Bab 1

697 42 10
                                    

"Assalamualaikum"ujar Naflah usai dirinya memasuki kelas 3 Indah.

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,Cik.G"balas kesemua anak-anak muridnya.

"Ok semua boleh baca doa kemudian duduk"

Murid-murid kelas 3 Indah mula membaca doa sebelum memulakan pelajaran mereka.

Setelah selesai,

"Harini Cik.G nak ajar korang tentang masa dan waktu"

"Boleh bawa keluar buku modul dan buka muka surat 46"

Naflah seterusnya membuka beg tangannya untuk membawa keluar pen marker untuk ditulis di papan putih.

Tetapi tiba-tiba dia terlihat salah seorang muridnya tidak membawa buku.

"Haikal kenapa tak bawa keluar buku?"soal Naflah.

"Ermmm,saya lupa bawa"ujar Haikal sambil menundukkan kepalanya.

Takut jikalau dirinya dimarah oleh guru matematiknya itu.

Kerana sebelum ini sudah ramai rakan-rakannya berdiri akibat tidak membawa buku modul tersebut.

"Tak apa lah.Awak boleh kongsi dengan Iman.Saya maafkan sebab ini kali pertama awak tak bawa"

"Iman boleh kan kalau Haikal duduk sebelah awak?"soal Naflah.

"Boleh"kanak-kanak perempuan itu menganggukkan kepalanya.

"Haikal jangan lupa bawa kertas sekali ke meja Iman"

"Buat jalan kira macam yang Cik.G akan ajar nanti"

"Baik Cik.G"Haikal terus mengemas kotak pensilnya dan membawa kerusi ke sebelah meja rakannya.

Akhirnya bermulalah sesi pembelajaran di kelas 3 Indah pada pagi itu.

Malam itu,

"Ira!"jerit seseorang membuatkan Naflah terkejut.

Dirinya dengan cepat keluar dari biliknya.

"Kenapa mak?"soalnya.

"Kamu buat apa dalam bilik tu?Mak panggil dari tadi tak menjawab"

"Orang tengah tanda buku budak sambil dengar lagu la mak oiii"

"Haihhhlah anak"Mak Siah menggelengkan kepalanya.

Sudah lali dengan perangai anak ketiganya ini.Bukan suka keluar bilik.Sibuk sangat.Nak minta tolong pun susah.

Yang lain sibuk bekerja.Anak bongsunya lagilah tidak boleh diharap.Sibuk video call dengan boyfriend dia.

Kakak dia yang ini pun tak kalut nak cari laki.Lepastu nanti gaduh lagilah tak keluar bilik.Menangis ja kerja.

"Mak nak Ira buat apa?"

"Mak nak minta tolong buangkan sampah ni dekat luar rumah"

"Ouh yang tu ja.Kejap ehh Ira ambil tudung lepastu Ira buang"

"Mak pergilah tidur.Lewat dah.Tak elok biar ayah tidur sorang-sorang.Hehehehw"

"Mana ada lewat lagi.Baru pukul 10"

"Ayah kamu tu penat sangat.Lepas solat Isyak dia terus tidur"

"Ayah tu orang dah pesan.Abang long,abang ngah dengan Ira dah kerja"

"Adik pun dah nak abis universiti"

"Sepatutnya ayah dah berhenti kerja.Kalini biar kami pulak yang jaga mak dan ayah"

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now