Bab 36

234 36 5
                                    

Senyuman nakal menghiasi bibirku. Sengaja berlawan mata dengan sepasang mata sepet. Alololo! Tidur ke bang? Sepet betul mata awak macam tengah tidur. Hahaha!

Dia menyilangkan tangan. Ketat gila muka dia. Keadaan yang dirasai tegang tapi bukan pada aku. Larangan adalah suruhan bagiku.

"Ab-"

"Sudah! "Laju Muqris memotong. Jelas mukanya tampak bengang. Aku yang duduk di hadapannya pun dipandang tajam atas bawah.

Hujung baju dipintal. "Laaaa. Ashal tengok orang yang baru kahwin semua panggil suami abang. Takkan Ashal tak boleh panggil Ris panggilan 'abang'? " soalku.

"Sejak bila aku jadi abang kau? Kau panggil aku abang sekali lagi, tidur luar kau malam ni. "Dia mencapai batang penyapu. Sempat dihadiahkan jelingan tajam.

Sudah sebulan sejak perkahwinan aku dan Muqris. Sebelum ini kami bergilir -gilir tinggal di rumah orang tua kami. Tidak lama selepas itu, Muqris mencadangkan untuk tinggal berasingan. Dan aku setuju. Rumah aku yang lama pula Muqris tak cadangkan untuk jual. Katanya kalau kami bergaduh aku boleh lari tinggal kat situ. Ceh, tukang mengajar!

Rumah setingkat menjadi pilihan kami. Tak adalah besar sangat tapi cukuplah untuk kami berdua mulakan hidup baharu. Bahagian dalam rumah pun kosong lagi. Maklumlah baru pindah. Tiada lagi perabot. Yang ada hanya peti ais, dapur dan mesin basuh. Tidur pula beralaskan tilam dahulu. 

Aku melihatnya menyapu bahagian ruang tamu. Hampir semua kerja membersihkan rumah baru kami dilakukan oleh Muqris. Tak dinafikan dia memang rajin. Setiap kerja yang dilakukannya tiada langsung keluhan yang terbit di bibirnya. 

Grukkk!

Perut dipegang. Jarum jam menginjak ke pukul empat petang. Patutlah! Aku belum menjamah sebarang  makanan selepas makan pagi.  Terlalu leka mengemas sampai terlupa nak isi perut.

"Ris, lapar." aduku. Nak masak, malas.

"Nak makan apa?"

"Nak makan ayam gepuk boleh tak, abang," pintaku berserta senyuman.

"Dari makan ayam gepuk, ada yang makan batang penyapu ni karang. Jangan panggil aku 'abang'. Jangan." Perkataan jangan ditekankan. 

Aku lihat dia mengeluarkan telefon. Order grab kot.

"Kenapa? Kan sweet panggil abang."

"Sweet acik ko lah! Kau panggil aku macamtu lagi, aku panggil kau xiǎo zhū." 

"Apa maksud perkataan tu?"

Jari Muqris terhenti dari membelek telefon. Kami bertentang mata. Dia menggigit bibir. Dan aku setia menanti jawapan darinya.

"Carilah kat google. Buat apa kau tanya aku? Dahlah aku nak tunggu makanan sampai, nanti rider tak jumpa rumah."  Laju Muqris beredar meninggalkan aku yang masih tepinga-pinga. 

Aku membuka telefon. Carian dilakukan. Apa tadi? Xiǎo zhū kan.  Setelah menjumpai jawapan, mulutku terbuka luas. How dare you! Dia panggil aku anak khinzir?! Setakat panggil abang apalah sangat nak dibandingkan dengan anak khinzir. Kuaja betul. Patutlah dia tak jawab!

Dari dalam rumah aku perasan kelibat Muqris berjalan masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja dia masuk, tangan mencapai getah rambut di kepala. Dihalakan tepat ke arah dahinya. Dan dilepaskan getah rambut.

Plak!

Headshot.

Muqris yang baru melangkah masuk tergamam. Merah dahinya gara- gara lastik aku.  Aku menjelirkan lidah. Inilah padahnya bila panggil aku bukan-bukan. 

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now