Bab 12

179 19 1
                                    

"Assalamualaikum,awak"sekarang Alif berada dalam talian.

"Waalaikumussalam"

"Macam mana hari ni?"

"Alhamdulillah semua okay.Cuma adalah sikit-sikit kerja yang nak buat"ujar Naflah.Mulutnya hari ini ringan sahaja untuk memberitahu Alif tentang apa yang terjadi untuk hari ini.

Al maklumlah dah masuk seminggu masuk ke fasa bercinta.

"Jaga diri elok-elok.Saya ni bukan selalu dengan awak"

"Tapi ingat kalau sakit or anything cari saya dulu"pesan Alif.

"Baiklah...encik doktor"

"Hahaha"Alif tergelak.Dia tahu dirinya agak sedikit overprotective tapi nak buat macam mana kan hati dah sayang.

"Awak pulak macam mana hari ni?"soal Naflah pula.

"Okay jer.Cuma ada banyak sedikit pesakit berbanding hari yang lain"

"Ada yang sakit perut la,nak mc lebih walaupun sakit kepala saja"

"Macam-macam karenah"

"Kalau awak yang buat perangai macam tu saya gomol-gomol jer pipi awak tu"ujar Alif membuatkan Naflah tergamam.

"Ehermm.Lain macam jer"ujar Naflah kepada Alif.

"Hahahhaha.Saya main-main jerlah.Kalau dah halal mungkin"ujar Alif.

"Cepat sangat dia ni terhibur"ujar Naflah di dalam hati.

"Insyaallah"hanya itu yang mampu diungkap oleh Naflah kepada Alif.

"Insyaallah...saya akan cuba buat awak jatuh cinta dengan saya sikit demi sikit"

"Bolehkan?"soal Alif.

"Boleh.Sapa kata tak boleh.Kalau awak usaha lebih sikit mungkin boleh"

"Heh....ingat saya nak lepas tangan macam tu ja.Dah la susah nak ngorat Cik.G ni"

"Ya ka?"

"Fuh...bukan senang nak buat ayat-ayat jiwang tu.Saya dah la tak ada pengalaman langsung"ujar Alif.

"Insyaallah.Kalau ada jodoh antara kita,jauh la macam mana pun kita akan bertemu juga"

"Saya nampak usaha awak.Terima kasih sudi mencintai saya"ujar Naflah.Sungguh sudah lama ayat ini ingin keluar dari mulutnya.

Terasa dirinya dihargai dan disayangi oleh seseorang.

"Tak...sepatutnya saya yang cakap.Terima kasih sudah terima cinta saya dan percayakan saya"

Air mata Naflah mengalir di pipinya.Air mata gembira dan bahagia.Dengan pantas dia mengesat air mata di pipinya itu.

"Cik.G awak okay ke tidak?"soal Alif perihatin.Risau tiba-tiba dengar seperti Naflah menangis.

Takut jika dirinya ada tersalah cakap membuatkan Naflah terasa.

"Saya ok"ujar Naflah perlahan.

"Lega saya"Alif mengurut dadanya menghilangkan debaran yang terasa.

"Awak ok tak ni?Saya ada tersalah cakap ker?"tanya Alif sekali lagi.

"Saya ok.Awak tak ada cakap perkara yang menyakitkan hati saya pun"

"Risau saya sebab dengar macam awak nangis"

"Tak adalah cuma mata ni macam ada masuk habuk sikit"

"Baiklah kalau macam tu"

"Alif"panggil Naflah.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now