni semuanya baru sampai minggu lepas. Ariq bawak dari US melalui penerbangan dan kemasukan rahsia", Aryan menerangkan kepada Mikael.

Mikael menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Mulai harini, kau akan belajar cara menembak dengan tepat. Jayden, Hayden dan Ariq akan ajar kau memandangkan diorang takda kerja lain nak dibuat", Aryan berkata lagi.

Jayden dan Hayden tergelak kecil mendengar Aryan berkata mereka tiada kerja perlu dibuat. Memanglah tiada kerja, tiada siapa menjadi sasaran untuk dibunuh.

"Err.. Tapi aku takut nak guna benda-benda macam ni", Mikael teragak-agak.

"Sebab tu kau kena belajar. Barulah jadi berani nak guna. Faham ?", Ariq mencelah. "Tapi budak newbie macam kau ni, guna pistol enam biji peluru je. Tak perlu banyak-banyak", Hayden mencelah. Mikael hanya mendiamkan diri. Sedar diri yang dia ialah junior di antara jejaka-jejaka di hadapannya itu. Kalau dari segi umur, dia dan Ariq adalah sebaya. Aryan, Hayden dan Jayden pula empat tahun lebih tua darinya. Tetapi jika dari segi berperang, sudah tentu dia berada di tingkat yang paling bawah. Sedangkan guna pisau nak potong bawang pun ambil masa tiga jam, inikan nak guna pisau untuk serang orang. Guna pistol ? Lagilah hanyar. Hampeh.

"So nanti aku akan send location dekat kau", Ariq berkata.

"Untuk ?", tanya Mikael. Kening dikerutkan beberapa kali.

"Tempat latihan", Hayden menjawab.

Mikael menganggukkan kepalanya beberapa kali.

IPhone milik Aryan tiba-tiba berdering dengan nyaring.

'My Fiancé'

Aryan menjawab panggilan itu.

"Hey, ada apa ?", tanya Aryan. Mikael, Ariq, Jayden dan Hayden hanya mendiamkan diri apabila Aryan memberi isyarat supaya tutup mulut.

"Awak tanya ada apa ? Tak boleh ke saya call ? Ke memang salah ?", Avrin sentap. Suara rajuknya sudah keluar.

"Hey, hey. Bukan macamtu lah. Saya mana tahu kalau awak call sebab ada hal ke apa. Tak pernah-pernah pun call, tiba-tiba je", suara Aryan lembut.

"Saya call lah dah kalau awak tak reti nak call saya. Bukannya ada rasa nak tanya khabar pun, kan ?", Avrin memerli.

"Hey, merajuk ke ni ? Saya busy lah. Bukannya sengaja taknak call awak. Sekarang ni pun tengah meeting", kata Aryan. Berjumpa dengan gengnya, itu juga adalah satu perjumpaan.

"Takpalah. Bye !", Avrin terus mematikan panggilan. Aryan mengerutkan kening beberapa kali. Merajuk ke ?

"Apasal ?", tanya Ariq yang sedari tadi hanya mendengar.

"Avrin. Biasalah perempuan, kuat merajuk", Aryan menjawab. Jari-jemari sedang menaip laju.

Sorry, awak. Esok saya ambik, kita pergi tengok barang kahwin, ye ?
-Aryan

Tak payah. Saya boleh pergi dengan kak Siti je -Avrin

Hey. Saya yang nak kahwin ke kak Siti yang nak kahwin ni ? -Aryan

Ok -Avrin

Nanti saya inform pukul berapa ye ?
-Aryan

Ok -Avrin

Amboi karangan betul dia reply.

"Alah biasalah perempuan. Pujuk sikit nanti cair lah tu", Jayden pula berkata. Aryan hanya tersenyum hambar.

Avrin tersenyum sendiri bila mengingatkan yang esok dia akan berjumpa dengan tunangnya. Cincin di jari manis kirinya ditenung lama. Cantik. Mahal. Aryan tempah khas buatnya di New York. Avrin langsung tidak menyangka tentang perkara itu.

Hatinya gembira. Terlalu gembira.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now