Bab 14

469 47 1
                                    

Bunyi penggera jam membuatkan aku terjaga dari lena. Mata yang berat cuba untuk dibuka. Telefon yang terletak di night stand dicapai . 7:00 pagi. Malasnya nak pergi kafe! Lagi -lagi bila tengah bendera merah. Semua benda malas nak buat.

Semalam aku tidur pukul 3:30 pagi. Kepala ni tak boleh lari dari memikirkan tentang Muqris. Ayatnya semalam membuatkan aku tertanya tanya.

Kenapa dia cakap 'patutlah '?

Sebelum ni aku pernah kenal dengan dia ke? Muka dia memang sama macam orang yang aku bayangkan. Tapi... Tak mungkinlah!

Tak. Tak. Tak.

Walaupun aku masih sukakan dia, aku tak sanggup nak hadap atau berjumpa dengan dia. Berkali kali aku cuba menafikan. Comforter ditarik sehingga ke paras hidung.

"Ya Allah! Malasnya nak bangun. "

Nafas berat dihembus.

Aku gagahi juga untuk bangun. Katil dikemaskan sehingga kemas. Tangan laju membuka langsir. Sinaran matahari terbit yang berwarna jingga masuk ke dalam bilik aku.

Kaki melangkah ke tandas. Sempat aku mencapai tuala yang tersangkut.

Selesai mandi, aku bersiap untuk ke kafe. Masa yang diambil untuk aku bersiap kira -kira 30 minit ke 40 minit. Kira cepatlah aku bersiap sekali dengan mandi, pakai baju, buat skincare sikit. Kaki melangkah turun ke bawah setelah menyiapkan diri. Aku mengintai dapur.

Seorang wanita berusia 50-an sedang sibuk membuat sarapan. Sebuah kucupan hinggap di pipi berkedut itu.

"Abah mana? "tanya aku. Tangan mencapai cawan.

"Macamlah baru kenal abah tu macam mana. Tak balik lagi dari masjid. "jawab ibu.

Aku membantu ibu untuk menghidangkan sarapan pagi. Jam yang tergantung di dinding dilihat sepintas lalu.

Lewatnya abah balik dari masjid! Ni mesti dia berzikir dulu sebelum pulang ke rumah.

"Lusa balik kampung. Along ajak bersihkan kubur keluarga abah. "kata ibu.

Kepala diangguk kecil.

Dalam keluarga besar abah, hanya tinggal 4 beradik dari 8 adik beradik. Sedih bila teringat separuh adik beradik abah pergi meninggalkan dunia ini. Tapi nak buat macam mana. Sedangkan dalam Al Quran sudah tertulis kematian itu pasti bagi semua makhluk.

Al Quran kecil dicapai. Aku membelek helaian muka surat di mana tempat aku berhenti.

"Hafal ke? "tanya Ifwat.

"Mengulang je. "jawabku. Pekerja -pekerja aku memang sedia tahu perangai aku yang satu ni. Kalau buka Al Quran untuk mengulang hafalan yang aku hafal, jangan ajak bersembang, bergosip dan lain -lain. Kena tunggu sampai aku siap dulu.

Aku mulakan dengan membaca ibu segala surah iaitu surah Al-Fatihah. Kemudian barulah aku sambung mengulang. Semalam aku berhenti mengulang di juzuk 8. Hari ini aku akan menyambung dari juzuk 9 sehingga juzuk 15 kalau sempat. Kalau tak sempat, aku buat setakat mana yang mampu.

Aku mengulang hafalan yang telah aku hafal sambil membuka Al Quran. Kalau ada ayat yang aku terlupa, aku tengok sekejap. Lepastu sambung baca sambil tak tengok.

Sambil mengulang, mata aku berlegar di sekitar kafe. Melihat telatah pelanggan.

Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan di kaunter menghentikan aku dari membaca ayat suci Al Quran.

"Salah tu. Sepatutnya يرجعون. Bukannya ترجعون. " Muqris membetulkan kesalahan bacaan aku.

Aku tersengih.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now