Bab 18

144K 8K 541
                                    

     Avrin melangkah ke dapur untuk mengambil sarapan paginya. Nampaknya semua sudah pergi ke tempat kerja masing-masing kecuali dia, Aryan, Qey Aris dan Kak Siti yang sememangnya bekerja disitu.

Qey Ari dan isterinya awal-awal lagi sudah balik ke rumah mereka. Cuma Qey Aron sahaja yang masih ingin menetap di rumah ibu bapanya dalam beberapa hari lagi.

"Good morning. Lewat bangun ?", tegur Aryan dari belakang Avrin.

Avrin pantas menoleh ke belakang. "Morning. Lama dah bangun tapi baca buku dalam bilik. Dah breakfast ?", tanya Avrin.

Aryan menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Duduklah. Saya ambilkan pinggan", arah Avrin. Aryan terus mengambil tempat di kerusi meja makan itu.

Avrin mengambil sedikit bihun goreng dan diletakkan di atas pinggan kemudian dihulurkan kepada Aryan.

Aryan pantas menyambut. Avrin kemudian mengambil tempat berhadapan dengan Aryan.

"Kita stay sini sampai family saya datang", beritahu Aryan. Mulutnya masih mengunyah bihun goreng yang ke dalam mulut.

Avrin tidak menjawab malah hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Awak okay ke ? Macam mana dengan kelas awak ?", tanya Aryan. Keningnya yang terbentuk elok berwarna coklat cair itu dikerutkan beberapa kali.

"Entahlah. Nanti saya inform lah yang saya ada urusan keluarga", jawab Avrin. Otaknya masih ligat berfikir tentang itu.

Aryan hanya mendiamkan diri.

       Avrin mencapai kunci kereta Audi TT miliknya yang terletak di atas almari solek biliknya. Beg sandang tepi bewarna hitam ditarik kasar.

Avrin kemudian melangkah turun ke tingkat bawah dengan menggunakan lif yang telah dibaiki beberapa hari lepas.

"Saya nak keluar kejap", beritahu Avrin kepada Aryan yang sedang membelek iPhone miliknya di ruang tamu.

"Nak pergi mana ?", tanya Aryan. Telefon pintar dialihkan ke tepi.

"Jumpa kawan. Kalau awak nak keluar, guna Rover putih kat garaj tu. Jangan guna yang hitam, hitam tu daddy punya. Kunci kereta ada dekat atas almari solek bilik saya", kata Avrin sambil tanggannya membelek iPhone miliknya.

"Habistu yang putih siapa punya ? Boleh ke saya pakai ?", tanya Aryan.

"Saya punya, cuma dah lama tak guna. Awak try lah start enjin dulu. Kalau tak boleh, tolong bawak pergi bengkel hehehe. Saya pergi dulu, bye !", Avrin berlalu ke pintu utama rumahnya.

Aryan masih terdiam di tempat duduknya. 'Berapa banyak kereta budak ni ada sebenarnya ?'.

Avrin masuk ke dalam Audi TT bewarna hitam miliknya. Enjin dihidupkan. Telefon pintar dibelek sekali lagi membaca mesej kawan-kawannya di dalam whatsapp group.

Aku dah sampai starbuck sunway        -Arisa

Tunggu kejap. Nak cari parking             -Diana

Aku dah ada dengan Risa ni. Rin kau kat mana ? Lambat lagi ke ?  -Zara

Avrin yang membaca mesej itu terus menaip laju.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now