Bab 9

468 51 3
                                    

“Cepatlah Timoh! ” Ayesha menggesaku. Di tangannya penuh dengan makanan untuk sarapan pagi di dalam plastik besar.

Cuba teka apa? Selepas menghantar Husna, minah gedik sebelah aku ni ajak jalan -jalan. Punya syok jalan -jalan sampai tak sedar waktu dah bergerak ke malam. Nak dijadikan ceritanya, aku dan Ayesha pun tidurlah kat homestay Angah. Sekali lagi. Husna pula tahu aku belum balik, dia terus oder makanan pagi sekali dengan kawan -kawan dia yang lain. Haaa eloklah! Dorang buat aku ni macam grab. Grab Car dan Grab Food. Elok lepasni aku jadi pengganti  selepas Muqris berhenti.

Pintu dewan ditolak.

Suara arahan kawad bergema satu dewan. Pelajar lelaki mahupun perempuan yang berada di dalam senang diri, mengikuti arahan yang diberi. Suruh pusing ke kanan, pusing. Pusing ke kiri, pusing. Nasib tak terpusing -pusing je.

Tentera jangan cakaplah. Memang ada. Bersepah di dalam dewan. Aku mati -mati ingatkan tentera -tentera ni dah balik. Sampai je terletak cantik trak askar di depan dewan. Alahai! Hancur harapan aku dan sekarang berharap agar tak berjumpa dengan Muqris.

“Ash! ”Husna seperti tahu aku mencarinya, dipanggilnya nama aku. Nasib tak bergema satu dewan ni. Kalau tak, mahu aku lari balik. Malu!

Makanan bertukar tangan. Mata Husna bersinar -sinar melihat kuih kegemaran dia. Ops! Jangan ingat aku yang beli. Ayesha yang belikan. Tarikh lahir sendiri pun kadang -kadang aku lupa inikan pulak nak ingat makanan kegemaran orang lain.

“Orientasi tak habis lagi ke? ”Ayesha terlebih dahulu bertanya. Sebelum keluar kereta ada jugak sesi membawang  seround dua pelajar yang baru masuk.

“Belum. Minggu ni last orientasi. Kelam kabut sikit sebab minggu ni ada event apa entah. So, pihak universiti jemput askar ni semua pergi event tu. Ni pun Una kena set up untuk event. ” cerita Husna.

Aku melilau melihat keadaan dewan yang sedang dihias. Pelajar lelaki sibuk mengangkat barang -barang. Pelajar perempuan pula sibuk memeriksa barang -barang sebelum diberikan pada pelajar lelaki.

Harapan aku untuk lari dari berjumpa Muqris hancur. Hancur seperti biskut yang lupa dikeluarkan dari beg.

Bagaikan magnet, aku dan Muqris berpandangan dari jarak jauh. Dia nampak segak dengan memakai baju askar lengkap. Pelajar perempuan pun tak lepas dari memandangnya.

Muqris mengangkat keningnya. Seperti ingin berkomunikasi melalui isyarat jauh.

Dahiku berkerut seperti bertanya ‘Apa? ’.

Muqris mengenyitkan sebelah matanya. Senyuman versi penggoda dihadiahkan.

Aku menggulingkan biji mata. Menyampah! Acah hot. Rasa nak muntah.

“Kat luar tu macam ada pentas. Ada persembahan ea? ”teka Ayesha. Banyak pulak mulut minah ni.

“Ada. Malam ni. Menyanyi macamtula.”

Ayesha pun apa lagi? Digoncang bahu aku macam coconut shake. Sampai pening aku dibuatnya. “Jom kita pergi! Jom Timoh. Please. Pleaseeee. ”

Sengaja aku mengeraskan badan. Tak memberi respon.

“Uih! Dia pi goncang badan kawan dia macam ayaq kocok yang pernah viral dulu tu. ”tegur satu suara.

Tak payah tengok pon dah tahu siapa. Dengar loghat pun boleh cam tu Sofean. Takkanlah Sofean mari sorang. Macam biasa Ajwad beku di sebelahnya. Dan Muqris sepet sibuk mengintai dari belakang Sofean. Main sorok -sorok pulak dah!

“Esha nak pergi konsert apa entah malam ni. Nampak gayanya, Ash malas layan. ”Husna ringan mulut beritahu ke Sofean.

“Memang malas. Aku dah penat. Kau tau penat? ”Ni tak tipu. Memang aku penat. Tak tahu kenapa. Sejak dua menjak ni, badan aku cepat penat. Buat kerja sikit penat. Tak buat kerja pun penat.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now