Bab 32

203 19 3
                                    

"Eh,Riz kau nak bawak aku pergi mana?"soal Alif apabila melihat jalan yang berlainan dari jalan ke rumah keluarga Hariz.

"Adalah"

"Aku ada benda nak tanya dengan kau tapi bukan dekat rumah"ujar Hariz lalu memakirkan keretanya di taman.

"Kau jujur dengan aku.Apa sebenarnya yang dia cakap?"soal Hariz.

"Nak cakap apa?"soal Alif.

"Apa sebenarnya yang Naflah cakap dengan kau?Aku tak rasa yang dia cuma tinggalkan kau tanpa cakap apa-apa"

"Tak ada apa pun"

"Kau jangan tipu.Aku tahu kau Alif.Bukan sehari dua tapi dah bertahun.Aku kenal dengan perangai kau yang tak pandai simpan rahsia tu.So better kau jujur dengan aku.Apa yang dia cakap dekat kau?"

"Dia cakap dia malang menyebabkan aku excident"

"Dia tak nak semua ni berlaku lagi kalau aku terus dengan dia"ujar Alif.

"Lepastu kau tak kejar dia.Kenapa?"soal Hariz.

"Aku tak tahu.Badan aku rasa tak boleh gerak.Aku macam tak boleh nak hadam apa yang Naflah cakap dekat aku waktu tu"

"Alif aku tahu kau dengan dia tak nak semua ni.Tapi sumpah aku tak faham dengan perempuan"ujar Hariz membuatkan Alif tertumpu ke arahnya.

"Benda ni semua jadi sebab takdir.Kau faham tak takdir?"soal Hariz mendapatkan anggukan dari Alif.

"Dah kalau takdir kau dengan dia,dia tak boleh tolak semua ni.Kau pun tahu kan semua ni.Dan kau boleh tengok dengan tiba-tiba orang yang kau nak jumpa dengan orang yang kau cari...berdiri depan kau"

"Alif,bangun.Jangan terbelenggu dengan kata-kata Naflah.Dia cuma terjebak dengan apa yang terjadi dekat dia dan sekeliling dia.Dan aku rasa dia salahkan diri dia sebab kemalangan yang isteri bekas tunang dia buat dekat kau"

"Dan disebabkan itu jugak dia minta engkau jauhkan diri dari dia"

"Kau sepatutnya bantu dia.Jangan pernah anggap yang dia betul-betul dah berubah hati dengan kau"

"Aku tahu Naflah masih cintakan kau.Sebab tu dia fikir bila dia korbankan cinta dia,kau akan bahagia"

"Aku tak bahagia Hariz kalau dia buat macam ni.Jujur aku cakap"ujar Alif.

"Aku tahu.Aku tahu kau kuat bro nak hadapi ujian ni.Nanti aku bagi nombor dan alamat rumah Naflah dekat kau.Fiza bagi dekat aku tadi.And sorry aku dah cerita semua tentang kau dengan Naflah dekat Fiza"

"Tak apa"

"Tapi..terima kasih Riz.Kau dah banyak tolong aku"

"Sama-sama.Aku cuma nak kawan aku bahagia.Kalau aku susah pun aku tahu kau akan tolong aku"ujar Hariz.

"Kalau kau tak minta tolong aku pun aku akan tetap tolong kau kalau kau ada masalah"ujar Alif.

"Dah balik ni kau sembahyang lepastu tidur.Ingat esok mulakan niat baru untuk memikat hati Naflah semula"

"Ok"ujar Alif lalu tersenyum.

************************************

"Eh,akak cepat betul balik"tegur Nazrah.Rasanya kakaknya itu baru sahaja keluar.

"Tak ada mood"ujar Naflah lalu masuk ke dalam biliknya.

Dia terus menghempaskan tubuhnya ke atas katil lalu menghamburkan tangisannya.

"Kenapa aku perlu jumpa dia?"

"Aku tak nak semua ni berlaku.Cukuplah sekali aku tengok dia terbaring tak sedarkan diri"

"Kau kenapa kak?"soal Nazrah saat memasuki bilik Naflah tetapi soalannya itu tidak dijawab oleh Naflah.

