Bab 4

653 68 6
                                    

Aku menjalani kehidupan seperti biasa setelah pulang ke rumah . Bangun tidur, bersiap,pergi kerja, balik. Agak membosankan. Tapi nak buat macam mana? Itulah rutin harianku.

Cuaca hari ini tidak terlalu panas dan tidak terlalu gelap. Mendung. Keadaan kafe agak sibuk daripada biasa. Kafe mula dikunjungi umat manusia sehingga terpaksa beratur panjang keluar dari kafe. Mungkin disebabkan musim cuti.

Seorang staf terpaksa mengambil cuti atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Kekurangan staf membuatkan kami semua tidak menang tangan.

Kedudukan kafe yang berhadapan pantai menjadi tarikan orang ramai. Hiasan kafe seperti trend zaman sekarang, bak kata orang aesthethic.Minum coffee sambil membaca buku. Dan manisan terletak cantik di atas meja. Pergh! Layan betul.

Tugas aku paling senang tetapi, memerlukan kesabaran yang tinggi. Aku ditugaskan untuk menjaga kaunter hadapan.

Siapa je yang nak? Layan kerenah pelanggan. Kalau dapat pelanggan yang sopan, alhamdulillah. Kalau dapat pelanggan yang cerewet? Aku hanya mampu bersabar dan mengukir senyuman.

"Hi welcome to Ashness Cafe. May I take your order please?"Aku menggunakan nada lembut.

"Nak awak boleh?"

Amboi! Siap nak aku bagai. Suka hati mak nenek kau je mintak aku macam gula -gula 20 sen.

  Kepala diangkat. Ingin melihat siapakah gerangan lelaki yang minta penampar dari aku.

  "Ezul!" Hilang segala amarahku apabila melihat buah hati di depan mata. Yang ni tak perlu minta dengan aku. Pergi jumpa keluarga aku terus pun tak apa.

    Haizul. Aku tak pasti nak gelarkan dia apa. Nak kata boyfriend, memang tak lah. Sebab aku tak suka gelaran  girlfriend boyfriend gitu. Walaupun masing - masing menyimpan perasaan antara satu sama lain. Mungkin lebih kepada kawan. Kawan tapi mesra? Atau kawan sampai kahwin. Macam tu la.

    Gatal betul kau Ashal. Aku marahkan diri aku sendiri.

    "Tak kerja ke?" Aku mengukir senyuman manis.

    "Tak. Rindukan kesayangan saya. "Haizul memberikan ayat manis. Eiu! Geli geleman aku bila dia bagi ayat manis.

    "Geli senget!"

    Haizul ketawa.

    Handsome gila bila Haizul senyum apatah lagi ketawa. Boleh angau aku kalau tengok dia senyum hari- hari.

   Pertemuan pertama aku dan Haizul adalah ketika perkahwinan sepupu aku. Haizul ni adik ipar kepada sepupu aku. Kebetulan pula aku sama sekolah menengah dengan dia. Cuma naik tingkatan 4 terpaksa berpisah seketika.
Sedih tapi nak buat macam mana.

    Lagi menyedihkan bila kawan aku couple dengan Haizul. Bukan seorang. Tapi dua orang! Mau nangis tak berlagu aku bila crush kena rembat dengan kawan sendiri. Tapi ,apa boleh buat kalau dah berjodoh.

   "Ezul dengar cerita kafe tak cukup staf. Ni datang nak hulurkan bantuan tak berbayar. "Haizul menyatakan tujuannya datang.

     Aku berfikir buat seketika. Haizul datang nak tolong, apa kata kita bagi dia kerja yang paling orang tak suka? Hehehehe.

     "Boleh. Pinggan mangkuk kotor tak ada orang nak basuh. Can you wash it? Please? "

     Haizul membuat muka menyampah.

     Dah agak! Memang dia tak suka basuh pinggan mangkuk yang kotor. Dalam menyampah pun dia tetap pergi ke dapur.

       Bibir aku mengukir senyuman nakal. Heh! Bukan selalu aku buli dia. Selepas sahaja Haizul beredar, pelanggan lain bergerak ke hadapan.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now