Bab 27

175 18 1
                                    

"Alif dah fikir betul-betul nak tarik kes tu?"soal papa.

"Betul,pa"ujar Alif lalu menganggukkan kepalanya.Dia sudah memberikan keputusan yang muktamad.Dan dia rasa ini keputusan yang betul.

"Baiklah kalau macam tu.Papa ikut sahaja keputusan Alif.Dan papa dah tak boleh nak buat apa-apa"

"Abang..."

"Kenapa abang setuju sahaja dengan apa yang Alif nak buat?"soal mama.Hairan dengan suami dan anaknya ini.Senang betul mereka membuat keputusan.

"Alif yang kena langgar.Dan pesalah yang buat tu pun dah mengaku yang dia buat"

"Kenapa kita nak besarkan semua ni?"ujar papa membuatkan mama terdiam.

"Ikutlah.Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah"mama hanya mampu mengeluh.

"Mama...Alif tak mahu berdendam"pandangan mama terus terarah kepada Alif.

"Alif cuma nak kita hidup bahagia.Lagipun dia tengah mengandung.Mama tahu kan perasaan apabila mama berpisah dengan Alif"

"Bayangkan bila seorang anak yang masih tidak tahu apa-apa tidak dapat merasai kasih sayang seorang ibu"

"Alif tak sanggup.Janji Alif hidup bahagia,diorang hidup bahagia"

"Kecederaan Alif tak teruk mana pun mama"ujar Alif.

Jika dia berbuat begitu memutuskan untuk terus membawa Dhia ke muka pengadilan mungkin ada orang yang akan mampu buat lebih buruk daripada ini.Terutama Syakir.

Dari perwatakan Syakir dia tahu bagaimana Syakir bertindak.Dia sanggup lakukan apa sahaja demi Dhia.

"Tak teruk kamu kata.Kamu koma,Alif.Tak sedarkan diri.Badan tu luka dekat mana-mana ja.Kamu kata tak teruk?!"mama mula menaikkan suara.Anaknya ingat boleh bermain dengan nyawa.

"Alif tahu mama.Alif seorang doktor.Takkan Alif tak tahu keadaan Alif sendiri"

"Biarlah mama.Alif minta ya.Biarkanlah apa yang berlaku ni.Alif tak mahu panjang-panjangkan masalah ni"

"Ok fine.Mama setuju dan mama terima dengan keputusan Alif.My last warning is kalau ada benda buruk lagi yang berlaku mama takkan berdiam diri.Never and ever"ujar mama.Akhirnya di mengalah.Apa yang dia mampu bahas kalau itu sudah keputusan anaknya.

"Thanks mama"ujar Alif.

"You're welcome"balas mama.

"Mama,boleh Alif tanya?"soal Alif.

"Boleh.Alif nak tanya apa?"

"Mana Naflah?Sejak Alif sedar,Alif tak nampak dia lagi"

Hairan?Ya dia agak pelik.Sejak dia sedar masih tidak nampak bayangan Naflah.Dan sejak tadi dia cuba menyedapkan hatinya bahawa Naflah sudah pulang ke rumah ataupun bekerja.

"Ermmm"mama melihat wajah papa.Meminta bantuan.

"Mama?Alif tanya ni?Mana Naflah?"

"Ouh ya....Naflah tak sihat.Dia batuk-batuk.Sebab tulah dia tak datang jenguk Alif"

"Teruk tak mama?"

"Dia bagitahu tak teruk pun.Cuma dia takut akan beri jangkitan dekat Alif"

"Alif jangan risau nanti dia dah sihat,dia datanglah"ujar mama.

"Maafkan mama Alif.Mama terpaksa tipu tentang keberadaan Naflah sekarang"ujar mama di dalam hati.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now