Bab 26

239 25 0
                                    

Aku menguntum senyuman sebaik sahaja melihat 'askar-askar' yang berderet menunggu ketibaanku. Rasa seperti VIP padahal aku datang sebagai babysitter tak berbayar. Semenjak aku tinggalkan kafe di bawah jagaan Ifwat, kerja tetap aku adalah menjaga anak saudara. Terima kasih kepada Muqris kerana memberikan cadangan yang bernas. Tenanglah sikit hidup aku walaupun terpaksa berperang dengar askar -askar kecil ini.

"Acu!" Armel anak Along berlari menerpa ke arahku.

"Baba mana?"Tubuh kecil Armel kini di dalam dukunganku. Armel baru berusia 3 tahun tapi bijaknya mengalahkan aku. Pipi tembamnya aku cium. Geram!

"Baba ada kat dalam. Acu masuklah dulu."Ayra selaku anak sulung menjemputku masuk.

Sekejap je masa berlalu. Ayra ialah cucu sulung dah menginjak ke umur 11 tahun. Itu belum lagi dengan anak Angah dan anak Kakak. Yang tak ada anak lagi aku dan Ateh.

Masuk sahaja ke dalam rumah banglo Along,  Kisaie sedang menonton TV manakala Khaled berada di atas tilam bayi. Aik? Haaa! Yang ni pelik. Takkanlah aku kena jaga 3 budak serentak? Mati katak aku nanti!

"Macam mana anak- anak Angah boleh ada kat sini? Takkan adik yang kena jaga?"Laju mulut aku bertanya sebaik melihat kelibat Along datang dari dapur.

"Kau jaga anak- anak Angah je. Tak payah jaga anak- anak aku. Aku hantar rumah mentua aku nanti."kata Along.

Ada lah terasa sikit dengan kata- kata Along. Asal anak- anak dia hantar belah sana. Macamlah aku kasi racun tikus bagi anak dia makan. Semua anak saudara aku layan sama rata.

"Habistu apa function adik datang sini?" Macam bazir masa je aku datang sini. Kalau tahu jadi macamni aku terus pergi rumah Angah.

"Angah dah on the way pergi KLIA. Aku nak kau tinggal kereta kat sini."

"Eih, kenapa pulak?"Soalku tak puas hati. Kalau aku tinggal kereta aku kat rumah Along, habistu aku nak bergerak keluar guna apa?

Along memandang tajam ke arahku. "Aku dapat info kau suka balik lewat malam keluar dengan si budak hingusan tu. Kau ingat eh! Aku tak restu kau nak kahwin dengan si Muqris tu. Kalau bukan sebab Angah setuju, aku bantah sekeras- kerasnya."

Aku tersentak.

"Adik balik lewat sebab pergi check kafe. Lagipun Muqris tak ada kaitan pun kalau adik balik lewat."Aku membela Muqris. Kalau nak salahkan aku balik rumah lewat tu, janganlah libatkan orang yang tak bersalah.

Memang aku tinggal berasingan dengan ibu dan abah. Senang cerita aku tinggal seorang diri. Duduk sorang- sorang bukan penghalang Along tak tahu setiap gerak geri aku. Kadang aku rimas jugak. Aku dah besar, aku boleh jaga diri. Sedangkan Angah pun tak kawal hidup aku. Bagi Angah, aku berhak buat keputusan sendiri dan hidup sesuka hati aku selagi aku tak melanggar agama Islam atau mencemarkan maruah aku.

"Kau dah pandai menjawab sekarang. Dah rasa diri tu besar sangat ke?"Suara Along bertukar keras.

Kalau aku cakap aku tak takut mesti tangan Along hinggap ke pipi aku. Keputusan terbaik yang aku buat ialah diam. Lagipun tak elok bergaduh depan budak- budak sekaligus memberikan contoh yang tak baik. Biarlah aku yang makan hati.

 Bukan kali pertama aku kena macamni dengan Along. Kebanyakannya aku kena marah dan seumpamanya ketika Angah tak ada. Orang yang setia backup aku ialah Angah.Hanya dia seorang sahaja yang memahami isi hati aku. Percaya atau tidak, Angah mampu buatkan aku dengar kata-katanya tanpa tangannya naik ke pipi aku.

Don't blame the kids. Blame the way they were raised.

Along menghulurkan tangan. Meminta kunci kereta. Lambat- lambat aku memberikan kunci kereta aku. 

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now