Bab 30

223 19 7
                                    

Dua bulan berlalu.Keadaan seperti biasa.Tidak ada apa yang berubah.

Juga begitu dengan Naflah.Dan sekarang dia sudah bertugas di sekolah berdekatan dengan rumah pusaka datuk dan neneknya.

"Naflah"panggil salah seorang rakan kerja Naflah,Fiza.

"Ya akak.Kenapa?"

"Esok petang teman akak boleh?"

"Teman pergi mana tu?"soal Naflah.

"Teman akak pergi jumpa tunang akak sekejap.Akak malu sebenarnya nak jumpa dengan dia"

"Lah.Nak jumpa dengan tunang pun malu"Naflah tergelak kecil membuatkan Fiza tersenyum.

"Dia tu anak kawan mak akak.Akak tak pernah keluar dengan dia.Kami tunang pun atas permintaan keluarga"

"Tapi akak ok ja.First time jumpa pun waktu tunang.Tu yang akak takut tu"

"Boleh ja.Waktu petang bukan Naflah buat apa pun dekat rumah tu"

"Terima kasih eh.Tapi jangan risau dia kata dia bawak kawan dia sekali.Tak adalah kita awkward sangat kan?"

"Dah alang-alang diorang datang dari Johor"

"Tunang akak kerja dekat Johor ka?"

"Ya.Dia doktor.Yang tu jerlah yang akak tahu"

"Ouh.Tapi kan akak,boleh la Naflah kenal-kenal dengan kawan tunang akak tu"ujar Naflah bergurau membuatkan Fiza ketawa.

"Bolehlah.Mungkin lepas ni dah tak single lagi"ujar Fiza.

"Hahaha"

"Klakkk"terdengar seseorang membuka pintu bilik guru membuatkan ketawa Naflah dan Fiza terhenti.

Mata mereka berdua terus terarah ke arah pintu tersebut.Dan terdapat seorang lelaki yang memasuki ruangan itu.

"Dah habis kelas ka Farhan?"soal Fiza apabila melihat jejaka itu ingin duduk di tempatnya yang bersebelahan dengan Naflah.

"Dah"ujar Farhan.

"Naflah akak nak kena pergi dah.Akak ada kelas ni.Jangan lupa esok tau"

"Iya kak"ujar Naflah dan akhirnya Fiza terus pergi dari situ.

"Pergi mana?"soal Farhan kepada Naflah.

"Awak tanya saya ka?"soal Naflah lalu melihat sekeliling.

"Dia cakap dengan aku kan?"soal Naflah di dalam hati.

"Habistu takkan saya nak tanya laptop saya pulak"

"Heheheh"Naflah hanya mampu menahan rasa malunya.

"Akak Fiza ajak saya keluar makan esok"

"Ouh"hanya itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Farhan.

"Ermmm,kalau macam tu saya nak ke pejabat dulu"Naflah bangun dari tempat duduknya dan kemudian bergerak pergi dengan tergesa-gesa.

Jika dia berlama-lama dengan Farhan mungkin suasana akan menjadi kekok.

"Comel"ujar Farhan perlahan lalu tersenyum.

************************************

"Weyh Alif"panggil Hariz.

"Hurmm"

"Ish kau ni aku panggil tu bersahut la.Jangan duk hurmm....hurmmm"Alif hanya berdiam diri.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now