Bab 9

139K 8.2K 322
                                    

Avrin melangkah keluar dari rumah gah itu selepas mendengar suara garau yang datang dari luar rumah. Avrin mencuri dengar bila menyedari namanya ada di dalam perbualan itu.

"Aku dah tahu kat mana perempuan tu. Buat masa sekarang aku rasa lebih baik Avrin tak balik sana dulu" -Aryan

"Habistu macam mana ? Nyawa Avrin sentiasa di hujung tanduk kalau dia still duduk situ. Kau kena pindahkan Avrin cepatlah" -Ariq

"Buat masa sekarang aku ada hantar orang yang akan perhatikan gerak-geri Avrin. Memandangkan aku tak boleh nak sentiasa ada dekat dengan Avrin, jadi sekurangnya dia boleh jaga", -Aryan

Prakk...

Avrin terlanggar pintu hadapan rumah itu. Aryan dengan Ariq pantas menoleh.

"Elle est en train d'écouter (dia tengah dengar)", kata Aryan kepada Ariq. Sengaja ditukar bahasa kepada bahasa French supaya tidak difahami oleh Avrin.

Ariq mengangguk.

Ariq kemudian masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi ke pejabatnya.

Aryan masuk ke dalam rumah, dia perasan Avrin berlari menuju ke biliknya.

"Apa kejadah yang diorang cakapkan tadi ? Nyawa apa ni ? Apenda ni ?!!!' Avrin menghadap ke komputer ribanya. Tidak faham akan apa yang didengarinya sebentar tadi.

  Komputer riba ditutup kasar. Kakinya turun ke ruang tamu. Aryan berada disitu sendirian.

Avrin mengambil tempat di depan Aryan. Mata sengaja dibuat-buat focus pada kaca televisyen.

"Hey", Aryan menegur.

Avrin menoleh ke arah Aryan. Tangan Aryan yang menepuk-nepuk di atas sofa lembut itu seperti menyuruh Avrin duduk di sebelahnya.

Avrin mengambil masa 5 saat kemudian terus duduk di sebelah bakal suaminya.

"Kenapa muka cemas macamtu ?", tanya Aryan.

Avrin pantas menggeleng. IPhonenya dibawa keluar dan ditunjukkan mesej yang diterimanya semalam kepada Aryan. Telefon pintar bertukar tangan.

Aryan baca dengan tenang. Tidak apa yang perlu dikejutkan. Aryan kembalikan telefon pintar milik Avrin kepada tuannya. Avrin hanya memerhati.

'Seriously takda respond apa-apa ? The heck ? Baik tak payah tunjuk tadi haih'.

"Saya tahu awak dengar perbualan saya dengan Ariq tadi", Aryan mulakan bicara. Matanya tidak lari dari kaca televisyen.

Avrin jadi tidak keruan. Matanya gerak ke kanan dan kiri.

"Errr..." itu sahaja yang keluar dari mulut Avrin.

"Saya akan jelaskan semua pada awak bila dah sampai masanya. Buat masa sekarang tolong ikut je cakap saya. Boleh ?", tanya Aryan lembut. Dia kemudian menoleh ke arah Avrin.

"Baiklah. Tapi awak jangan apa-apakan saya", jawab Avrin yang sedang takut.

Aryan tergelak sinis mendengarnya.

"Apa awak merepek ni. Saya takkan apa-apakan bakal isteri saya lah", jawab Aryan dengan senyuman. Muka yang serius tadi dibuang jauh-jauh untuk hilangkan rasa gementar si bakal isteri.

"Apa awak nak saya buat ?", tanya Avrin sambil memandang ke arah Aryan.

"Keluar dari rumah Erin", ringkas arahan Aryan.

  Avrin membulatkan matanya.

"Kenapa saya kena percayakan awak berbanding kawan saya sendiri ", tanya Avrin.

"She's not your friend, Avrin !", suara Aryan naik satu oktaf. Mukanya tampak serius kali ini.

Avrin terkejut dengan suara Aryan yang dinaikkan.

"Sorry.. Tak bermaksud nak tinggikan suara", Aryan merendahkan semula suaranya. Kali ini lebih lembut.

"Tengoklah dulu. Tapi buat masa sekarang biar saya duduk rumah dia dulu. Saya tengah cari rumah sewa yang dekat dengan U saya", Avrin akhirnya bersuara selepas beberapa minit mendiamkan diri.

"Duduk rumah ni. Kereta ada banyak. Senang sikit awak nak pergi kelas nanti. Makan minum pun maid sediakan", kata Aryan.

"Nantilah. Apa pulak kata Erin nanti kalau saya terus nak pindah rumah bakal suami", kata Avrin.

Aryan tersenyum mendengar perkataan 'bakal suami' yang disebut oleh Avrin.

"Okay okay. Tapi secepat yang mungkin tau pindah sini", kata Aryan lagi.

Avrin menganggukkan kepalanya.

"Saya kena pergi office sekejap. Ada hal perlu diuruskan. Awak okay tak duduk rumah dengan maid ?", tanya Aryan. Kakinya sudah berdiri sambil menghadap ke Avrin.

"Hah ? Yang lain mana ?", tanya Avrin terkejut.

"Kerja lah. Mummy ada urusan juga harini", jawab Aryan selamba.

"Takut lah. Rumah awak sebesar alam. Tadi pun saya terdengar bunyi pintu terbuka sendiri. Seram laa", jawab Avrin. Mukanya dikerut-kerutkan.

"Hahaha. Pergi bersiap. Ikut saya pergi office", kata Aryan sambil kakinya menuju ke tingkat atas.

Avrin hanya mengekor dari belakang.

"Boleh ke ?", tanya Avrin dari belakang. Aryan memberhentikan langkahnya.

"Siapa berani marah ?", tanya Aryan dengan senyuman. Kakinya diteruskan masuk ke dalam bilik untuk bersiap.

Avrin mendengus sebelum masuk ke dalam biliknya dan bersiap. 'Pakai ala kadar jelah. Bukannya ada orang tengok pun'.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα