Bab 35

220 36 2
                                    

"Mana laki kamu ni pergi Ashal? Tak balik -balik lagi. Lepas maghrib nanti kita dah nak bertolak,tahu tak? " Ibu saudara yang lain mula menyerang aku tentang keberadaan Muqris.

Aku sekadar diam. Telefon di atas meja dilihat, menunggu sebarang panggilan atau mesej darinya.

Tentang mimpi semalam pun sering berlegar di fikiran. Inikan pula kena sembur dengan pelbagai soalan tentang Muqris. Lagilah aku tak ada mood!

Jam menunjukkan hampir pukul 6:30 petang. Langsung tiada tanda -tanda kehadirannya.

"Betul ke Muqris pergi kem? Entah -entah dah lari sebab dah dapat 'sesuatu'  semalam. " Giliran Nadiah mencucuk jarum.

Eleh kau! Depan aku suka sembur macam -macam. Tapi depan laki aku bukan main baik sampai kepala pun tunduk. Kalau boleh kepala tu nak masuk dalam tanah. Huh!

Tipulah kalau aku tak rasa kecewa dengan Muqris. Aku cuba pujuk hati, dia sibuk. Kawan dia baru lepas meninggal.

"Dik, jangan nangis. Nanti make up comot. Tak cantik. "MUA cuba menghiburkan hatiku.

Aku sekadar tersenyum nipis.

"Shal. Aku yakin Muqris akan datang. Mungkin dia terlambat sikit je. "Ayesha memberikan kata -kata semangat.

"Betul! Una setuju. Dia sibuk. Takkanlah dia tak ada masa majlis kahwin dia sendiri, kan. " Husna memelukku. Tidak lama selepas itu, Ayesha dan Husna keluar dari bilik untuk memberikanku sedikit ruang.

Disebabkan aku bendera 'merah' pagi tadi, aku bersiap awal dari jadual asal. Mudah. Aku memakai gaun putih yang tidak meleret di lantai. Risau juga kalau ambil ala -ala princess tiba -tiba terjatuh. Sampai tua ingat perasaan malu.

Azan maghrib berkumandang. Tiada lagi kelibat Muqris di rumah. Aku cuba menenangkan hati. Sabar Ashal.

"Mungkin dia tersekat jem ke. Lepastu bateri telefon mati. Husnuzon Shal. "Aku berjalan ke hulur ke hilir. Kan dah kata mudah kalau ambil gaun macam ni. Aku nak berlari pun boleh. Bezanya antara laju dan perlahan je.

Almari dibuka kasar. Aku mencapai buku yang sederhana kecil di ruangan atas.  Tali yang dijadikan penanda aku selak. Pen menari mula menari mencatat sesuatu. Selesai sahaja menulis aku kembali meletakkan di tempat asal. 

Aku perlukan sedikit angin. Kaki menuju ke sliding door untuk dibuka.

"Oh shit! "Aku menjerit kuat apabila melihat kelibat lelaki betul -betul di hadapanku.

Bunyi ketukan pintu dari luar membuatkan aku berdebar. "Adik! Apa yang bising tu! "tanya Angah risau.

"Tak ada apa-apa! "laungku. Kepala kembali dipusingkan ke arah hadapan.

Lelaki itu ditenung tajam. Apa yang dia buat kat sini? Lain yang diharap, lain yang sampai."What are you doing here, Aady? "soalku sambil bercekak pinggang.

"Take you to the reception. Muqris. Don't ask a lot because I don't know anything. I'm just his Personal Assistant for today. "Awal -awal lagi Aady mengangkat tangan seperti orang bersalah.

Eh, mamat ni! Call tak ada. Mesej tak ada. Tahu -tahu hantar Aady. Lupa. Muqris pakar dalam menggunakan orang lain.

Aku perasan Aady tidak lepas dari memandang wajahku. Apahal ni? MUA tadi makeup muka aku macam badut ke?

"You look sad. " Mata Aady menunjukkan simpati.

Ouh! Ingatkan dia nak kutuk aku tadi. Ketara sangat ke perubahan wajahku?

"Sikit. "jawabku ringkas. Pandangan dialihkan ke arah lain agar Aady tidak perasan dengan perubahan wajahku.

Tipulah kalau kata tak sedih. Aku sedih kerana Muqris tiada dalam makluman aku. Ditambah pula dengan hinaan dan mulut di luar sana yang mengutuk Muqris.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now