Bab 3

671 68 9
                                    

"Angah! Adik nak bawak Khaled pergi homestay kejap!" beritahuku.

Aku culik anak dia tak bagi tahu nanti terputus sumber 'sugar daddy '.

"Ha! Ya! Hati -hati. "Angah memberikan keizinan. Nampaknya dia sedang menyiapkan Kisaie untuk ke tadika.

Aku berjalan keluar dari rumah. Homestay angah tak jauh pun. Dalam kawasan perumahan dia je. Sebab tu aku confident nak bawak Khaled pergi jalan -jalan.

Sampai sahaja di homestay milik angah, mata aku terpandang ke arah rumah homestay bersebelahan homestay yang ditumpang oleh Ayesha dan Husna.

2 buah kereta sedang terletak cantik di parking. Mercedes AMG GT Black Series dan Mercedes AMG GT 63s.

Pergh!

Macam mana aku tau? Kereta idaman aku kot! Tengok bahagian depan kereta pun dah tau. Inikan pula boleh bezakan jenis kereta. Kalau dapat ni, confirm aku tak dapat tidur malam.

Bukan biasa -biasa orang yang tumpang homestay angah ni. Aku syak, anak orang kaya. Tapi apahal tak pergi hotel je?

"Puas mengintai jiran sebelah? "perli Ayesha yang sedang berdiri di hadapan pintu.

Di tangannya sedang memegang cawan. Bukan kopi ye. Tapi teh. Sebab Ayesha tak minum kopi. Minah ni acah je. Heh!

"Kau kenal ke siapa yang duduk sebelah tu? "Aku menghulurkan Khaled kepada Husna.

Husna pun apa lagi. Dibawa larinya anak buah kesayangan aku. Jumpa baby auto lupa kawan. Semalam kami dah rancang nak pergi ke taman pagi ni. Hirup udara segar katakan.

"Tak. Bukan kerja aku nak intai. Dari aku intai mamat sebelah ni baik aku intai kau mandi. "Ayesha berkata selamba.

Tangannya sedang mengunci pintu rumah.

"Geli. Kau ingat aku suami kau ke? " Bulu roma aku menegak. Geli mat!

"Tunggu aku kumpul duit kahwin kita. "Ayesha mengenyitkan sebelah matanya kepada aku.

Aku membuat reaksi jijik. Susah lah dapat kawan macam ni. Nasib baik aku jenis malas layan.

Sampai sahaja di taman, aku dapat melihat penduduk taman perumahan sedang melakukan riadah pagi. Rajin betul penduduk kat sini. Oleh disebabkan rumah Angah di kawasan perumahan elit, suasana di taman tidak terlalu ramai. Santapan utama sekiranya tiba di sini sudah tentulah tasik buatan yang tersergam indah.

Aku ni dah lama tak bersenam. Membela saka la katakan. Asyik makan je. Sah -sahlah berat aku naik. Redha jela.

Ayesha memberi isyarat kepada aku. Sekejap sahaja aku memahami isyaratnya. Aku dan dia bergerak ke arah Husna yang sedang bermain buaian dengan Khaled.

Pipi Khaled aku cubit dan tarik. Kemudian dicucuk pipi gebu itu. Pipi pau betul budak kecik ni.

"Janganlah. Nanti dia menangis. " Husna menepis tangan aku. Tangannya laju mengusap pipi Khaled.

"Suka hati aku la. Anak saudara aku ke anak saudara kau? "tanya aku. Sebelah kening diangkat.

Husna menjelirkan lidahnya.

Malas mahu melayan Husna, aku duduk di atas buaian bersebelahan Husna. Buaian digerakkan sedikit.

"Dah tua bangka pun main kat taman permainan lagi. "Ayesha menggelengkan kepala.

Kening aku berkerut. Dekat siapa pula Ayesha membebel ni? Takkanlah aku pula. Setakat buaian, mak budak pun berlari nak main.

Ayesha menunjuk ke arah taman permainan yang dikatanya.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now