Bab 17

370 37 1
                                    

Hari yang paling tidak ditunggu tunggu ialah hari terakhir Muqris sebagai food delivery. Ya ke tak ditunggu? Atau sebenarnya aku memang tunggu sebab dah tak sanggup nak menghadap dia.

Aku boleh menghadap dia sebagai kawan atau kenalan. Tapi aku tak boleh menghadap dia sebagai senior yang pernah aku minat dulu! Memang tak boleh. Sekarang ni pun aku cuba untuk mengelak dari dia. Kebiasaannya aku akan jaga kaunter depan. Tapi hari ni, sengaja aku terperap dalam bilik pejabat khas untuk aku.

Jari lincah bermain dengan pen.

Aku tak boleh terima 2 perkara. Pertama, Muqris merupakan bekas senior aku atau lelaki yang aku suka. Kedua, kenapa otak aku makin benak sebab tak dapat nak cam Muqris.

Tak tahu nak menangis ke nak meraung.

Tak apa Ashal. Rileks. Tenang. Jangan gelabah. Gelabah bukan sifat sebenar kau.

Nafas diambil.

Aku kembali menyambung kerja yang tergendala. Tanpa aku sedar, jarum jam sudah menginjak sehingga waktu makan tengah hari. Patutlah perut aku bukan main berbunyi rancak.

Meja yang berselerak dengan kertas aku kemas. Sempat aku menyembur pewangi sebelum meninggalkan bilik kerja.

“Shal. ”Aku menoleh apabila mendengar namaku dipanggil. Ayesha.

“Pahal kau? ”

Ayesha menghulurkan sebungkus plastik yang terdapat bekas makanan di dalam.

Huluran disambut. Aroma makanan yang berada di dalam plastik menusuk ke dalam hidung. Aku mendekatkan hidung dengan plastik cuba mengenalpasti makanan yang diberi Ayesha.

Ikan keli sambal berlada!

Dari bau pun aku dah boleh tahu. Makanan kegemaran aku. Kecur air liur aku menghidu bau ikan keli sambal berlada.

Pelik. Takkanlah Ayesha masak. Kalau mama dia masak, aku percaya. Kalau dia, hampeh. Sampai kesudah aku tak dan takkan percaya.

“Ada orang bagi. Bukan aku yang masak. ”kata Ayesha seolah olah dapat membaca fikiranku.

“Ceh! Aku taulah. ”

Aku mencari kelibat seseorang. “Muqris mana? ”

“Hantar makanan lah. Tadi semua orang dah ucap selamat tinggal. Kotlah ni pesanan makanan terakhir dia. So, secara rasmi dia dah berhenti. ”ujar Ayesha.

“Awalnya! ”rungutku tanpa sedar.

Ayesha menunjal dahiku. “Eih tolol! Yang kau terperap dalam bilik kerja apahal? Muqris tu teman kau gaduh. Teman kau bercakap. Teman kau mengulang Al Quran. Apa benda kau ni? Tak reti nak hargai dia ke? ”bebel Ayesha.

“Ha! Ya. Nak hargai lah ni. ”Aku mencebik. Muqris punya pasal, aku kena membebel. Apa yang hebat sangat pasal dia pun aku tak tahu.

Aku bergerak meninggalkan Ayesha seorang diri. Aku kembali masuk ke dalam bilik kerja.

Buka sahaja penutup bekas makanan, semerbak bau ikan keli sambal berlada menghiasi bilik kerja aku. Nasi putih, sayur tumis dan beberapa biji buah mangga yang telah dipotong juga turut ada. Aku pun apa lagi. Basuh tangan. Baca doa. Terus ngap!

Aku menikmati ikan keli sambal berlada. Cukup manis. Masin. Pedas jangan cakaplah. Aku rasa macam bibir aku bengkak. Tapi sedap! Sayur tumis yang kena dengan selera aku. Memang betul -betul menikmati makan tengah hari.

Ting!

Bunyi notifications menghentikan aku dari menyuap makanan. Aku menekan lockscreen berkali kali. Ada mesej.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now