Bab 34

366 37 7
                                    

Kaki melangkah keluar dari bilik air. Badan terasa segar selepas mandi. Selepas majlis akad nikah tadi, aku bergegas bersiap untuk majlis resepsi seterusnya.Penat jangan cakap, tapi dalam penat ada rasa manisnya. Semua kenalan dan sanak saudara yang dijemput hadir ke majlis. Alhamdulillah, majlis juga berjalan dengan lancar walaupun ada 'D twins'.

Majlis resepsi sebelah Muqris dilakukan pada malam esok. Rancangan Muqris memudahkan semua orang. Keluarganya dan keluarga aku yang datang dari jauh tak perlu bersusah payah untuk datang 2 kali ke 2 majlis kami. Cukup sekali datang boleh terus pergi 2 majlis.

Pintu bilik dibuka dari luar. 

Terkejut aku tiba -tiba pintu dibuka.

Muqris berjalan masuk sambil menggalas beg sandang. Di badannya masih tersarung baju melayu. "Solat maghrib sekali."

Ajakannya dibalas dengan angukkan. Kepala yang tidak gatal digaru. Macam manalah aku boleh lupa yang aku dah ada suami.

Sementara menunggunya siap mandi, aku menghamparkan sejadah untuknya dan untuk aku. Bunyi pintu bilik air dibuka menarik perhatianku.

Muqris yang baru sahaja siap mandi keluar dari tandas dengan tuala yang berlilit di pinggannya.   Disajikan badannya yang berotot dan dada bidangnya. Air yang menitik di hujung rambut dia selak menggunakan tangan. 

Laju aku melarikan mata.

"Lain kali, pakai baju siap- siap dalam tandas." ujarku. Tercemar mata suci aku. Urgh!

"Tak nak. Nanti baju basah."balasnya selamba.

Malas nak bergaduh mulut, aku pilih untuk diam. Solat maghrib diimamkan oleh Muqris. Merdu juga suara dia mengaji. Nak puji nanti kembang hidung pulak apek ni.

Doa yang selesai dia baca diaminkan. 

Tanpa aku duga, dia menarik sejadahku sehingga sama paras dengannya. Aku yang duduk elok di atas sejadah serta merta tertarik sama.

"Salam." Dia hulurkan tangan.

"Batal air sembahyang nanti."

"Tak apa. Batal air sembahyang boleh ambil balik. Nak mandi wajib seka-- ..Aduh!" 

Cubitan di perutnya aku lepaskan." Kalau berani, sambung. Gatal!" Tangannya aku tarik lalu cium.

Dilepaskan tangan dengan kasar.

Dia mencubit pipiku." Alolo! Garunknya! Tapi lupa ke suami kau ni askar? Aku ni lebih garang dari kau tau."

Sheshhh! Macam mana aku boleh lupa dia ni bapak singa? Berani mati betul aku pergi cubit dia tadi.

Ketika aku ingin berdiri, Muqris menarik lenganku hingga membuatkan aku kembali terduduk. Tanganku dia genggam. 

"Nak pergi mana?" Mata helangnya memanah tepat ke dalam anak mataku.

Gulp! Air liur ditelan kasar.

"Nak rehat." Aku menjawab perlahan.

"Dah mengulang Al-Quran hari ni?"

Geleng.

"Muraja'ah 2 juzuk, baru boleh rehat." Tegas nadanya bersuara.

"Alooo! Tapi saya penat." Tanpa sedar, aku merengek. Penat gila kot! 2 majlis dalam satu hari. Kalau baca 2 juzuk, alamatnya sampai ke Isyak la jawabnya. 

"Aku pun penat. Tapi ni amanah yang Allah berikan untuk kita. Tak boleh pandang remeh. Kalau tak ingat ayat yang kita pernah hafal dikira berdosa besar. " Nadanya bertukar lembut. 

Tapi sumpah tak tipu. Aku penat gila. Katil memanggilku dengan manja. Haruslah aku tergoda!

Aku memandangnya. Sengaja meminta simpati.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now