Bab 15

398 37 0
                                    

Aku bertolak ke kampung selepas subuh. Dari keluarga Along sampailah ke aku yang single, satu keluarga diangkut balik ke kampung. Disebabkan aku anak perempuan bongsu, aku naik kereta sendiri.Sebab apa? Nak angkut Ayesha dan Husna. Ibu dan abah naik kereta Angah.

Hanya Acik sorang je tak ada atas faktor dia sekarang melanjutkan pelajaran ke Madinah. Tiket penerbangan bukan masalah baginya tapi jadual hariannya padat. Lagi -lagi dengan exam akhir sem. Memang tak balik jawabnya. Sampai sahaja di kampung, kami sekeluarga terus menuju ke kubur. Bersihkan kubur pada awal pagi lagi elok. Tak panas terik.Ayesha juga turut sama membantu. Siapa suruh nak ikut. Kan dah mendapat kerja. Husna jugak best tak payah buat kerja. Heh!

Selesai sahaja membersihkan kubur, aku mula bersiap untuk ke sekolah lama. Nak cakap nervous tu, bolehlah. Kaki kaku berdiri di hadapan pejabat. Aku mengambil sehelai tisu yang berada di dalam beg tangan. Memang aku wajib spare.

Tangan yang basah akibat berpeluh aku lap menggunakan tisu.

Kaki mula melangkah masuk ke dalam pejabat. Keadaan sekeliling pejabat aku lihat. Tak banyak yang berubah. Sama seperti dulu.

Perhatian aku tertumpu pada seorang lelaki berusia 50 an keluar dari bilik kerjanya. Wajahnya tidak dimamah usia. Sedikit kedutan berada di wajahnya.

“Cikgu.”Aku memanggilnya.

Dia memandang ke arahku. “Ya? Cari siapa? ”Nada yang sama seperti dulu. Lembut.

“Saya, Ashal. Fatima Ashal. ”Aku memperkenalkan diri. Cikgu -cikgu terlalu ramai sangat pelajar. Yang hampir muka seiras pun ada. Tak hairan kalau lupa.

“Hmph! Fatima! Cikgu ingatkan siapa. Dah lama tak datang. Ingatkan dah lupa kat ustaz. ”Cikgu Syakir mula berdrama.

Aku ketawa kecil.

“Mana ada, cikgu. ”

Cikgu Syakir ada satu -satunya cikgu yang aku rapat masa zaman sekolah dulu. Bukan aku sorang. Rakan sekelas aku juga begitu. Sikapnya yang memahami dan tidak mudah menghukum pelajar membuatkan pelajar -pelajar selesa. Sangat selesa sampai boleh mengumpat cikgu -cikgu lain dengan Cikgu Syakir.

Cikgu Syakir menggelengkan kepalanya. “Jom bercakap kat dalam bilik cikgu. Tak manis cakap kat luar macam ni. ”

Aku mengikuti langkah Cikgu Syakir sehingga ke dalam bilik kerjanya. Aku mengambil tempat di hadapannya. Wajah Cikgu Syakir aku tatap. Tidak berubah. Sama seperti dulu.

“Kenapa kamu tengok  macamtu? Cikgu dah ada menantu tau. ”sakat Cikgu Syakir.

“Eih! Cikgu ni. Mana ada! Saja. Rindu nak tengok muka cikgu. ”Aku tersengih.

Aku rasa seperti ada sesuatu yang kurang. Buah tangan! Allahu! Tak sabar sangat sampai terlupa nak bawa buah tangan.

“Cikgu ingat, kamu dah lupakan cikgu.”

“Tak. Dan takkan, cikgu. Cikgu adalah salah seorang cikgu kegemaran saya. Takkan saya nak lupakan cikgu? ”

Cikgu Syakir tersenyum. “Kamu apa khabar sekarang? ”

“Alhamdulillah, baik.”

“Kamu kerja apa sekarang? ”

“Buka kafe je cikgu. ”jawabku.

“Cikgu tengok hidup kamu makin bahagia dari dulu. ”

Aku terdiam buat seketika. Senyuman pahit diukir. “Tak sangat, cikgu. ”

“Fatima, kita sebagai manusia, hamba Allah sentiasa akan ada ujian yang datang. Seorang penghafal dan penjaga Al Quran lagi besar ujiannya.”

“Dalam surah Al Sharh, juzuk 30. Ayat yang keenam. آن مع العسر يسرا. ”

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now