ALIF QAIDER & NAFLAH NADEERA

338 17 15
                                    

"Sarah minta maaf akak"

"Aku jadi sakit disebabkan kau"ujar Naflah.Naflah menggenggam tangannya erat menahan daripada terus bergetar.

Rupanya wajah yang dilitupi purdah rupanya Sarah.Dan sekarang wanita itu berdiri di depan Naflah.

"Sarah tahu Sarah salah"

"Maafkan Sarah akak"ujar Sarah lalu melutut di kaki Naflah.Wajahnya basah dengan air mata.

"Aku maafkan kau.Tapi aku harap kau takkan pernah tunjukkan muka dekat aku lagi"ujar Naflah lalu pergi masuk ke dalam rumah meninggalkan Sarah.

Jika dia lebih lama mendengar apa yang dikatakan oleh Sarah dia takut dia akan lakukan perkara yang tak sepatutnya.

Dia tahu Sarah tersilap langkah.Tapi dia yang menanggung sakit yang mungkin pada orang sakit itu hanya sementara dan biasa.

Hanya orang yang pernah merasai faham dan tahu.Boleh dikatakan dia masih trauma dan tidak boleh melihat Sarah.Melihat saja wajah Sarah membuatkan badannya menggigil.

Sarah pada waktu ini amat menyesal.Dia tahu dia tidak dapat mengulangi kembali masa supaya semua ini tidak berlaku.

Disebabkan sihir yang dilakukannya,wajahnya dipenuhi dengan calar akibat dirinya yang tidak dapat menahan kendali ketika 'benda' itu merasuk dirinya.Dan disebabkan itu dia menutup wajahnya dengan memakai purdah.

Nenek pula selepas mengetahui bahawa Sarah menggunakan sihir dia merasa amat bersalah.Disebabkan dia Sarah berubah, disebabkan dia Naflah menjadi mangsa juga disebabkan dia Alif keluar dari rumah.

"Sarah.Mari kita balik"ujar Cik Nah membantu Sarah untuk bangun.

"Mak..."

"Mak faham.Mari kita balik.Naflah dah maafkan Sarah.Biar Naflah bahagia dengan Alif"

"Mak juga doakan anak mak akan dapat jodoh yang sesuai dan baik"

"Dah jom kita balik.Ayah dah tunggu dalam kereta"ujar Cik Nah lagi.

"Ok"Sarah dengan langkah yang lemah berjalan masuk ke dalam kereta.

"Sejahat-jahat kamu,kamu tetap anak mak,Sarah"ujar Cik Nah di dalam hati.

************************************

Lima bulan kemudian,

"Aku terima nikahnya Nurul Naflah Nadeera binti Nazri dengan mas kahwinnya RM3000 tunai"ujar Alif.

"Sah?"soal tok kadi.

"Sah!"ujar semua saksi serentak

"Alhamdulillah"ujar Pak Nazri lalu mula membacakan doa.

Selesai membaca doa,Alif terus duduk bersimpuh di hadapan Naflah.

"Pengantin perempuan bagi la tangan awak dekat suami awak tu.Dia nak sarung cincin"ujar salah seorang ibu saudara Naflah.

Naflah terus menyuakan tangannya lalu Alif terus menyarungkan sebentuk cincin di jari manisnya.

"Assalamualaikum,sayang"ujar Alif perlahan ketika Naflah menyalam tangannya.

"Waalaikumussalam"ujar Naflah.

Dan ketika itu juga tapak tangan Alif diletakkan di atas kepala Naflah.Kemudian dibacakan doa agar perkahwinan mereka diberkati dan dirahmati Allah.

Setelah selesai acara menyarungkan cincin,kini saatnya majlis resepsi bagi Alif dan Naflah.

"Kompang dipalu....pengantin baru duduk bersanding tersipu malu"kedengaran muzik mengiringi langkah kedua mempelai itu.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now