Bab 24

328 38 1
                                    

Lagu di corong radio memecahkan kesunyian. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kereta, baik aku atau Muqris, lebih memilih untuk diam. Mungkin itu yang selesa buat kami berdua. Jantung aku semakin kuat mengepam darah sebaik sahaja kereta yang dipandu Muqris masuk ke pagar rumah.

Kereta aku dipilih untuk ke rumah orang tuanya. Jangan tanya kenapa sebab aku sendiri tak tahu. Sampai -sampai sahaja di kem, Muqris menyuruh aku keluar dari tempat duduk pemandu. Malas nak bertanya, aku turutkan sahaja.

Wajah ditilik di cermin. Risau sekiranya ada lipstick terlekat di gigi ke. Eyeliner panjang sangat sampai ke telinga. Puas hati dengan penampilan aku menyimpan cermin di dalam beg tangan.

"How do I look? "Tetap tak berpuas hati, aku tanya Muqris. Harap -harap sangat hanya perkataan baik keluar dari mulutnya.

"Extremely ugly. "kata Muqris, yakin.

Aku mencubit bahunya. Ada yang balik kem jalan kaki nanti! Suka hati kata aku buruk. Kalau aku buruk sangat, kenapa dia tak kahwin dengan perempuan lain?

"Wow! Joking. Ok jela. Macam biasa ada hidung. Mata. Bibir. Macam manusia lain. "Muka selamba ditayang.

"Habistu sebelum ni saya tak ada mata ke?"bidasku.

Dia mengangkat bahu. Pintu kereta dibuka.

Aku masih keras tidak beranjak dari tempat duduk. Tangan aku semakin sejuk dan berpeluh. Bacaan bismillah meniti di bibir sebelum aku keluar dari kereta. Sempat aku capai beg kertas yang berwarna hitam di dalamnya ada beberapa pencuci mulut yang aku tapau di kafe.

Kaki baru bergerak selangkah, Muqris menghentikan langkahnya di hadapan pintu.

Badannya dipusingkan.

"Before we go inside, I wanna tell you something. Sebaik sahaja awak langkah masuk ke dalam, segala yang awak dengar atau nampak, tinggalkan dalam rumah ni. Buat tak tahu lagi bagus. Jangan bawa overthinking keluar dari rumah ni. Faham? "Matanya tepat ke dalam anak mata aku. Meminta kepastian.

Aku angguk.

"Good. Let's go. "Muqris berjalan dahulu kemudian aku mengikutinya dari belakang. Kami berdua masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu.

Encik Ismail  dan Puan Siti. Aku pernah melihat pasangan ini. Itupun dari jauh ketika temu murni di sekolah dulu. Cerita zaman sekolah. Dulu aku dilihat sebagai junior dan sekarang dibawa pulang sebagai 'calon menantu '.

Baru aku tahu Muqris mempunyai seorang adik lelaki, Mustaqim yang muda setahun dari aku dan seorang adik perempuan, Maryam bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia tahun ni. Dia juga ada seorang abang tua setahun darinya, Mukhlis yang sudah bertunang. Semua sekali 4 adik beradik dan dia anak yang kedua.

Nak tunggu Muqris cerita? Lambat lagi. Kalau aku tak datang rumahnya, sampai kesudah aku tak tahu ahli keluarganya.

Kesemua ahli keluarganya berkumpul di meja makan. Lagi aku gabra. Tangan dari tadi tak berhenti berpeluh.

"Ashal asal mana? "Puan Siti memulakan topik perbualan. Yang lain memasang telinga untuk mendengar.

"Ibu dengan abah asal Terengganu. Jadi memang anak jati Terengganu jawabnya. "

"Ma orang Melaka. Abahnya Muqris ni orang Terengganu. Terjumpa jodoh jauh, susah. Nasiblah Ashal dan Muqris dekat. Tak payah bergaduh nak balik raya nanti. "ramah Puan Siti  bercerita.

Aku senyum.

Tak kahwin lagi dah gaduh, mak cik. Inikan pula kalau dah kahwin. 24 jam berperang mulut.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now