"Nangis pulak tu"

"Ada orang buat apa-apa dekat kau ka akak?Tu yang kau balik awal tu"

"Hah akak.Jawab la adik tanya ni"ujar Nazrah lalu menggoncangkan badan Naflah.

"Kau nak apa sebenarnya?"soal Naflah lalu memandang Nazrah dengan keadaan matanya yang merah.

"Tak masalahnya sekarang akak balik-balik terus menangis macam ni"

"Kau kalau ada masalah cuba cerita dekat adik.Adik tahu akak simpan rahsia dengan adik"

"Tapi kan akak....jap jangan cakap yang akak jumpa dengan..."Nazrah menutup mulutnya membuatkan pandangan Naflah terus terarah ke adiknya.

"Kau jumpa dengan dia?"

"Kenapa tak bagitahu akak yang dia ada dekat sini?"soal Naflah.

"Ermmm,jadi betul la akak jumpa abang Alif?"Naflah menganggukkan kepalanya.

"Kau jumpa dengan dia ka?"soal Naflah.

"Tak.Mana ada adik jumpa dia.Adik cuma ternampak.Tapi yang pasti dia tak nampak adik"

"Tapi tak salah kan akak jumpa dia balik"ujar Nazrah.

"Akak tak nak.Akak tak nak jumpa dia"

"Adik ni lama-lama boleh gila tau.Akak,kau ada masalah apa sebenarnya sampai akak nak elak dia?"

"Cuba cerita dekat adik"pinta Nazrah.

"Akak rasa akak tak sesuai untuk dia.Akak rasa kalau akak dengan dia,akak akan tambah beban dekat dia"ujar Naflah.

"Beban.Siapa cakap macam tu?Akak tolong bagitahu siapa yang cakap macam tu.Biar adik lunyaikan dia"

"Akak.Akak sendiri yang cakap macam tu"ujar Naflah membuatkan Nazrah terdiam lalu memandang kakaknya.

"Kenapa akak cakap macam tu?Akak.... kalau kita ni dah suka walaupun beban dia takkan terasa.Sebab apa?Sebab cinta itu mengatasi segalanya"

"Macam kita yang mak dan ayah bela.Orang anggap kita beban keluarga sebab apa?Sebab kita berdua masih duduk dengan mak"

"Tapi akak tahu kan mak cakap apa?"

"Mak tak kisah.Kita sebenarnya masih dibawah tanggungan mak dan ayah sebab kita belum berkahwin"

"Bukan maksud tanggung dengan duit.Tapi tanggung dari segi tanggungjawab diorang dekat kita.Kalau mak dan ayah tak ambik berat dekat kita tak jadi manusia dah sekarang"

"Haihh.Nampaknya adik lebih matang dari akak"ujar Nazrah lalu tergelak kecil.

"Akak tak baik tau cakap macam tu.Mesti abang Alif terluka bila akak suruh dia pergi"

"Akak cuma nak dia bahagia.Tapi bukan dengan akak"ujar Naflah lagi.

"Akak tahu ka dia akan bahagia dengan orang lain?Kalau dia bahagia tak adanya dia nak akak.Dia biar ja akak tinggalkan dia"

"Akak...kalau dijunjung ego tu tak kemana.Kalau akak masih berfikiran macam tu akak tolonglah ubah.Akak seorang cikgu.Akak didik anak bangsa tapi pernah tak akak didik diri akak sendiri?"

"Didik diri untuk terima takdir"

"Adik tak nak akak sedih macam ni.Mak, ayah ngah dengan along tak nak akak sedih"

"Tolong eh akak.Jangan sanggup korbankan diri demi orang"

"Adik keluar dulu.Akak fikir masak-masak"ujar Nazrah lalu keluar dari bilik Naflah.

"Betul ka apa yang aku buat selama ni?"

"Betul ka dengan tinggalkan dia,dia akan bahagia?Aku boleh terima kalau dia dah ada yang lain?Aku boleh terima kalau sudah ada perempuan lain dalam hati dia?"soal Naflah kepada dirinya.

Memang tadi dia melihat perubahan pada diri Alif.Tidak seperti dulu.Tapi apakah semua ini disebabkan dia?Seakan akan hidup Alif tidak terurus.Badannya terlihat susut.

"Maafkan saya Alif"hanya itu yang Naflah ucapkan walaupun dia tahu bahawa Alif tidak mendengarnya.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now