Bab 25

145K 7.6K 1.1K
                                    

"Kau dari mana ni ? Apasal lebam pipi kau ni ? Siapa buat kau ?", bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Erin.

"Takda apalah. Biasalah budak lelaki gaduh berebut awek", Mikael menipu. Erin hanya diam memerhati Mikael.

"So, apa aku kena buat lepasni ?", tanya Mikael sengaja menukar topik perbualan. "Kau tak payah buat apa-apa lagi. Aku dah hantar dua orang budak untuk langgar kereta Avrin bila dia keluar rumah", Erin berkata sambil kaki melangkah ke arah meja kayu yang terletak pelbagai jenis pisau di atasnya.

"Siapa yang kau hantar tu ? Kereta apa yang diorang pakai ?", tanya Mikael ingin mengambil tahu. "Apasal kau nak tahu ?", soalan dijawab soalan.

"Saja je tanya. Kalau tak boleh tanya takpalah aku tak tanya dah lepasni", suara Mikael dibuat-buat sayu. "Yelah yelah. Aku suruh diorang guna kereta buruk je. Sebab baru baru ni Eris pakai kereta Mercedes tapi mat saleh celup tu dapat kesan. So kalau hantar kereta buruk, siapa yang dapat kesan kan ?", Erin berkata sambil keningnya diangkat sebelah ke arah Mikael.

"Kereta apa buruk tu ?", tanya Mikael lagi. "Dua-dua Honda cabuk", jawab Erin selamba. "Dua-dua ?", tanya Mikael lagi. "Iya, diorang pakai kereta yang berasingan. Mudah sikit nak langgar Avrin tu", jawab Erin.

"Tapi kau pasti ke Honda cabuk tu boleh langgar kereta Avrin ?", tanya Mikael. "Kenapa ?", giliran Erin untuk bertanya. "Avrin tu pernah ke pakai kereta yang tak mahal ? Entah-entah nanti budak-budak kau yang mati sebab langgar Avrin, budak tu hidup bahagia je", Mikael berkata lalu terus beredar dari situ. Erin terdiam sendiri. Dia juga ada memikirkan tentang itu, tetapi apakan daya. Dia tidak mahu risiko keretanya menjadi mangsa pula selepas kereta Eris begitu teruk dilanggar oleh Range Rover putih milik Avrin.

"Hey !! Nak pergi mana ?", tanya Avrin kepada Aryan yang sedang menuju ke arah pintu utama. Aryan menoleh ke arah gadis itu. Cantik. Aryan tersenyum sendiri.

"Hello ? Saya tanya ni kan. Yang awak tersenyum sorang-sorang tu kenapa ?", Avrin melambaikan tanganya di depan muka Aryan.

"Saya ada urusan sekejap. Duduk rumah elok-elok ye ?", Aryan berkata sambil membuka pintu utamanya yang berkunci.

"Bawak saya tak boleh ke ? Saya bosan lah duduk rumah sorang-sorang", Avrin mencebikkan mukanya.

"Sekejap je saya pergi. Kak Isha ada kat rumah kan, awak borak lah dengan dia", kata Aryan. Kaki masih berada di tempat yang sama. "Taknaklah. Kak Isha tu asyik tidur je kat dalam bilik. Bosan saya. Please.. Nak ikut..", Avrin sedikit merayu.

"Hey, hey. Janganlah macam ni. Tak tahan saya. Karang saya bawak pergi hotel, nak ?", usik Aryan. Bibir diukir senyum nakal.

"Ish ! Malas lah ikut. Baik saya tidur kat rumah lagi bagus", Avrin seolah-olah merajuk. Kaki terus menuju ke tingkat atas. Aryan tersenyum melihat kecomelan Avrin.

"Sekejap je. Dalam satu jam lagi saya balik ye ?", Aryan berkata dengan suara yang kuat supaya dapat didengari oleh Avrin.

Mikael melangkah kaki di bangunan gah milik Aryan. Dengan sekilas pandang, dia dapat mengagak yang Aryan berkali ganda lebih kaya berbanding Erin. Mana tidaknya, Erin hanya membayar dia RM2000 sebulan manakala Aryan dengan selamba membayarnya RM2000 sehari dengan kerja yang amat mudah.

Tok.. tok.. tok..

"Come in", kedengaran suara Aryan di dalam pejabatnya.

Pintu dibuka dengan perlahan. "Boss, ada orang nak jumpa dengan boss. Dia kata boss yang suruh dia datang sini", gadis berkaca mata itu berkata. Mikael berada di sisinya. "Okay. You may go now", Aryan berkata kepada gadis itu.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now