Bab 19

354 33 2
                                    

Beg sandang yang berada di kerusi aku capai. Topi keledar sudah siap dipakai. Kunci motor aku pegang dengan kemas.

"Biar betul kau nak pergi? "tanya Ayesha menginginkan kepastian.

Aku menganggukkan kepala. Tali kasut diikat kemas. Aku berdiri di hadapan Ayesha dan Husna. Muka mereka tampak risau.

"Lekla. Sekejap je aku pergi. Minggu depan aku janji aku balik. "kataku. Ceh! Drama macam aku tak pernah tinggalkan dorang.

Buat masa sekarang, Angah berada di Dubai atas urusan kerja. Dia telah membuka syarikat solar lebih 4 tahun. Alhamdulillah syarikatnya maju, kadangkala ada masalah tapi berjaya diselesaikan. Ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur dan Dubai, tetapi aku perlu ke Johor Bahru untuk tapak solar sama ada berjalan dengan lancar ataupun tidak. Selepas itu, barulah aku pergi ke Kuala Lumpur untuk selesaikan hal temu duga untuk kemasukan pekerja baru.

Hal berkaitan kafe aku tinggalkan kepada Ayesha dan Husna. Aku sekadar memantau dari jauh.

"Jaga kafe aku elok -elok. Kalau tak, aku potong gaji. "Aku memberi amaran.

"Tak jadi aku nak buat drama. Dah! Pergi -pergi. Shuh! "Ayesha menghalau aku.

Suka hati dia je halau aku. Dahlah duduk rumah aku.

"Bawak motor elok -elok. Jangan bawak laju sangat. "nasihat Husna.

Enjin motosikal dihidupkan. "Ya! "

"Jangan bawak laju -laju! "

Ibu jari aku angkat. Perlahan lahan motosikal Yamaha YZF-R6 bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

Keadaan cuaca hari ini mendung, eloklah aku masuk ke highway. Setelah menempuh jalan yang agak jauh, aku berjaya tiba di Johor Bahru. Aku mengambil keputusan untuk menginap di Royal Ries hotel.

Royal Ries hotel adalah salah satu hotel 5 bintang yang terkenal di Malaysia. Hotel ini hanya ada 3 cawangan iaitu di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pahang. Walaupun hotel ini hanya ada 3 cawangan, langsung tak menjatuhkan perniagaan hotel ini. Malah hotel ini semakin maju dengan orang dari luar atau dalam negara.

Aku tak hairan sebab hotel ini sememangnya selesa dan terlalu privasi. Kadangkala aku terfikir, apakah strategi mereka sehingga mampu menaikkan hotel ini? Mungkin disebabkan seni binaan Royal Ries hotel yang mewah.

Sampai sahaja di kawasan letak motosikal, aku mencabut topi keledar. Badan diregangkan sedikit. Penat nak mampus! Aku rasa punggung aku dah leper sebab duduk lama sangat.

Nasib bawak motor. Kalau bawak kereta, alamatnya memang tak sampai lagi.

Bunyi enjin sebuah motosikal mengalihkan perhatian aku. Tanpa melihat, aku boleh agak motosikal itu diletakkan di sebelah motosikal aku.

Aku memalingkan wajah itu melihat siapa gerangan tersebut. Dan...

"Seriously, Ajwad? "Aku menaikkan sebelah alis kening.

Kat mana -mana memang wajib jumpa ke? Macam yang aku cakap, tak jumpa Muqris, jumpa kawan dia.

"Apa yang awak buat kat sini Ajwad? "tanyaku sambil berpeluk tubuh. Pelik bercampur dengan tak faham.

Takkanlah setiap tempat yang aku pergi, wajib berjumpa dengan dia?

"Kerja. "jawabnya selamba.

"Ouh, yeah? Work for what? "

Ajwad melihat aku. Matanya bertentang dengan mata aku.

Aku nampak dia sedikit... gugup?

"Kerja. Kerjalah. "Ajwad menjawab acuh tak acuh. Langsung tidak melihat aku.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now