Bab 19

136 18 0
                                    

"Bummm"terasa badannya seperti di awang-awangan.Kepalanya terasa amat sakit.

"Nnn... Naflah"ujar Alif perlahan.Pemandangannya semakin kabur.

Perkara yang terakhir dapat dilihatnya ialah seorang lelaki yang berlari ke arahnya.

***********************************

"Tuk...tuk"ketukan di pintu membuatkan Naflah terjaga dari tidurnya.

"Ya Allah, kenapa badan aku rasa letih sangat?"ujar Naflah.

"Ira!Kamu tak pergi kerja ka harini?"soal Mak Siah.

Hairan jugak dia bila tak nampak batang hidung anaknya dekat dapur.Tangannya terus memulas tombol pintu bilik Naflah.

"Ira tak sihat sikit mak"ujar Naflah perlahan.Waktu subuh tadi badannya seakan ada benda yang menindih.Dia tidak dapat bangun sampai sekarang.

"Badan kamu panas ni"ujar Mak Siah apabila belakang tangannya menyentuh dahi anak perempuannya itu.

"Kita pergi klinik ya?"

"Tak apalah mak.Ira tak dapat bangun ni.Siapa nak angkat Ira?"

"Sekejap.Ira tunggu sini"ujar Mak Siah lalu keluar dari bilik Naflah.

Tidak lama kemudian, Mak Siah datang dengan membawa sebesen air sejuk beserta tuala.

"Mak kebahkan badan kamu dulu.Mungkin sekejap nanti badan kamu berkurang panas"tangan Mak Siah laju memerah tuala yang direndam dalam air.

Tuala basah tersebut terus digunakan untuk mengelap wajah Naflah.

"Macam mana kamu boleh demam ni?"

"Tak tahu"ujar Naflah.Wajahnya terasa sedikit segar apabila dilap oleh emaknya.

"Nak mak bagitahu Alif tak?"

"Tak payahlah.Naflah tak nak susahkan dia"

"Haihhh.Ikut kamulah.Nanti dah kebah sikit kita pergi klinik.Mak risau tengok kamu pucat sangat muka tu"

"Baik"

Sesudahnya Mak Siah mengelap wajah Naflah.Kain tuala itu diletakkan di atas dahi anaknya itu.

"Mak keluar dulu.Nak masak bubur untuk kamu sekejap.Tidurlah"

"Ok"Mak Siah terus berlalu meninggalkan Naflah sendirian.

Naflah kemudiannya membetulkan sedikit posisi badannya agar lebih selesa walaupun agak sukar.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?Ada benda buruk berlaku ker?"soal Naflah di dalam hati.

"Aku nak call Alif tapi aku tak larat nak ambil telefon"ujarnya lalu melihat telefon bimbitnya yang berada bersebelahan lampu meja bersebelahan katilnya.

"Haih"keluh Naflah.

Sedar tak sedar matanya mula menutup perlahan.Mengantuk mula menguasai diri.Akhirnya dia terlelap tanpa sedar akan ada berita duka yang bakal bertandang.

"Akak"kejut Nazrah.Digoncang perlahan badan kakaknya itu.

"Akak"

"Akak bangun.Adik nak tanya ni?"

"Ermmm"Naflah menggerakkan sedikit badannya.Rasanya baru sekejap dia terlelap selepas makan bubur.

"Apa?"soal Naflah.Suaranya kedengaran agak sedikit serak.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now