Bab 20

360 37 3
                                    

Aku yang berada di tengah- tengah kaku. Telinga memasang mendengar perbualan antara Muqris, Ajwad dan Taufiq. Tak pasang telinga jugak. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Malas juga aku nak ambil tahu.

"Semua ni terjadi kalau bukan dia penyebabnya!"

Dia? Dia tu... Aku ke?

"Salah saya ke kalau nak pergi kerja? Salah saya ke kalau saya dikejar tanpa sebarang sebab? "tanyaku.

"Not you. Just shut up. "ujar Ajwad mendatar.

Ewah-ewah! Dahlah bawak anak dara orang ke hulur ke hilir. Lepastu masuk bilik anak dara orang. Suka hati hidung kau je suruh aku diam.

Siapa yang mereka bualkan sekarang ni? Dari tadi aku dengar mereka bercakap tentang si 'dia'. Tiada pula nama disebut. Hairan.

"Kau datang sini sebab kerja? "tanya Muqris. Bertukar panggilannya dari saya awak ke aku kau.

"Hm. "

"Kau boleh buat kerja dari hotel? Tak payah pergi office. "

"Boleh. Tapi saya tetap nak pergi office. "

"Aku tak minta keizinan kau. "kata Muqris dingin.

Yang ni lagi sorang. Suka hati dia je arah -arah aku suruh buat kerja dari hotel. Boleh tu memanglah boleh. Tapi aku nak keluar. Bosan terperap dalam bilik. Kaki aku ni bukannya boleh duduk diam.

Aku menjeling tajam. IPad dan MacBook dicapai. Aku mula membuat kerja. Pandangan Muqris terhadap aku, dihiraukan. Lantak ko la nak buat apa. Asalkan kerja aku siap.

Bunyi telefon pintar menjerit meminta untuk diangkat. Butang hijau ditekan.

"Jangan cakap adik kena pergi Johor balik! "Kalau disuruhnya aku pergi Johor balik, memang aku bakar terus syarikat Angah nanti. Suka cakap satu -satu.

Bunyi gelak tawa Angah kedengaran kuat. Tapi di telinga aku seperti kedengaran seperti gelak tawa yang menganjing.

"Tak. Sebenarnya tugas kau dik, kena ambil Angah kat airport je. Ops! Lupa nak cakap. "

Gunung berapi bakal meletus bila -bila masa saja. Ya Allah! Kenapa dia tak cakap awal -awal. Kan aku dah kata Angah memang suka cakap satu -satu. Ada yang jatuh miskin nanti.

Ke hulur ke hilir aku pergi. Kena kejar. Hampir kena tembak. Rupanya disuruh ambil dia di airport je?! Aku lesing jugak jantan ni.

"Pukul 5. KLIA. "

Terus Angah menutupkan panggilan sebelum aku sempat membuka mulut. Nasib dia tutup call awal -awal, nanti makian yang akan keluar dari mulut aku. Apalah nasib aku dapat abang macam ni.

Pandangan tajam aku berikan kepada orang di sebelahku. Tak puas hati. Macam mana orang kat sebelah aku ni boleh menyibuk nak ikut? Tak fahamlah!

"What? "Muqris membuat muka tidak bersalah. Secawan air americano di tangan dihirup dengan selamba. Mata liar melihat orang ramai di sekitar kami.

"Kenapa awak kena ada kat sini? "

"Airport ni kau punya ke? "Soalan dibalas dengan soalan.

Aku membuat muka 'what the heck? '. 

Belum sempat aku membuka mulut, Muqris berlalu pergi kerana ada panggilan. Asal aku nak buka mulut je mesti ada orang call. Memang Allah nak selamatkan aku dari kumpul dosa gamaknya. Sekali aku buka mulut, memang takkan keluar kata -kata baiknya.

Lenguh berdiri, aku mengambil keputusan untuk duduk dahulu. Suasana di lapangan terbang agak sesak. Aku pun tak fahamlah. Nak kata sekarang musim cuti sekolah, bukan. Nak kata pergi buat umrah, cara berpakaian seperti ke negara sejuk.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now