Bab 27

147K 7.5K 805
                                    

                Majlis pertunangan Aryan dan Avrin berjalan dengan lancar. Majlis itu diadakan di rumah keluarga Avrin. Terdapat beberapa orang wartawan yang hadir untuk mendapatkan maklumat tentang pertunangan anak jutawan Malaysia bersama jutawan Amerika. Majlis itu diadakan kecil-kecilan sahaja memandangkan ianya hanya majlis pertunangan dan bukan majlis akad nikah.

Jam sudah menunjukkan pukul 5.50 petang. Masih terdapat tetamu yang berada di kawasan rumah Avrin yang besar itu. Terdapat enam buah khemah yang tersedia di kawasan rumahnya itu.

         "Bertunang dah kawan aku sorang ni ! Tak sangka aku !", Diana separa jerit apabila Avrin melangkah ke arahnya yang berada di bawah khemah. Diana, Arisa dan Zara berada di situ sudah lama. Lepak dulu katanya.

"Ish, kau ni. Baru bertunang lah. Bukannya dah kahwin pun", Avrin berkata sambil mengangkat kain dressnya yang labuh sebelum mengambil tempat di sebelah Diana dan Arisa.

"Cantiklah dress kau. Ni baru bertunang, belum kahwin lagi. Entah-entah kahwin nanti pakai dress macam cinderella", Zara memuji. Tangan kirinya memegang gelas kaca yang berisi jus oren.

 Tangan kirinya memegang gelas kaca yang berisi jus oren

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   
Avrin tersenyum. "Aryan yang pilih dress ni. Dia kata tak terlalu seksi", Avrin berkata sambil mata memandang ke arah tunangnya yang berada di bawah khemah yang berlainan bersama rakan-rakannya dari Malaysia. Ariq, Jayden dan Hayden juga sedang bersembang kencang di situ. Aryan tampak sangat kacak dengan suitnya yang seperti ingin ke pejabat itu. Tetapi dengan warna yang kelam. Kemejanya bewarna hitam, tali lehernya bewarna hitam dan kotnya juga bewarna hitam. Hidupnya seperti tiada warna lain selain dari warna hitam. Mujur kulit putih. Kalau kulit pun hitam, nampak gigi ajelah.

Aryan menoleh ke arah Avrin. Bibir mengukir senyum khas buat tunangnya yang tampak begitu cantik pada hari ini. Avrin cepat-cepat menoleh ke arah berlainan. Malu.

"Hoi. Nanti dah kahwin kau tenunglah suami kau tu lama-lama", tegur Arisa yang menyedari Avrin seakan-akan sedang bermain mata dengan tunangnya.

"Kau mesti tak sabar nak rasa malam pertama, kan ?", Zara bertanya tanpa insurans. "Woi !", serentak Avrin, Arisa dan Diana menjerit. Agak kuat. Aryan dan rakan-rakannya menoleh ke arah mereka berempat. Avrin menutup mukanya. Malu.

                "Bro, congrats lah akhirnya kau dah jumpa pasangan hidup kau. Aku ingat kau ni gay", Ariff berkata dengan mulut lepasnya. "Kalau aku gay, mesti dah lama aku jatuh cinta dekat kau. Tapi aku tengok kau pun nak termuntah, so aku straight lah", Aryan berkata. Tawanya terlepas di akhir ayatnya.

"Ah kau ! Tapi kan, cantik jugak eh tunang kau tu. Muka cantik, kaya, rambut lawa, bulu mata lentik, kening tak ukir pun bentuk lawa, tinggi pulak tu, dan yang paling penting body goals", Ariff memuji Avrin tinggi melambung.

"Sedap sangat kau usha body tunang aku. Pergi cari lain lah. Dia aku punya", Aryan berkata dengan senyuman nakal yang dibuat-buat.

"Rilek lah bro. Aku tak ambik kau punya lah", kata Ariff. Tangannya menepuk bahu Aryan dengan kasar.

          Mikael melangkah mendekati meja yang diduduki oleh Avrin, Arisa, Diana dan Zara.

"Congrats, Rin", Mikael berkata. Avrin menoleh ke kirinya. Riak mukanya jelas terkejut dengan kehadiran Mikael. Avrin terus bangun dari kedudukannya.

"Apa you buat kat sini ?!", Avrin separa jerit. "Siapa suruh you datang sini ?! Siapa yang jemput you ?!! Berambus !!", sambung Avrin dengan jeritan yang kuat. Tetamu yang belum balik menoleh ke arah Avrin dan Mikael.

