Bab 29

178 16 1
                                    

"Mama"

"Kenapa Alif?Alif nak apa-apa ka?Nak ke tandas?"soal mama.Tangannya sedang sibuk mengupas buah epal yang baru dibelinya tadi.

"Alif tak nak apa-apa pun.Cuma Alif perlukan penjelasan"

"Penjelasan apa tu?"

"Mana Naflah sebenarnya?Kenapa dia serahkan semua barang-barang ni dekat Alif?"Alif menunjukkan kotak yang berada di meja bersebelahan katilnya.

Tangan mama terus berhenti daripada mengupas.Anak matanya memandang ke arah Alif yang berada di hadapannya.

"Mama bohong Alif kan?Mama cakap Naflah sakit dan tak datang sini.Tapi apa semua ni?"

"Alif tahu mama bohong Alif kan?Naflah dah tinggalkan Alif kan?"

"Tak Alif.Naflah tak tinggalkan Alif"ujar mama sambil menggelengkan kepalanya.

"Tapi kenapa barang yang Alif bagi dekat dia semua ada dekat sini?Mama tipu Alif kan?"soal Alif.

Hatinya sakit kerana kebenaran sudah terbukti.Kenapa mama masih tidak boleh jujur dengannya?

"Maafkan mama.Mama tak berniat nak tipu Alif.Tapi ini permintaan Nazrah.Naflah pun tak tahu yang mama dah tahu"

"Tahu apa mama?Kenapa Naflah tinggalkan Alif?Apa sebenarnya yang terjadi?"

"Mama tak boleh beritahu Alif"

"Kenapa mama?Kenapa mama tak boleh nak bagitahu apa yang terjadi sebenarnya?Alif minta mama.Tolonglah.Jelaskan apa yang berlaku?"

"Hati Alif dah cukup terseksa.Tanpa tahu apa yang berlaku dekat sekeliling Alif.Mama tipu Alif.Naflah tinggalkan Alif"

"Memang semua dah tak ambil berat dekat Alif.Semua orang hanya fikirkan perasaan masing-masing"

"Alif rasa Alif lebih baik mati daripada..."belum sempat Alif menyambung ayatnya.

"Jangan cakap macam tu Alif.Mama tak sanggup.Biar mama yang mati dulu sebelum anak mama"

"Tapi kenapa tipu Alif?"

"Sekarang,bukan waktu yang sesuai.Keaadan Alif masih belum pulih sepenuhnya"

"Alif dah sihat mama.Mental Alif okay.Cuma bukan fizikal"

"Tapi apa kaitannya dengan apa yang berlaku.Alif perlukan kebenaran"

"Mama tak boleh Alif"

"Please mama.Alif minta sangat"pinta Alif.

"Mama tak boleh mungkir janji"

"Please mama.I'm begging you"pinta Alif.

"Ok fine.Kalau Alif nak dengar mama boleh cerita.Tapi mama minta Alif faham dan jangan buat keputusan melulu"

"Ok"ujar Alif.

"Naflah sakit"mama berhenti seketika.Mengambil nafas panjang lalu menghembuskannya sebelum menyambung ceritanya.

"Tapi bukan sakit biasa.Terkena buatan orang.Sebelum Alif kemalangan dia demam teruk"ujar mama membuatkan Alif terdiam.

"Dan bila dengar berita Alif keadaan dia makin teruk.Tapi sebenarnya ada orang hantar sesuatu sampai badan dia sangat-sangat lemah"

"Siapa yang sanggup buat macam tu?"soal Alif.

"Nazrah beritahu yang Sarah puncanya"mulut Alif terus terkunci.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now