Bab 25

164 17 3
                                    

"Dhia nak jumpa dengan teman lelaki Naflah boleh?"ujar Dhia membuatkan semua mata memandangnya hairan.

"Kenapa?Kenapa nak jumpa dengan dia?"soal Naflah.

"Dhia nak minta maaf.Dhia dah buat salah dengan dia"ujar Dhia lalu tanpa dia sedari air matanya mula mengalir.

"Apa yang kau buat dekat dia?Jangan cakap...."Naflah terdiam.

Syakir terpaku.Apa yang sudah isterinya lakukan kepada teman lelaki Naflah?

"Apa yang Dhia dah buat?"soal Syakir.

"Sumpah abang tak faham.Apa sebenarnya yang berlaku Dhia?"soal Syakir.Masih bingung dengan apa yang terjadi.

"Maafkan Dhia.Dhia terlalu ikutkan emosi.Maafkan Dhia, Naflah sebab hantar mesej ugutan hari tu"

"Allahuakbar"Naflah cuba menenangkan hatinya yang mungkin sekarang dikatakan tidak stabil.

"Jangan minta maaf dengan aku.Kau minta maaf dengan orang yang kau langgar"mendengar sahaja perkataan langgar dari Naflah,Syakir terus kaku.

"A...apa yang Dhia dah buat?"Syakir terus memandang ke arah Dhia yang berada di sebelahnya.

"Dhia hampir bunuh orang"akhirnya Dhia terus menangis teresak-esak.

"Allah"jantung Syakir terus berdegup kencang.

"Kenapa kau buat macam tu?"soal Naflah.Apa yang sudah dia lakukan sehingga Dhia sanggup melanggar Alif.

"Sebab Dhia nak Naflah rasa sama macam apa yang Dhia rasa.Tt..api sebenarnya Dhia tak niat macam tu"

"Syakir buat macam-macam dekat Dhia semata-mata nakkan Naflah.Dhia sakit.Waktu tu hati Dhia rasa sakit sangat.Sampaikan satu hari Dhia tekad nak hancurkan hidup Naflah bermula dengan orang yang Naflah sayang"

"Macam mana kau tahu Alif?"soal Naflah.

"Dhia upah orang"sekali lagi apa yang keluar dari mulut Dhia membuatkan Syakir terkedu.

Tidak sangka dia perlahan membuat isterinya jatuh ke dalam jurang yang lebih dalam.

Suasana di rumah Naflah seketika diam.Memberi ruang kepada Naflah menghadam semua yang dia dengar hari ini.

"Aku memang tak boleh buat apa sekarang.Kau cuma boleh pergi jumpa dia minta maaf sendiri"

"Kemaafan yang sepatutnya kau minta bukan dari aku tapi orang yang kau langgar"

"Naflah maafkan isteri aku.Aku tahu dia salah tapi tolong la kesian kan anak kami"pinta Syakir.

"Kau diam Syakir"Naflah menarik nafasnya perlahan.

"Aku dah maafkan korang.Cuma sekarang,pergi jumpa dengan dia yang isteri kau dah cederakan"

"Minta dengan diorang supaya tarik pertuduhan yang bakal isteri kau tempuhi"

"Aku mintak diri dulu.Assalamualaikum"Naflah terus berjalan memasuki biliknya.Dia terus mengunci pintu tersebut.

Naflah rebah.Apa yang berlaku kepada Alif berpunca daripadanya.Jika dia menolak lamaran Alif semua ni takkan jadi.

Dia punca Alif tidak sedarkan diri.Jadi keputusan yang dia lakukan tidak salah.Alif tidak berhak dilakukan seperti itu.

Naflah akhirnya menangis teresak-esak.Akibat dirinya Alif kecederaan.Dia takut.Dia takut akan terjadi perkara yang lebih buruk jika dia terus bersama Alif.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now