Bab 1

2.1K 99 5
                                    

"Timoh! "

Pak!

Kan dah mendapat satu. Suka hati mak nenek dia je panggil aku Timoh.

Tapi nama tu berasal dari nama aku jugak. Fatima Ashal. Aku lebih suka kalau  orang panggil aku Ashal dari Fatima. Mungkin sebab nama Ashal lagi sedap di telinga aku.

Aku membuat muka toya.

"Apa? "

"Kau tengok tu. Abang askar. Handsome jugak. " bisik Ayesha perlahan.

"Apa yang istimewa sangat 'ABANG' askar kau tu? " Perkataan abang sengaja ditekankan.

Aku langsung tidak berpaling ke arah 'abang' askar yang dikatakan Ayesha.

Bahu diangkat. "Entah. Mungkin sebab badan dia sado je kot? Tapi, Jeno tetap di hati. " Ayesha berkata selamba. Perhatiannya terus dialihkan ke arah iPhonenya.

Kepala digelengkan.

Aku melihat Qaes, adik lelaki Ayesha yang malas melayan kerenah kakaknya. Tengok! Adik dia pun malas nak layan dia. Inikan pulak aku yang menghadap dia dari umur 7 tahun sampai umur 23 tahun. 

Gila nak menghadap dia bertahun- tahun? Kena pulak aku sama sekolah dengan dia. Naik tingkatan 4 aku pindah sebab nak lari dari dia. Eh? Alih- alih dia pun pindah jugak ikut aku. Dahlah sekolah yang sama, boleh pulak aku sekelas dengan dia. Boleh gila aku menghadap dia sampai ke tua. 

Air disedut sehingga habis. Lantas aku berdiri untuk pergi membayar makanan. Ayesha dah bayar duit minyak kereta. Jadi apa salahnya kalau giliran aku pula yang bayar makanan.

Ke mana kami? Pergi menghantar Qaes ke Matrik Negeri Sembilan. Tak boleh nak pelik sebab adik dia tapi yang kena ikut hantar sekali aku. Muka yang ni juga jadi pemandu tak berbayar. Ayesha pula sedap melantak tidur kat sebelah pemandu. Hampeh!

Selesai sahaja membayar makanan, aku memusingkan badan ke arah belakang. Dahi aku berkerut kehairanan.

Badan aku terhalang oleh disebabkan seseorang.

"Ekhem! "

Kepala diangkat.

Seorang lelaki sedang memandang tajam ke arah aku. Kepalanya ditundukkan sedikit supaya dapat melihat aku.

Agak -agak, kalau berdiri dia kat tepi jalan pun kereta lalu lalang tak perasan. Kereta yang lalu mesti ingat lelaki ni tiang lampu. Tinggi gila.

Muka jangan cakap la. Tak ada senyuman langsung.

"Excuse me. "Lelaki itu berkata sopan.

Ok. Sangkaan aku jauh meleset. Aku ingatkan lelaki ni kurang ajar dan sebagainya. Nada dia lembut mat! Tak ada la kurang ajar walaupun dia langsung tak senyum. Pengaruh novel sangat aku ni.

Lantas aku memberikan laluan kepadanya. Mata aku sempat melihat dia tersenyum kecil.

Kepala digeleng kecil. Salah tengok kot.

Aku melihat susuk tubuh lelaki itu sedang berdiri di hadapan kaunter. "Macam kenal. "kata aku perlahan. Muka lelaki tu familiar, tapi tak ingat kat mana.

Ni la susah kalau kepala otak lambat nak scan muka orang. Kalau ada peragut pun aku tak sempat nak cam muka peragut tu.

Tanpa membuang masa, aku bergerak ke arah meja makan tadi. Belum sempat aku melabuhkan punggung, Ayesha serang aku dengan soalan -soalan dia. "Weh! Siapa tu? Handsome tak? Dia cakap apa? Tinggi gila lelaki tu. Kau berdiri sebelah dia macam sem-"

Mulut Ayesha tertutup rapat apabila aku mengacukan garfu ke arahnya. Kalau berani sebut sampai habis perkataan terakhir tadi. Pantang betul aku kalau orang perlekehkan ketinggian aku.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now