Bab 7

230 22 3
                                    

"Rasanya,dia nak save nombor aku tak?"soal Alif.Dia baru selesai mandi dan menunaikan solat Isyak.

"Ni tak mesej lagi"

Sedang dia berbaring di atas katil,

"Ting"bunyi notifikasi menandakan ada satu mesej di telefon.

Dengan pantas Alif membuka telefon bimbitnya dan perlahan bibirnya mengukir senyuman.

"Assalamualaikum ni saya Cik.G"ini mesej yang ditulis oleh Naflah.

"Akhirnya"ujar Alif perlahan.

"Waalaikumussalam.Terima kasih sudi save nombor saya"balas Alif.

"Sama-sama"balas Naflah semula.

"Ermmm,takkan sampai sini ja.Apa ehh aku nak cakap?Kang dia tidur terus lepas dia balas tadi"Alif mula memikirkan apa yang harus dia lakukan.

"Dia masih online"ujar Alif sepintas lalu pabila melihat status terkini Naflah.

"Ouh,baik aku tanya yang ni"jari Alif mula menaip.

"Macam mana dengan anak murid awak tu?"tidak lama kemudian

"Alhamdulillah waktu balik kerja tadi saya ada singgah rumah dia sekejap"

"Nampak dia dah okay"balas Naflah.

"Baiklah kalau macam tu"balas Alif semula.

"Maaf kalau mengganggu doktor malam-malam ni.Baru saya teringat yang tadi doktor ada bagi nombor"

"Eh,tak payah nak panggil saya doktor.Gelar diri saya awak ja.Tak pun panggil nama saya Alif"balas Alif.

Dia ketawa apabila melihat mesej dari Naflah.Dapat dia bayangkan betapa comelnya wajah wanita itu sekarang.

"Baiklah"balas Naflah.

"Saya minta diri dulu ya.Sebab ada urusan penting untuk esok"balas Naflah lagi membuatkan Alif mengeluh.

"Tak apalah.Selamat malam.Have a good sleep"taip Alif kemudian mesej itu dihantar.

"Okay.Assalamualaikum"balas Naflah.

"Waalaikumussalam"

"Haihhh,baru nak sembang lama sikit.Dia ada kerja la pulak esok"

"Tak apalah,esok ada lagi.Aku chat dia dulu esok"Alif tersenyum.

Dia bangun dari katil kemudian menutup lampu dan berbaring di katil.

Akhirnya,dia terlelap.

************************************

"Banyak sangat lah pulak soalan dia.Terpaksalah aku bohong kalau aku ada kerja esok"

"Ngantuk dah mata ni"ujar Naflah sambil menggosok matanya.

Dia menutup telefon bimbitnya lalu berbaring di atas katil dan tidur.

Keesokan paginya,

"Ting!....Ting!"sedang Naflah menyarungkan tudungnya ada beberapa mesej yang timbul.

"Haihhh,siapa pulak duk mesej pagi-pagi ni"

Naflah terus membuka telefonnya.Agak sedikit terkejut kerana doktor kelmarin menyapa dirinya diawal pagi.

"Assalamualaikum.Semoga pagi awak ceria dan gembira"itu mesej yang dihantar Alif.

"Waalaikumussalam.Awak pun sama"balas Naflah dengan malas.Tanpa berbasa basi dia terus menutup telefonnya dan terus menyambung kegiatannya dia awal pagi seperti biasa.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now