Bab 4

244 26 4
                                    

Bunyi loceng sekolah kedengaran menandakan waktu rehat sudah berakhir.

Murid-murid dan warga sekolah yang lain mula berkumpul di dewan seperti yang diberitahu oleh penolong kanan kelmarin.

"Fuh,semangat Naflah"

"Fighting"ujar Cikgu Insyirah kepada Naflah.

"Ok"ujar Naflah.

Naflah terus mengambil mikrofon yang sudah dihidupkan oleh guru multimedia.

Dia terus melangkah maju ke hadapan murid-muridnya.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh Cik.G"

"Baiklah seperti yang murid-murid tahu harini kita akan dengar ceramah tentang apa?"

"Kesihatan"kedengaran suara yang samar-samar bunyinya.

"Apa?!"soal Naflah.

"Kesihatan"ujar kesemua murid yang berada di situ.

"Bagus"Naflah tersenyum.

"Tapi doktor yang kita jemput belum sampai jadi boleh tak Cik.G nak mintak korang senyap.Boleh tak?"pintanya.

"Boleh!"ujar kesemua murid itu serentak.

Akhirnya suasana di dewan itu sunyi buat seketika.Tetapi masih ada suara bisik-bisikan kedengaran.

Selepas beberapa minit kemudian,dewan itu kembali bergema dengan suara murid-murid.

Ada yang bersembang, bergaduh-gaduh kecil.Lumrah kanak-kanak di sekolah rendah.Bahkan juga remaja di sekolah menengah juga berbuat begitu.

"Haipp.Kenapa bising balik ni?"soal Naflah sambil memegang mikrofon membuatkan murid-murid itu terdiam.

Tiba-tiba Cikgu Insyirah datang berbisik kepadanya.

"Naflah tetamu kita dah sampai"

"Ouh ya baiklah"balas Naflah sambil kepalanya dianggukkan.Debaran mula terasa.

"Ok semua murid-murid tetamu kita sudah tiba"

"Saya nak minta para pelajar untuk bangun bagi menyambut kedatangan tetamu"usai Naflah berbicara kesemua murid mula bangun.

Dan akhirnya melangkahlah masuk seorang doktor bersama dua orang jururawat.

"Selamat datang"ujar Naflah sambil menundukkan kepalanya.

"Terima kasih"ujar doktor tersebut membuatkan dada Naflah berdebar.

"Haih,kenapa pulak?Risau takut serangan jantung jatuh dekat sini tak guna"ujar Naflah di dalam hati.

Perlahan dirinya mengangkat muka seakan ada angin lembut yang menyapa.Terkedu dirinya melihat doktor tersebut.

"Ouchh.Hensem sangat ni"ujar Naflah di dalam hati sekali lagi.

"Cikgu ok?"soal doktor tersebut sambil melambaikan tangannya di hadapan wajah Naflah.

"Saya ok"Naflah terus memalingkan wajahnya ke hadapan kemudian berlari kecil ke arah tempatnya.Mikrofon diangkat mendekati mulut.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga Sekolah Kebangsaan Taman Permai"

"Saya sebagai guru bertugas pada minggu ini akan menjadi pengacara majlis untuk program yang dianjurkan oleh pihak sekolah iaitu PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH DAN PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT"

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now