Bab 28

296 38 1
                                    

Penat! Itu apa yang aku rasakan ketika ketiadaan Muqris. Hampir semua persiapan kahwin diuruskan oleh aku. Kad jemputan pun sudah diagihkan. Nasib baik Ayesha turun padang tolong aku. Husna pula, aku tunggu dia balik. Bab gubahan memang dia pandai. Tangan seni la katakan.

Ouh! Tak lupa juga dengan Taufiq yang menjadi bodyguard tak berbayar. Walaupun otak dia 'senget' tapi ringan tulang untuk tolong aku. Tak pasti sama ada ringan tulang atau kena ugut dengan Muqris. Tapi yang untungnya aku.

Tinggal sebulan lagi sebelum Muqris pulang. Ah! Sekejapnya masa. Angah dan Along pun belum balik dari outstation. Akulah yang menghantar Kisaie ke tadika. Khaled pula aku hantar ke pengasuh. Petang barulah aku mengambilnya.

Kereta dihentikan betul -betul di hadapan tadika. "Look! Abang is waiting for you. "Aku bercakap dengan Khaled.

Seakan faham, dia ketawa.

Kisaie bersemangat menunggu di hadapan pintu sambil menggalas beg. Comel! Dia melompat kecil sebaik sahaja melihat kelibat aku keluar dari kereta.

"Acu! "Diterkam ke arahku.

"Ei manja! Nakal ke tak harini? "Soalan wajib ditanya setiap hari. Manalah tahu, kot -kot dia gigit budak lain ke. Risau juga aku. Naya nak menjawab walaupun aku pasti Kisaie takkan mencederakan budak lain.

Kepala digeleng. "Tak. Tapi harini abang belajar kenal warna! I like blue colour. Blue colour is handsome like Uncle Handsome! "Sempat dipuji Muqris.

Aku memutarkan biji mata. Alih -alih Muqris. Kita ok je. Ok je kena sisih dengan anak saudara sendiri.

Bibir diukir senyuman nipis. Seorang guru lelaki membawa barang kelengkapan Kisaie. Barang bertukar tangan.

"Terima kasih cikgu sebab tolong jagakan Kisaie. "

"Eih! Tak ada apalah. Dah memang tugas saya sebagai seorang cikgu. "Guru lelaki itu berdalih. Aiman. Itu nama guru Kisaie.

Rupa boleh tahanlah! Kalau aku tanya Kisaie yang mana lagi handsome, mesti dia jawab Muqris.

"Ni saya sempat tapau sedikit kuih. Bolehlah kalau nak berkongsi dengan cikgu- cikgu lain. "Plastik yang berisi pemanis mulut aku hulur.

"Susah -susah je awak ni. "Cikgu Aiman tetap mengambil bungkusan.

Aku berbual dengannya tentang keadaan Kisaie di tadika. Adakah dia ok sejak ketiadaan ibu bapanya atas urusan kerja. Adakah emosinya terganggu. Semua aku tanya. Risau juga kalau umur seawal Kisaie menyimpan sikap memendam perasaan.

Tak lama selepas itu, muncul seorang guru wanita. Dia berdiri di belakang Cikgu Aiman. Nama guru wanita itu Ibstisam. Maksud nama dia bermaksud senyuman tapi mulut susah betul nak senyum setiap kali nampak aku. Entah apa yang aku buat salah pun tak tahu.

"Cik Ashal, tak elok bersembang dengan yang bukan mahram. Cik lebih tahu, kan? "Cikgu Ibtisam menegur. Terselit sindiran.

Bala yang entah ke berapa. Muka aku ni memang semua orang tak puas hati ke macam mana, eh? Aku diam pun kena. Aku bising pun kena. Apalah nasib badan.

"Bersembang sekejap je. "Cikgu Aiman  cuba menenangkan keadaan.

"Sekejap ke, lama ke sama je. Tetap tak elok. Kita ni kena jaga pergaulan, lagi -lagi depan budak kecil. Senyum kat lelaki bukan mahram pun tak elok tau." Cikgu Ibtisam bertentang mata dengan aku.

"Maaflah. Rancak bersembang pasal Kisaie. Tapi cikgu jangan risau, saya masih sedar yang saya bakal jadi isteri orang. Tak adalah sampai nak mengurat anak teruna orang, kan? "Ambik kau! Geram punya pasal. Aku ni baran tau. Nasib aku tak maki je.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now