Bab 24

145K 7.7K 1.6K
                                    

Aryan mengangkat barang-barang Avrin masuk ke dalam rumahnya. Avrin pula mengangkat barang-barang yang ringan sahaja contohnya diri sendiri.

"Hey Ar, apasal kau balik lewat sangat ? Aku ada benda nak cakap ni", Ariq terus menuju ke arah Aryan sejurus selepas dia turun dari tingkat tiga rumahnya. "Apa dia ?", Aryan berkata. Mata tertumpu kepada adiknya yang sorang itu. Avrin pula hanya memerhati. Ariq memberi isyarat mata kepada Aryan tentang Avrin yang sedang memerhati mereka. Aryan cukup faham.

"Awak naik atas dulu boleh ? Ariq nak tanya saya pasal alat sulit dia tu. Ada problem katanya", Aryan berkata selamba. Ariq membulatkan matanya tetapi tidak berkata apa. Avrin tergelak kecil kemudian mengangguk. Kaki pantas melangkah ke tingkat atas. Selepas Aryan dan Ariq tidak mendengar bunyi tapak kaki Avrin yang memakai selipar di dalam rumah itu, mereka berdua terus ke belakang rumah. Masing-masing berdiri di tepi kolam renang.

"Apa hal ?", tanya Aryan. Tangan kirinya diletakkan di dalam kocek seluarnya. Tangan kanan pula dibiarkan bebas. Ariq pula meletakkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluarnya.

"Erin. Dia ada dekat sini. Anak-anak buah dia ramai dekat sini, kau pun tahu kan ?", Ariq memulakan topik perbualannya.

"Tahu. Habistu kenapa ?"

"Ni berkaitan dengan budak yang kau langgar haritu"

"Okay then ?"

"Dia bukan Erin. Itu kembar Erin. Nama dia Eris"

Aryan mengerutkan keningnya beberapa kali.

"Apa maksud kau ni ? Bila masa pulak dia ada kembar ?", Aryan bertanya dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.

"Itulah masalahnya. Sekarang ni aku pun pelik. Bila masa minah tu ada kembar. Tapi yang pasti, itulah maklumat yang aku dapat. Kembar Erin tu tengah ada dekat hospital lagi sekarang. Dengar cerita kaki dia lumpuh", Ariq menerangkan dengan teliti. Muka masih tenang. Dua beradik ini tidak pernah lekang dari muka yang tersangat tenang nak mati.

"Mana kau tahu semua ni ?"

"Kau suruh Jayden dengan Hayden siasat kan siapa budak yang kau langgar semalam tu", Ariq menjawab. Keningnya diangkat sebelah.

Iya. Jayden dan Hayden sudah berada di Malaysia. Mereka bertolak dan menaiki pesawat yang sama dengan Ariq dan Isha. Cuma kedatangan mereka di Malaysia tidak diketahui oleh Avrin.

"Bagus. Then apa lagi ?", tanya Aryan lagi.

"Diorang tengah buru kau", Ariq menjawab dengan tenang. Aryan mengangguk tanda faham. Kaki terus melangkah ingin masuk ke dalam rumah. "Budak-budak dia ramai, Ar", sambung Ariq lagi.

Tiba-tiba kakinya terhenti. Kepala ditoleh separa ke arah Ariq yang berada di belakang.

"Bawak budak-budak turun. Kita hantar anak-anak ayam dulu. Kalau dia still taknak kalah, kita sendiri akan turun", Aryan berkata dengan suara yang mendatar. Muka tetap tenang. Tangan kiri masih berada di dalam kocek seluarnya. "Sediakan senjata. Kita akan diburu", sambung Aryan. Kaki sambung melangkah menuju ke dalam rumah.

"Inilah Ar yang aku kenal. Nope, inilah Froy yang aku kenal. One more thing, kita bukan diburu, tapi kita akan memburu", Ariq berkata dengan suara yang mendatar. Senyuman sinis terukir di bibir. Kaki juga melangkah masuk ke dalam rumah. Aryan yang mendengar hanya tergelak. Gelak jahat.

"Apa yang diorang bincangkan ? Serius betul muka masing-masing", Avrin berkata sambil mengintai dua beradik itu di balkoni biliknya. Apabila Ariq seperti memandang ke atas, dia terus berlari panjat ke atas katil.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now