Bab 25

341 32 1
                                    

Mata galak melihat tubuh badan tinggi bergerak memukul bulu tangkis. Rambut yang bergerak mengikut ayunan badan. Peluh yang merenik jatuh dilap kasar. Handsome betul mamat ni. Nak blushing tapi tak jadi sebab aku teringat kes pagi tadi.

  Petang tadi, Muqris call aku ajak main badminton. Aku cakap setuju sebab kira upah dia teman aku ke klinik gigi untuk appointment braces. Gigi aku terlalu sempurna sampaikan perlu pakai braces. Cemburu juga aku tengok gigi Muqris yang sempurna sampai tak perlu pakai braces. Patutlah dia confident nak senyum nampak gigi.

Sebelum aku masuk ke dalam bilik doktor, sempat Muqris suruh aku tukar getah ke lampu LED. Katanya, bagi 'Nur' dalam mulut aku supaya senang gosok gigi tanpa buka lampu. Ergh! Nak je aku telan dia hidup -hidup.

Kembali ke topik utama, selepas maghrib aku ke dewan yang dipilihnya. Dia ajak kawan dia. Aku ajak kawan aku. Bayaran? Dah tentu aku yang bayar nama pun upah kan.

"Timoh! "Ayesha menghulurkan raket badminton. Menyuruh aku untuk bermain.

Aku menggeleng kepala.

Tak ada mood nak main. Ingatkan petang tadi aku sekadar tukar getah baru. Sekali... Noh! Doktor ketatkan braces sekali. Sebabtulah aku tak main, sakit doktor ketatkan braces masih terasa. Rasa sakit tu hanya Allah yang tahu. Nak buka mulut pun tak kuasa.

"Jomlah! "ajak Taufiq.

"Tak ada function bayar tapi tak main."kata Sofean.

Pendirian aku tetap. Tak nak!

"Duit dia. Buat apa nak kecoh? Orang membazir memang dalam golongan syaitan. "sindir Ajwad.

Auch! Tajam lidah Ajwad berbicara. Lagi sakit kalau Muqris join sekali. Sebelum Muqris buka mulut, lebih baik aku masuk ke court.

Raket badminton dicapai.

Aku bertukar tempat dengan Taufiq. Aku dan Ayesha menentang Muqris dan Ajwad. 

Taufiq meletakkan bulu tangkis di atas jaring. Bulu tangkis dilepaskan. Nasib tidak menyebelahi aku apabila bulu tangkis jatuh ke kawasan pihak lawan.

"Nice!" Muqris mengambil bulu tangkis.

"1 set je. "Malas aku nak main lama -lama. Tak kuasa!

"Macam bosan je main suka -suka. "Haaa sudah! Apa pula akalan Muqris.

"Habistu? Kau nak main masam -masam? Ke main marah -marah? "Bukan aku sorang je nampaknya bosan dengan perangai Muqris. Sofean pun sama!

"Ei! Masham! "Taufiq menutup hidung.

"Macam ketiak kau. "balas Ajwad.

Taufiq mencebik.

"Kita buat pertaruhan. Yang kalah perlu turuti 3 permintaan pemenang tanpa sebarang bantahan. Deal? "

Menarik!

"Deal."Laju aku membuat keputusan. Dalam kepala dah terfikir untuk minta macam -macam walaupun kadar peratus untuk aku menang ialah 0%.

Kenapa 0%? Dulu Muqris merupakan bekas atlet dan jurulatih untuk sukan badminton sewaktu zaman sekolah. Setiap kali dia pergi berlawan, tangan dia takkan kosong. Seingat aku, dia pernah dapat nombor 3 sekali sahaja dan selebihnya nombor 1 atau nombor 2. Sekali je mat dia dapat nombor 3. Jawapannya apa? Mampus!

Tapi aku takkan mengalah! Walaupun aku tahu agak sukar untuk melawannya, aku akan cuba sehabis yang baik.

"Woi! Aku tak kata apa- apa pun! "bentak Ayesha.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now