Bab 30

317 39 1
                                    

Aku berjalan mundar- mandir di luar rumah. Tangan memegang telefon sambil membuat panggilan dengan Afiq. Mendengar sahaja berita aku dan Muqris akan berkahwin, terkejut beruk Afiq sampai rela di keluar dari ibu pejabat semata- mata ingin mengesahkan apa yang baru didengar.

"Ya Allah! Apahal kau tak beritahu aku sehari sebelum tarikh nikah terus?" Afiq membebel di hujung panggilan.

Aku memejam mata. Hampir 10 minit aku mendengar Afiq membebel. Cair tahik telinga aku dengar dia membebel seperti orang tua. Kain batik yang tersarung dibaiki agar lebih kemas. Terima kasih kepada Muqris, disebabkan kami berdua sama- sama terjun sungai petang tadi, aku tak ada baju untuk dipakai. Nasiblah badan aku ni tak gemuk sangat. Boleh aku pinjam baju neneknya. Kami berdua terpaksa bermalam di sini kerana hampir menjengah malam. Semuanya berlaku disebabkan Muqris.

"Ya, aku tahu salah aku sebab lambat beritahu kau. Aku minta maaf. " Aku melabuhkan punggung di atas pangkin kayu.

"Itu jelah modal kau. Minta maaf. Aku maafkan. Laju erk Muqris buat kerja. Baru beberapa bulan lepas dia datang berjumpa aku."

"Jumpa?" Aku hairan.

"Tak payah tahu. Men's talk. Aku pergi dulu, ada kerja."kata Afiq.

"Hm, yelah. Hati- hati kerja." Aku menutup panggilan selepas memberi salam.

Lengan digosok apabila angin malam menampar lembut. Muqris beruntung kerana masih memiliki Tok Aki dan Nenek. Aku? Dah lama meninggal. Lebih sedih apabila ibu bercerita hanya aku seorang sahaja di dalam adik beradik langsung tidak berkesempatan untuk dipegang arwah atuk dan nenek. Bongsu. Mestilah yang terakhir. Tak sempat apa- apa. Beban keluarga.

Kepala dipalingkan apabila aku berasa seseorang mengambil tempat di sebelahku. Muqris masih mencipta jarak dengan aku.

"Buat apa?"

"Buat bodoh." Ambik kau! Aku baru nak tenangkan diri sibuk datang.

Keadaan sunyi buat seketika. Masing- masing melayan perasaan menikmati angin malam di bawah sinaran bulan.

Kepala jauh termenung sehingga aku teringatkan Haizul. Di manakah dia sekarang? Dia sihat ke? Dia cukup makan ke? Rindunya aku pada suara dia. Gelak tawa dia. Haizul juga seperti Muqris. Sempurna. Cara dia melayan aku. Nadanya. Cuma dia kurang menghabiskan masa untuk aku. Aku tak pasti sama ada aku terlalu memberinya ruang atau dia memang ingin berpaling. Hidup ini seperti teka teki. Kita sendiri perlu menyelesaikan segala persoalan dan jawapannya hanya berada di sekeliling kita.

Setitik air mataku jatuh.

Aku rindukan dia. Aku rindukan masa untuk bersama dia. Aku rindukan kenangan kami berdua. Jahatkah aku kerana masih belum melepaskan masa lalu?

"Kenapa kau menangis?" Muqris sedar aku menangis, nadanya bertukar prihatin.

Geleng.

"Nothing."

"Sampai bila nak menipu? Kau tipu aku diibaratkan seperti kau tipu diri kau sendiri. Seronok ke tipu diri sendiri?" soalnya.

Spontan kami berdua saling bertentang mata. Anak mataku bergetar. Tak kuat untuk berlawan mata dengannya terus aku alihkan pandangan.

"Kau rindukan dia ke?" Dia menebak isi hatiku.

Diam. Takkanlah aku nak kata 'Ya. Saya rindukan Ezul'. Apa pula katanya? Lagipun dia bakal suami aku. Pasti dia akan kecewa walaupun aku pasti dia tidak menaruh perasaan terhadap aku. Andai kata kalau Muqris juga turut mempunyai kenangan masa lampau dan dia mengaku masih rindukannya, memang aku meraung menangis.

"Lagi 3 minggu kita bakal diijabkabulkan. " Kaki yang tadi berjuntai dibaiki duduk bersila. Ini yang aku rasa tak sedap hati.

Aku memandangnya. Air mata aku lap. Memberinya peluang untuk meneruskan ayatnya.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now