Bab 32

311 41 0
                                    

"Pejam celik, pejam celik dah nak kahwin kawan aku." Suara Ayesha seakan mengejek. 

Eh minah ni!

"At least aku dah nak kahwin. Dari kau? Sibuk angau dengan artis Kpop yang tak tahu kewujudan kau. "ujarku geram.

"Macam mana kau boleh terima Muqris, eh? Sedangkan kau kenal dia tak sampai setahun, terus dia ajak kau kahwin. Jangan- jangan kau kena santau dengan dia kot!"

"Allah berfirman dalam surah Al Baqarah, ayat ke 191 yang bermaksud 'Dan fitnah lebih besar dari membunuh'. Kalau Muqris dengar, kau memang kena dengan dia. "

Ambik kau! Ayat Al Quran terus aku bagi. Nasib tak bertaranun aku kat sini.

"Gurau-gurau. "Ayesha sengih hingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Aku terima sebab angah." Air limau  aku kacau menggunakan straw. Dihirup untuk menghilangkan rasa dahaga.

Ayesha mengangkat tangan menyuruh aku berhenti dari bercakap. Suasana bising di kedai makan dihiraukan.

Aku memandangnya dengan hairan.

"Muqris jumpa angah? Sumpah aku tak percaya." ujar Ayesha dengan nada terkejut. Tak sangka Muqris sanggup berjumpa dengan angah. Masalahnya, aku pun tak sangka.

"Aku pun macam kau."ujarku. Aku pun tak sangka dia sanggup berjumpa dengan angah. Bukan angah je, seluruh ahli keluarga aku.

Ayesha memandangku dengan riak curiga.

Ha sudah! Apa yang  minah ni nak.

"Betul ke kau terima sebab angah?"soalnya.

Nak tipu ke jujur. 

Jawapannya tak. Aku terima sebab dia Muqris. Tak boleh nak sangkal yang dia cinta pertama aku walaupun aku berjumpa dengan Haizul dulu. Dengar macam complicated, tapi hidup aku memang complicated.

Walaupun naluri aku kuat mengatakan yang Muqris ada sebab tersendiri untuk menghawini aku, aku tetap menerimnya di dalam hidupku. Aku tak rasa dia kahwin dengan aku disebabkan cinta. 

Astaghfirullah. Cepat-cepat aku beristighfar. Tak baik buruk sangka dengan bakal suami sendiri, Ashal. Tapi nak buat macam mana, naluri seorang perempuan.

"Entahlah. "dalihku.

Ayesha menyandarkan badan di kerusi.  "Aku anggap kau terima sebab angah. "

Aku meletakkan jari di bibir. Ya Allah! Sakit nak mampus pakai besi ni kat gigi. Aku rasa macam nak pukul orang.

"Kau tengok tu. Bapak handsome lelaki tu. Aku syak, dia anak owner kedai ni. "

Dia mula dah dengan perangai gatal.

"Biasa je aku tengok. Muka awam. "komenku sambil memandang ke arah lelaki yang disebut Ayesha.

Pap!

Aku mendesis sakit. Padu juga tamparan Ayesha. Terasa sampai ke dalam tulang.

"Kau tak call Muqris ke? Yela, lepas kejadian tempoh hari, takkanlah sampai harini kau nak bergaduh. "Ayesha menukar topik. Isu lelaki kacak tadi ditutup.

"Malaslah. "

Kejadian tempoh hari yang dikata Ayesha ialah pergaduhan antara aku dan Muqris.

Kisahnya, aku dan Ayesha keluar waktu malam pergi main badminton. Tiba -tiba Muqris call tanya aku kat mana, laju aku jawab ada kat rumah. Yela, dah hampir pukul 10 malam. Nak diringkaskan cerita, sampai sahaja di rumah, Muqris tercongok berdiri di depan rumah aku. Memang kenalah jawabnya.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now