Bab 11

411 45 1
                                    

"Good morning. "Aku menyapa Muqris sebaik sahaja nampak kelibat Muqris.

Muqris pun apa lagi. Bibirnya terus mengukir senyuman.

Kebiasaannya, dia yang tegur aku. Entah kenapa aku rasa rajin, aku menegurnya. Biasalah perempuan. Mood selalu berubah seperti cuaca.

Kaki terus melangkah ke dapur. Apron yang tersangkut aku capai. Sebelum kafe dibuka, lebih baik aku menyiapkan apa yang patut.

Papan pemotong dan pisau dicapai.

Telinga aku dapat menangkap bunyi pintu ruangan dapur ditolak.

"Need some help? "tanya Muqris sebaik sahaja dia masuk ke ruangan dapur.

"Tolong basuh sayur yang saya letak tepi sinki. "Aku memberikan arahan. Orang offer minta tolong, kita pun apa lagi.

Muqris akur. Dia mengambil sayur yang aku letakkan di dalam bekas. Dibasuh sehingga bersih.

"Nah! "Muqris meletakkan sayur yang siap dibasuh di sebelahku.

"Sekejap je masa, kan? "kata Muqris. Dia bergerak ke hadapanku. Setiap gerak geri aku dilihat Muqris sambil menongkat dagunya.

"Hm? " Tak faham apa yang dia cuba sampaikan.

Sayur yang siap dibasuh aku ambil.

"Tinggal 9 hari sebelum saya pencen." Ayat Muqris membuatkan tangan aku terhenti dari memotong sayur.

Kepala diangkat. "Nak buat macam mana? Bukannya kita boleh lambatkan masa. "Aku menyambung memotong sayur.

Betul apa yang aku cakap. Masa tidak boleh diputar atau diubah. Jadi hargailah masa sebaik baiknya. Ceh! Tibeh terbuka nasihat.

"Ris, awak kan tentera. Apa peranan awak dalam tentera tu? "tanyaku. Tiba -tiba ada keinginan untuk tahu.

"Jadi tentera yang akan ditenterakan dan menenterakan orang. "kata Muqris serius.

"Tak kelakar."

Muqris membuat muka pasrah. "Saya cuma kuli. Setakat tengok orang buat kerja. Lepastu, lapor pada pihak atasan. Saya ni siapa je, kan? Kerja pun tak banyak. Berapa kali je kena panggil untuk misi. "Sayu suara Muqris.

Aku ketawa kecil.

Kelakar pulak bila tengok Muqris bertukar menjadi sedih. Dari hyper ke sedih. Dengan nada sengaja meminta kasihan dari orang.

"Awak tau semua tentang saya. Tapi saya tak tahu apa -apa tentang awak. Tak nak cerita sikit ke pasal diri awak? Tak banyak. Sikitttt je nak tahu. "minta Muqris.

Aku menghabiskan potongan sayur. Setelah selesai, aku memasukkan sayur yang siap dipotong ke dalam chiller.

Tempat di hadapan Muqris diambil. Jelas riak wajah Muqris tidak sabar menunggu aku untuk bercerita.

"Nama saya Fatima Ashal. Berumur 23 tahun. Pencinta kafein. Dulu pernah belajar dalam bidang sains forensik di universiti Taylor. Dan sekarang bekerja di sebuah kafe. " ceritaku. Ringkas.

Mata Muqris sedikit membulat. Riak wajahnya terkejut.

"Sains forensik? Universiti Taylor? Wahhh! Budak bijak dan kaya. Tak hairan. "kata Muqris. Mukanya bertukar muram.

"What's wrong? "

Muqris mengangkat wajahnya. "So sad to realize we have a big difference. "Diukir senyuman pahit.

"Ris, "

"Rank or success is not a barrier to making friends. What matters, intention. Islam teaches us that everything depends on intention. If it's wrong, then it's wrong. If it's right, then it's right. "Aku menasihat Muqris.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now