Bab 15

141K 8.5K 532
                                    

       "Take a good care, Avrin", pesan Isha. Ariq yang berada di sebelah Isha hanya berdiam diri.

Avrin tidak menjawab malah hanya menganggukkan kepala. Dia pantas keluar dari kereta Mini Cooper milik Isha.

Aryan hanya memberi isyarat kepada Isha supaya beri Avrin masa untuk bertenang. Isha mengangguk dengan perlahan. "Dah sampai call aku", pesan Ariq kepada Aryan. Aryan menganggukkan kepalanya.

      Avrin dan Aryan menaiki pesawat Airbus A380 milik The Louise Airlines. First class suite ditempah oleh Aryan awal pagi kelmarin. Bila Avrin menyoal kenapa tidak menaiki private jet keluarganya sahaja, Aryan menjawab ibu bapanya perlu ke Sepanyol pada hari yang sama dengan mereka pergi ke Malaysia.

12 jam kemudian...

Avrin dan Aryan turun dari pesawat bersama-sama. Selepas menguruskan urusan barang-barang mereka, Avrin dan Aryan berhenti di restoran makanan segera McDonald's.

Selepas membeli makanan, Aryan dan Avrin mengambil tempat di hujung restoran. Avrin hanya menikmati makanannya tanpa memandang ke arah Aryan.

"Awak marah saya lagi ke ?", tanya Aryan yang menyedari Avrin langsung tidak memandang ke arahnya.

Avrin terus menoleh selepas Aryan menegur.

  "Eh takdalah. That girl keep looking at me ! Dia jeles kut saya makan dengan lelaki kacak", adu Avrin sambil matanya memberi isyarat kepada perempuan di tengah restoran.

Aryan tersenyum. "Ingatkan marah kat saya hehe", Aryan meneruskan mengunyah makanannya.

"Tengok lah tu. Dia pandang saya macam nak makan saya je", adu Avrin lagi.

"Malaslah tengok. Baik saya tengok bakal isteri saya ni", kata Aryan sambil tersenyum.

  Avrin menahan diri dari tersenyum. Dia terus menghabiskan suapan yang terakhir.

"Cepatlah makan. Saya nak call Angah ni", arah Avrin.

"Call jelah. Dah nak habis dah ni", kata Aryan.

"Hello.. Angah. Rin dah sampai ni. Dah siap makan kat McD dah", kata Avrin.

"Okay okay. Rin tunggu. Bye !", Avrin menamatkan panggilannya dengan Qey Aron.

Avrin menoleh kearah Aryan kemudian dia mengukir senyuman ikhlas.

Aryan membalas senyumannya dengan mengenyitkan mata sebelah dan senyuman.

Avrin menggelengkan kepalanya beberapa kali kemudian terus menoleh ke arah lain.

Beberapa puluh minit kemudian...

        Qey Aron membantu Avrin memasukkan barang ke dalam but kereta.

"Mana bakal suami kau ?", tanya Qey Aron. Dia kemudian memandang ke sekeliling untuk mencari gelaran bakal adik iparnya itu.

"Dia pergi toilet sekejap. Dia ingat Angah lambat lagi tadi", jelas Avrin.

Tiba-tiba iPhonenya berdering. 'Aryan Froy'. Selepas membaca gelaran si pemanggil, Avrin terus menyambut panggilan daripada bakal suaminya itu.

"Saya ada dekat depan ni. Nampak tak kereta BMW hitam ? Haa okay okay", Avrin menyimpan semula iPhonenya ke dalam poket seluarnya selepas panggilan ditamatkan oleh Aryan.

Avrin kemudian masuk ke tempat duduk belakang penumpang. Ingin memberi ruang kepada si bakal suami duduk di sebelah abangnya.

     Aryan membuka pintu kereta dan masuk ke dalam tempat duduk depan penumpang. Dia kemudian memandang ke kanan. Dia hanya memandang dengan muka tak bersalah kemudian tersenyum kepada Qey Aron.

Qey Aron pula mengerutkan keningnya. "Salah kereta ke ni ?", tanya Qey Aron.

"Eh ni lah bakal adik ipar Angah", Avrin cuba untuk membetulkan salah faham Qey Aron.

Qey Aron mengerutkan keningnya buat kali kedua selepas mendengar penjelasan adik perempuannya.

"Aryan Froy Louise", Aryan menghulur tangan.

"Ah tak payah nak acah kenalkan diri dekat aku", Qey Aron menjeling.

Kereta BMW hitamnya laju membelah jalan.

Aryan tergelak besar selepas mendengar Qey Aron seperti tidak mempercayai itu.

Avrin menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'Apa ni ? Angah kenal dengan Aryan ke ?'. Getus hati Avrin.

."Angah kenal ke dengan Aryan ? Awak kenal ke dengan abang saya ?", Avrin tanya kepada Qey Aron kemudian bertanya kepada Aryan.

Aryan hanya memandang ke arah Qey Aron kemudian tersenyum lebar dan akhirnya melepaskan tawa.

Qey Aron hanya menjeling. "Diamlah babi", kata Qey Aron. Tawa Aryan semakin terbahak-bahak. Avrin semakin keliru.

"Nantilah saya cerita ye ?", Aryan berkata dengan tawa masih bersisa.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now