Bab 7

535 52 2
                                    

Pandangan kosong dilontarkan ke cawan berisi mocha.

Muqris.

Penghantar makanan. Mungkin apa yang Muqris katakan betul. Dia cuma orang biasa.  Mungkin disebabkan aura Muqris yang nampak lain dari yang lain membuatkan aku berfikir bukan -bukan tentangnya.

Eih?

Kenapa aku sibuk fikir pasal pekerjaan dia pulak? Lantak dia la nak jadi penghantar makanan ke. Penghantar ikan ke. Bukan masalah aku.

Aku tersentak bila bunyi meja seperti diketuk berkali kali.

"Sha. Kau dengar tak apa yang Ifwat cakap tadi? "tanya Raudah.

Ketika tumpuan sepenuhnya dikumpulkan barulah aku tersedar, kesemua orang di meja sedang memandang ke arahku. Termasuklah Raudah yang berada di sebelahku.
Aku sekarang masih berada di kafe. Di bilik mesyuarat. Sedang meeting. Matahari sudah meninggalkan bumi dan diganti dengan bulan.

"Errr... Dengar. "Air mocha dihirup untuk menghilangkan rasa janggal.

"Macam mana? Setuju? "Ifwat melihat ke arahku seperti meminta persetujuan.

Aku menganggukkan kepala.

Semua yang berada di meja tersenyum puas hati.

"Kalau macamtu kira jadi. Arifah dari pihak pengurusan akan uruskan semua ni. Siapkan kertas kerja dan hantar secepat yang mungkin untuk aku semak. Boleh? "minta Ifwat.

Arifah mengangkat ibu jarinya sebagai tanda boleh.

"Semua boleh bersurai. "Seorang demi mula bergerak meninggalkan bilik mesyuarat.

"Apa yang Ifwat bincangkan tadi? "Aku bertanya sambil memeriksa kafe buat kali yang terakhir. Risau sekiranya aku terlupa tutup mana -mana suis.

"Itulah! Orang tengah sibuk meeting, dia mengelamun. Ifwat cadangkan supaya kafe kita membuat penghantaran sampai ke rumah. Menggunakan khidmat Food Panda. Kan khidmat Food Panda lebih laju. Sekurang kurangnya dapat menambahkan pelanggan. "terang Raudah panjang lebar.

Telinga aku salah dengar atau memang Raudah cakap kafe akan gunakan khidmat Food Panda?

Cakap pasal Food Panda, aku teringat Muqris pernah hantarkan makanan untuk aku. Nasib aku tak tersedak air liur bila tengok Muqris. Dengan helmet warna pink. Baju yang dipakai baju Food Panda. Ada patung panda di depannya. Tambah -tambah lagi dengan senyuman dia. Comel gila! Tapi ada juga rasa kelakar.

Pintu kafe aku tutup. Dikunci.

Sempat aku melihat telefon. Kali ini lagi teruk. Tiada sebarang panggilan atau mesej dari Haizul.

Kadang -kadang, aku terkesan juga dengan layanan Haizul terhadap aku. Mesej pun jarang. Nak call aku? Lambat lagi. Dia buat aku macam tak ada hati dan perasaan. Aku pun perempuan. Nak juga manja dengan dia. Nak bergurau. Nak luangkan lebih masa dengan dia.

Haizul berjanji dia akan membawa aku jumpa keluarganya pada bulan depan. Aku haraplah dia tepati janji.

Aku cuba menumpukan seluruh perhatian kepada kerja. Tapi manusia di tepi kaunter ni tengok aku macam tak nak lepas. Urgh! Geram betul aku.

"Hai. Buat -buat busy nampak? "tegur manusia itu.

Kotak tisu dihempas kuat. Bahunya terenjut kerana terkejut dengan tindakan aku.

Senyuman manis diukir. "Sheikh Fahad Muqris. "Aku menyebut nama penuhnya dengan lembut.

Jangan tanya kenapa Muqris ada kat sini. Sebab apa? Muqris yang menjadi penghantar. Aku tak tahu sekarang ni nak menangis ke nak ketawa. Banyak kali aku cuba lari dari dia. Tup tup. Dia berdiri di depanku.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now