"I...", Mikael belum sempat untuk menjawab. "I apa ?! You berambus !!", jerit Avrin lagi. Tangannya ditunjukkan ke arah pintu pagar rumahnya.

"Hey, hey. Kenapa jerit-jerit ni ?", Aryan mendekati Avrin dan Mikael. "This guy ! Siapa yang jemput dia datang majlis kita ?!", Avrin masih bengang. Tetapi suaranya sudah turun dua oktaf.

"Saya yang jemput lah. Awak janganlah halau tetamu macam tu. Tak elok lah", Aryan menjawab. Mukanya jelas nampak tenang. Aryan kemudian memandang ke arah Mikael.

"Sarah mana ? Kata nak bawak dia jumpa aku", Aryan berkata kepada Mikael. Avrin hanya terdiam. Keningnya dikerutkan beberapa kali. Keliru dengan situasi itu.

"Sarah demam. Mak aku tengah jaga dia kat rumah. Sorry tak dapat bawak dia jumpa kau", Mikael menjawab.

"Oh, takpalah. Pergilah makan dulu. Makanan ada banyak lagi. Nanti kalau nak bungkus, bagitahu makcik kat bawah khemah tu", Aryan berkata sambil tangannya menunjuk ke arah seorang makcik yang berada di bawah sebuah khemah terletak paling hujung.

Mikael menganggukkan kepala lalu berlalu pergi.

"Now tell me what's going on here", Avrin berkata kepada Aryan. Suaranya mendatar. Mata jelas kelihatan berapi. Aryan merenung ke dalam mata hazel milik Avrin. Senyum diukir di bibir. Kacak. Sangat kacak.

"Nanti dah kahwin saya beritahu ye ? Janganlah marah marah. Tak elok tau. Nanti tak cantik dah muka tu", Aryan memujuk. Avrin mencebik. Dia terus duduk di kerusinya tadi. Aryan pula tersenyum melihat Avrin yang seakan-akan merajuk itu.

Aryan terus melangkah ke arah rakan-rakannya yang sedang memerhatikannya.

              Avrin mengambil tempat di sofa ruang tamu rumahnya. Majlis telah tamat empat jam yang lepas. Badannya berasa sangat lenguh. Aryan pula telah pulang ke rumahnya setelah majlis tamat. Ibu bapa Aryan mudah bergaul dengan ibu bapa Avrin. Dalam masa yang singkat, mereka boleh menjadi sangat rapat. Menakjubkan.

IPhone milik Avrin berdering.

"Hello"

"Hey. Penat ?", Aryan bertanya di hujung talian.

"Hmm...", Avrin menjawab malas. Dari petang tadi Avrin bersikap dingin dengan tunangnya.

"Marah saya lagi ke ?", tanya Aryan lembut.

"Okay okay. Mikael tu dah bekerja dengan saya", terang Aryan.

"Are you nuts ?! Dia hampir rogol saya !", Avrin separa jerit.

"Dengar sini, Avrin. Mikael terpaksa buat macamtu sebab dia perlukan duit. Erin bayar dia untuk pecahkan dara awak sebelum awak kahwin dengan saya. Ayah Mikael tengah sakit. Dia perlukan duit yang banyak untuk bayar kos perubatan ayah dia. Jadi, saya perlu tolong dia. Dia memang tak sanggup nak pecahkan dara awak, tapi nyawa ayah dia lebih penting. Tolong faham", Aryan menjelaskan satu persatu.

"Habistu ?! Awak tak marah lah dia nak rogol saya ?!", Avrin berang lagi.

"Sekarang ni benda tu dah berlalu pun kan ? Dara awak tak pecah pun kan ? Maafkan jelah dia", Aryan berkata dengan tenang.

"Ishhh !! Apa yang istimewa sangat dia tu sampai awak beria nak tolong dia ?", tanya Avrin. Suara sudah kembali tenang.

"Saya kesian dekat dia. Dia kena jaga mak bapak dia, anak angkat dia pun bergantung kat dia je. Kita yang terlebih rezeki ni, apa salahnya beri sikit kat orang lain, kan ? Tak luak pun harta saya tu", Aryan berkata selamba. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Aryan. Avrin melepaskan nafas berat.

"Iyalah iyalah. Tapi tadi awak cakap Erin bayar dia. Bila masa Erin ada dekat sini ?", Avrin bertanya. Otaknya sedang keliru.

"Dia ikut kita balik Malaysia. Nanti borak lagi ye ? Kak Isha panggil saya ni", kata Aryan.

"Haa yelah. Bye", Avrin mematikan panggilan. Erin berada di Malaysia. Jantungnya terus mengepam darah dengan laju. Kalah Ferrari.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now