Bab 33

424 46 4
                                    

Bunyi riuh rendah menghiasi segenap rumah. Kanak-kanak berlari di sekitar halaman. Ibu saudaraku yang sibuk menyiapkan majlis keesokan harinya. Esok ialah hari di mana aku dan Muqris bakal diijabkabulkan.

Gemuruh. Teruja. Takut. Semuanya bercampur baur.

Tak sangka. Pada usia 24 tahun aku akan menamatkan zaman bujang. Seperti yang diminta Angah dulu, aku boleh kahwin setelah berumur 24 tahun. Aku berkenalan dengan Muqris pun dah hampir setahun. Betul kata orang , menjalinkan hubungan bertahun -tahun tak bermakna dia akan jadi jodoh kita.

"Aku kata guna ni untuk scrub tangan dulu!"

"Tak payah scrub pun tak apa. Kecohlah awak ni. Eish!" Kalau sebelum ni pergaduhan antara Ajwad dan Ayesha. Kali ni, Taufiq dan Husna menggantikan tempat mereka berdua. Peninglah! Benda senang nak bising. Aku sendiri tak pasti apa yang Taufiq buat kat sini.

"Apa- apa jelah." Husna berlalu ke dapur. Malas nak teruskan pergaduhan.

"Shal, henna artist dah sampai!" laung Mak Teh dari depan.

Aku membetulkan baju kurung kedah yang dipadankan dengan kain batik. Malam berinai katakan. Kenalah pakai baju kurung kedah, baru vibes!

"Kak Yana, marilah masuk. " Aku menjemputnya masuk. Tak manis pula rasanya kalau aku, selaku pengantin tidak menjemputnya masuk.

Ruang tamu menjadi tempat strategik untuk memakai inai. Tak bercampur dengan pihak yang siapkan goodies di dalam bilik. Beberapa orang sepupu perempuan yang lain sudah bersiap sedia. Hairan aku. Siapa yang nak kahwin sebenarnya? Semangat lain macam.

"Maaflah Kak Yana, keadaan tak terkawal sikit malam ni." pohonku.

Depan rumah dengan sanak saudara bermain seperti tiada hari esok. Rumah yang sedikit bersepah. Rumah Angah menjadi mangsa untuk menyiapkan segala kelengkapan. Rumah dia besar, maklumlah ada syarikat sendiri. Haha!

"Tak apa. Akak faham. Banyak persiapan yang nak buat, rumah memang macam ni lah."kata Kak Yana ramah atau nama sebenarnya Liyana.

Aku meletakkan tangan kanan di atas meja kecil. Kak Yana memulakan tugasnya dengan menconteng inai mengikut pilihanku. Banyak mata memerhati tindak tanduk Kak Yana. Tak sabar untuk menunggu giliran.

"Design ni ke kau pilih? Kurang elegant. Kalau aku, aku pilih yang lain. "komen Nadiah.

Kak Yana tersenyum kelat mendengar komen Nadiah.

Eh minah ni!

"Halamak! Banyak cekadak la kau ni. Majlis Ashal, bukan majlis kau. Spoil mood betul kau ni."balas Taufiq menyampah.

Mantap dooo Taufiq. Tak sia-sia kau ada kat sini.

"Aku bagi pendapat aku je."

"Tak ada orang nak dengar pendapat kau. Ni bukan parlimen untuk orang dengar pendapat kau." bidasku sakrastik. Sibuk je! Macam Taufiq cakap, majlis aku bukan majlis dia.

Kelibat dua orang lelaki datang lalu duduk di sebelah kiri dan kananku. Bala dah mai!

"Wooo! Atototo! Tomelnya tangan cousin saya ni! Untungnya bakal suami nak sarung cincin esok." Mata Damian bersinar- sinar teruja.

Aku gelak. Bukan nak berlagak, tapi dalam kalangan adik beradik tangan aku seorang paling lawa. Kalau aku tak buka kafe, harus aku apply jadi model tangan.

"Aku ada soalan."

Kesemua yang berada di situ mengeluh.

"Kenapa lepas akad nikah kena ada sesi batal air sembahyang macam pakaikan gelang? Kalau kentut atau korek hidung tak boleh ke? Tu pun dikira batal air sembahyang jugak,kan?" tanya Damian.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now