Bab 2

742 75 10
                                    

Kelopak mata aku dipenuhi air mata. Tekak aku loya sampai terasa nak muntah. Aku cuba menelan sedikit demi sedikit makanan yang berada di dalam mulut aku.

Ayesha yang berada di depan aku sudah tergelak sakan. Suka la kenakan aku. Dari tadi dia gelak. Ni pun baru nak reda ketawa dia.

Belakang badan aku digosok lembut oleh Husna. Mukanya nampak sangat risau. "Shal ok tak? Kalau nak muntah pergi tandas. Una boleh temankan. "

Aku menggelengkan kepala. Makanan yang bersisa di dalam mulut aku telan  sehingga habis. Lantas aku mencapai air lemon kepunyaan Ayesha. Diminum sampai tinggal sedikit sahaja.

"Woi! Air aku tu gila! "marah Ayesha.

"Ada aku kisah? "balas aku selamba. Aku meletakkan gelas di atas meja. Argh! Hilang loya aku.

"Telur kuning je pun. "Ayesha mengejek aku.

Tadi Ayesha nak suap aku tteokbokki dia. Mula -mula aku dah rasa semacam dengan minah ni. Sebab aku tau yang Ayesha tak suka bersweet dengan kawan sendiri. Aku pulak malas nak layan, aku pergi ngangakan je mulut.

Telur kuning tu masuk je tekak aku, auto rasa loya. Ayesha memang tahu yang aku tak suka telur kuning dari dulu lagi. Lagi -lagi telur kuning yang cair. Loya tekak aku tengok.

"Loya lagi ke? "tanya Husna prihatin. Sejuk hati ada Husna.

Aku menggelengkan kepala perlahan. Beg dicapai. Aku mula berdiri.

"Eih! Kau nak pergi mana? "tanya Ayesha sedikit gelabah. Ha risau la tu takut tak ada orang nak bayar makanan. Pilih makanan Korea sangat. Ambik la kau! Sampai RM100 lebih kena bayar.

"My fav place. Peace and cau. "Aku bergerak meninggalkan restoran. Husna memang tak tanya kalau aku cakap nak pergi fav place.

Fav place aku kat mana lagi kalau bukan llaollao. Bukan senang nak beli yogurt basi masam ni. Sebulan sekali je. Itu pun kalau abang -abang aku belanja.

Nampaknya, hari ini adalah hari bertuah aku. Aku tak perlu beratur panjang sampai terkeluar dari kedai. Hanya ada seorang pelanggan lelaki di hadapan aku.

Aku menunggu sementara pelanggan itu sedang membuat pilihan. Selesai sahaja dia membayar, aku terus ke hadapan.

Saiz sederhana menjadi pilihan aku. Hanya 3 topping yang disediakan. Ok lah tu. Banyak -banyak buat apa.

Ketika aku hendak membayar, pekerja sebagai cashier tidak mengambil duit aku. "Kak, ada orang dah bayarkan untuk akak. "

"Siapa yang tolong bayarkan? " Hati aku sudah tertanya tanya.

Siapa yang baik sangat tolong bayarkan ni? Kalau aku tau, aku rembat yang bekas epal besar gedabak tu. Baru puas nak makan.

"Pelanggan lelaki tadi. "

"Ouh," Aku terdiam.

Tak apalah. Jimat duit aku. Aku kembali menyimpan duit ke dalam poket seluar.

Ketika aku berura ura untuk melangkah keluar, aku terdengar dua orang pekerja sedang bercakap sesama mereka.

"Handsome wei! Pelanggan lelaki tadi." kata pekerja itu.

"Kan? Macam cina. Mata sepet gitu. Memang taste aku. "balas kawan sekerjanya.

"Eih! Mana boleh! Kalau dia single aku cop dulu. "

"Mana aci! "

"Tak ada -ada. "

"Lelaki boleh kahwin 4."

Ha sudah! Baik aku cau. Sampai sanggup bermadu dengan kawan sendiri. Aku tak boleh bayang.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now