Bab 15

158 15 0
                                    

"Assalamualaikum,sayang"ujar Alif kepada Naflah.

Macam biasalah rutin harian mereka berdua menelefon antara satu sama lain.

"Waalaikumussalam"

"Awak tengah buat apa tu?"

"Tak buat apa pun.Cuma tadi tolong mak masak dekat dapur"

"Ouh...Esok awak cuti kan?"

"Ya,saya cuti"

"Ok cantik.Esok kita dating nak tak?Saya rindu awak la.Kita dah tak jumpa dua minggu tau"ujar Alif membuat Naflah tergelak kecil.

"Ala...syorry ehh"ujar Naflah.

Minggu lepas sekolahnya mengadakan rombongan dan Naflah terlibat sekali.Ini membuatkan perancangan mereka untuk berjumpa pada minggu lepas tergendala.

"Takpa.Saya tahu awak tu cikgu.Mesti sibuk dengan acara yang sekolah buat"

"So awak setuju tak kita jumpa esok ni....?"ujar Alif bersama suara manjanya.

"Of course"

"Yeahh!!!"

"Ish tak sabarnya.Kita nak jumpa dekat mana?Kita nak makan apa?Kita nak buat apa?"soal Alif kepada Naflah bertalu-talu.

"Sabar awak.Satu-satu"sekali lagi Naflah tergelak.Dia tahu Alif tidak sabar berjumpa dengannya.Dan jujurnya dia juga begitu.

"Hurmm,ok.Saya tak sabar sebenarnya"

"Saya faham.Kita jumpa dekat taman tempat biasa kita jumpa.Ok tak?"cadang Naflah.

"Awak...."

"Ya saya"ujar Naflah.

"Boleh tak saya ambil awak dekat rumah?"Naflah terdiam seketika.

"Boleh.Tak susahkan awak ker?"

"Tak pun.Saya yang tanya awak jadi maknanya tak susahkan saya.Lagipun boleh la saya berkenalan dengan keluarga awak"

"Baiklah kalau macam tu"ujar Naflah.

Dia tidak pernah kenalkan Alif kepada keluarganya lagi.Adakah keputusannya membenarkan Alif mengambilnya di rumah betul?

"Takpa lah awak saya tutup dulu ehh?Saya kesian dekat awak.Mesti letih?"ujar Alif perihatin.

"Tak letih mana pun sebenarnya.Tak banyak aktiviti dekat sekolah harini"ujar Naflah.

"Hurmm,ok.Jadi kita nak cakap apa sekarang?"soal Alif.

Malam itu mereka meluangkan masa, bercakap apa yang mereka akan lakukan untuk esok.

************************************

"Abang!"

"Abang ni kenapa?!"

"Aku nak keluar la.Aku semak kalau duduk dalam rumah ni"ujar Syakir.Tangannya menepis tangan isterinya.

"Tolonglah.Tolong jangan buat saya macam ni.Saya letih"

"Kalau letih kau duduk diam-diam.Tak payah sibuk aku nak buat apa"

"Dhia tahu abang masih nak jumpa dengan perempuan gemuk tu kan?Abang ni dah tak da taste ker ha?!"

"Kau jangan sesekali nak cakap Naflah macam tu"

"Ouh,abang mula nak back up dia.Dia buat apa eh kat abang sampai abang berubah macam ni?"

"Dulu bukan main lagi abang hina,caci dia.Kata dia terlalu gemuk.Abang sanggup tinggalkan majlis kahwin abang dan kahwin dengan Dhia.Tapi kenapa baru sekarang abang nak ubah fikiran?"

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now