Bab 10

502 52 2
                                    

Tahun berganti tahun. Hari demi hari. Masa yang berlalu takkan kembali. Segala masa dan waktu yang aku korbankan tiada guna. Benarlah kata orang, masa itu emas. Gunakan masa dengan sebaik mungkin. Jangan sia -siakan dengan perkara yang tidak berfaedah. Seperti aku.

Segalanya musnah hanya dengan satu patah perkataan. Putus. Semua orang bencikan perkataan ini. Lagi -lagi bila keluar dari mulut orang yang kita cintai.

Bunyi sudu berlaga dengan gelas menghentikan lamunanku.

“Shal. Termenung apa lagi? Makanan untuk penghantar makanan hantar dah siap. ”kata Raudah. Ayatnya menyedarkan aku ke realiti.

Bungkusan makanan diambil. Diletakkan di atas kaunter.

Why you look so sad, Fatima? ”Terselit nada keprihatinan dalam pertanyaan Muqris.

Muka diangkat untuk memandang wajah kacaknya.

Mukanya nampak... Risau?

Long story. ”kataku malas.

Pendekkan. ”

Aku mengeluh pendek. Nampak sangat Muqris beria ria nak tahu cerita aku. Muka dia jangan cakaplah. Muka minta simpati. Ini yang aku tak boleh. Mudah kesian!

“Hantar makanan dulu. ”

“Okay! ”Begitu semangat suara Muqris setelah aku memberi lampu hijau. Jarang -jarang aku melayan perangai hyperactive dia.

Kepala digeleng kecil. Macam budak budak!

Aku lihat Muqris beredar untuk menghantar makanan.

10 hari.

Lagi 10 hari Muqris akan berkhidmat sebagai penghantar makanan. Selepas itu dia akan berhenti.Apa yang dia buat lepastu? Aku pun tak tahu. Tapi lepas dia berhenti, adakah aku dan dia masih akan berjumpa? Mungkin ya. Atau mungkin tidak. Aku sendiri tidak dapat buat kesimpulan.

Dulang diletakkan di atas meja dengan berhati hati. Muqris membantu aku memindahkan pinggan yang berisi makanan ke atas meja. Sempat aku memasak spaghetti aglio olio. Satu untuk aku. Satu untuk Muqris.

Setelah selesai aku meletakkan dulang di tepi.

Sengaja aku mengajak Muqris duduk di tempat ‘healing ’ yang sememangnya menjadi pilihan aku. Meja kayu yang terletak sedikit jauh dari kedudukan pelanggan yang lain. Kedudukan meja ini agak tersorok dan tak ramai nampak. Lagi menambahkan kesukaan aku adalah pemandangan dari meja kayu dapat melihat pantai. Cantik gila! Makan pagi, makan petang aku memang wajib di sini. Waktu aku rehat pun memang di sini.

“Cuba cerita sikit. Tak sikit. Tapi nak tahu banyak. Ha macamtulah. ”Muqris mengambil americano. Dihirup sedikit demi sedikit.

Aku membuat muka bosan. Cakap jelah nak tahu semua. Kan senang!

“Saya dan Ezul dah putus. ”

Muqris tersedak.

Lantas aku menghulurkan secawan air. Nasiblah aku bawak air masak. “Macam mana boleh tersedak? Minum tu hati -hati lah. Jangan minum gelojoh. Eish! ”Aku membebel.

Muqris meneguk air. Mukanya sedikit merah.

“Kenapa putus? ”Perlahan pertanyaan Muqris.

“Dengar macam pelik tapi saya sendiri tak ada jawapan untuk soalan awak, Muqris. ”Aku berkata jujur.

Soalan yang aku sendiri tak ada jawapan. Apakah penyebab aku dan Haizul putus. Adakah disebabkan salah aku? Atau salah Haizul? Aku tak pasti. Atau, ada orang ketiga yang masuk campur dalam hubungan kami?

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now