Bab 34

201 14 3
                                    

"Assalamualaikum"ujar Naflah.

"Waalaikumussalam"jawab Farhan.

"Dah lama tunggu?"soal Farhan.

"Tak baru ja sampai.Tadi duduk dekat situ sekejap"ujar Naflah lalu menunjukkan kerusi yang dia duduk sebentar tadi.

"Ouh"Farhan menganggukkan kepalanya.

"Ada apa ya awak nak jumpa dengan saya? Sampai jumpa dekat taman apa semua?"soal Naflah tanpa berbasa-basi.Sebenarnya waktu petang seperti ini dia selalunya berehat.

Tiba-tiba Farhan mesej dan memberitahu ingin berjumpa petang ini.Agak sedikit hairan kerana dia dan Farhan bukanlah rapat sampaikan hendak menghantar mesej melainkan kerja.

"Uishh,straight to the point eh?"ujar Farhan lalu ketawa membuatkan Naflah semakin hairan.

Melihat wajah Naflah yang kelihatan terdiam itu Farhan membetulkan posisi duduknya semula.

"Ehermm"Farhan terus memandang ke arah Naflah.

"Awak nak keluar dengan saya tak?"soal Farhan.

"Kan kita memang dah keluar sekali.Dah ada dekat taman ni kot"ujar Naflah polos.

"Maksud saya keluar sebagai pasangan kekasih"

"Ouh keluar sebagai pasangan kekasih"ujar Naflah lalu menganggukkan kepalanya dan tiba-tiba terdiam.

"Awak tak main-main kan?"soal Naflah.Terkejut dengan permintaan Farhan.Maknanya apa yang dikatakan Fiza beberapa hari lalu adalah betul.

"Farhan ada perasaan dekat aku"ujar Naflah di dalam hati lalu mengeluh perlahan.

"Tak saya serius.Tak kan saya nak mainkan perasaan awak.Jujur saya cakap,saya memang ada perasaan dekat awak"

"Farhan...kita baru jumpa sebulan"

"Takkan secepat itu?"soal Naflah.

"Saya dah sukakan awak sejak pertama kita jumpa"

"Saya....saya minta maaf Farhan.Bukan saya tak nak terima tapi semua ni terlalu cepat"

"Dan sebenarnya dah ada seseorang dalam hati saya"dia tahu diamnya Farhan tandanya dia kecewa.

"Saya minta maaf"ujar Naflah.

"Tak apa saya faham.Saya tahu saya buat keputusan yang terburu-buru"

"Tak Farhan.Tak salah nak ungkapan perasaan awak.Cuma saya rasa ucapan itu tak sesuai untuk saya.Dan saya yang salah tak boleh nak terima awak"

"Naflah...saya tak kisah.Saya faham.Saya tahu perasaan yang saya rasa sekarang ni adalah ujian untuk saya hadapi"

"Saya juga bukan lelaki yang akan rampas kekasih orang lain demi kebahagiaan saya sendiri"

"Saya buat semua ni sebab saya tahu walaupun hati saya sakit tapi cukup.Cukup untuk saya lihat orang yang saya cinta bahagia dengan orang lain.Orang yang dia cinta"

"Farhan.Saya minta maaf"ujar Naflah perlahan.

"Saya terima Naflah keputusan awak.Insyallah saya akan perlahan-lahan buang cinta saya untuk awak ni jauh-jauh.Tapi janganlah jauhkan diri dari saya"

"Insyaallah tak"ujar Naflah jujur.

"Hurmm...kalau macam tu saya balik dulu"Farhan terus bangun dari tempat duduknya.

"Assalamualaikum"ujar Farhan kemudian berlalu pergi.

"Waalaikumussalam"balas Naflah perlahan.Dia tahu yang dia salah kerana nampak seperti dia memberi hati tanpa dia sedar.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now